Browsing Month »June, 2009«

  • Islam di Perancis : Akhir

    (Disclaimer : This article doesn’t reflect this website’s view in toto, nonetheless,restricted to the author’s view per se)

    Pepatah Melayu ada mengatakan; “Betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya”

    Diciptakan sebagai seorang lelaki Muslim dan tidak mempunyai obligasi untuk  memakai hijab bagi menutup aurat, sudah tentu saya hanya bisa bermadah dan mengeluarkan hujah, tanpa merasai sendiri pengalaman mencari-cari sekolah kejuruteraan di Perancis yang bisa menerima anda untuk bebas memakai tudung di kampus.

    hijab

    Sudah tentu, saya tidak pernah menerima panggilan telefon daripada mereka yang bertanggungjawab, dan menerima ayat-ayat seperti

    “L’Ecole  XXXX serait prête à vous prendre si vous pourriez enlever votre voile”

    Dalam bahasa Melayu, : Universiti XXXX sedia menerima anda disana jika anda sanggup untuk membuang tudung anda ketika berada di kampus”

    Click to continue reading “Islam di Perancis : Akhir”

  • Islam di Perancis: Fasa kedua

    (Disclaimer: Artikel ini,mempunyai terlampau banyak simplifikasi fakta sejarah serta bias penulis,diamplifikasikan lagi dengan pembacaan dan ilmu penulis yang amat cetek dan terhad)

    Jika Islam merupakan agama kedua terbesar di UK, maka fakta itu juga homogeinous di Perancis. Malah,barang diingat, populasi masyarakat  Islam terbesar di Europe,berada di Perancis Darul Sekular.

    Revolusi Iran,yang dikatakan menjadi titik tolak penyuburan Empayar Islam oleh golongan Muslim berfahaman syiah, juga dirancang di Paris,kota yang kononnya dilabel sebagai kota romantik,seni karya,kepelbagaian dan keunikan dan keklasikan serta tidak salah untuk mengatakan sebagai kota borjouis paling klasik di dunia.

    hoh

    Jika di UK golongan Islam paling ramai di dominasi oleh kumpulan Barelwi,yang dipelopori oleh Maulana Reza Ahmad Khan,yang berasal dari Selatan India.Golongan Sunni Muslim ini berpegang kepada Mazhab Hanafi,malah mereka sendiri menggelarkan mereka sebagai Barelwi,untuk membezakan mereka dengan kumpulan Sunni lain seperti Wahabi (rujuk Arab Saudi)  dan  Deobandi (golongan Muslim kedua terbesar di UK).

    Click to continue reading “Islam di Perancis: Fasa kedua”

  • Islam di Perancis

    Salam w.b.t;

    Semalam, saya ada melihat statistik pengunjung blog ini.Nampaknya orang France sendiri pun mungkin sudah jelik untuk melawat blog ini. Ramai pengunjung dari Jepun,Amerika Syarikat dan lain-lain negara .

    Mereka mungkin datang secara tak sengaja, mahupun melalui pautan-pautan ataupun pencarian di Sheikh Google.

    Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa wujudnya pelajar Malaysia di Perancis ini,apatah lagi dengan bilangan pelajar yang secara kasarnya tidak sampai 500 orang (24 kali ganda kurang berbanding pelajar Malaysia di United Kingdom)

    Ada apa dengan Perancis ini?

    Kalau kita lihat moto  laman blog ini :”Merentasi Cahaya Islam di bumi Perancis”

    Mungkin, ada diantara anda yang bertanya, ” Ramai kah orang Islam di Perancis ni? ”

    Click to continue reading “Islam di Perancis”

  • Solawat dan Salam

    untitled

    “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. (Oleh itu) wahai orang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepada-Nya.” (al-Ahzab;56)

  • Sekonyong-konyongnya

    stadi

    “Dan
    apabila Kami hendak membinasakan sesuatu negeri,  Kami perintahkan kepada orang-orang
    yang hidup mewah di negeri itu , tetapi mereka melakukan kejahatan di dalam negeri itu, maka sudah sepatutnyalah berlaku kepada mereka perkataan (hukuman ), lalu negeri itu Kami hancurkan sehancur-hancurnya”
    (Surah al-Isra’:16)

  • Sebelum akad terpatri..

    Assalammualaikum wrt wbt.

    Buatmu,

    Bakal suamiku.

    Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang  khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

    Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

    Click to continue reading “Sebelum akad terpatri..”