Salam. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Ada video menarik. Jom tengok =)
Browsing Month »November, 2009«
-
-
“Zati,please….jangan buat Paan macam ni………..”
“Plizzzz…….. reply mesej ni…….”
Ini sudah masuk hari ke 10 Farhan menjadi syaitan berbaju manusia.Dek kerana cinta yang punah ranah bak ditabrak TGV Paris-Marseille.
“Kau cakap aritu ko nak stop smoking Paan…..azam barula….nak latih diri jadi ketua keluargala… aperla…”
“Arghh…”Farhan hanya mengeluh. Dia memang diam bila diperli atau dimarah,suka memendam,dan lari ke guanya sendiri,menyendiri mencari sepi,untuk merelevankan realiti.
Syaitan kejadian manusia itu,telah mengalami proses transformasi hanya kerana seorang gadis.Gadis yang masih belum halal bagi dirinya
Nurul Izzati Ismail.Gadis lincah yang menawan hatinya sejak di zaman persediaan di Rouen lagi.
Farhan memilih mekanikal dalam jurusan ijazahnya,kontras dengan Izzati yang menjejaki langkah bapanya, seorang konsultan dan jurutera elektrik di Kuala Lumpur.
2 tahun dan enam bulan sebelum itu
………………………………
“Haha….saperla yang nak minat kat korang ni,muker mesin……….jadi andartulah ko Zati oiiii”
Itu suara lancang Faris;penyakat a.k.a pencapub didalam kelas persediaan mereka.
Izzati,Sarini,dan Fatiha sudah lali dengan ejekan dan gurauan the so-called gentle boys ini.Izzati geram bukan kerana ejekan dan gurauan tersebut, tetapi hairan kenapa pelajar yang kononnya terpilih untuk belajar di luar negara ini,mempunyai sikap seperti Mat Rempit yang menyalak tatkala melihat gadis-gadis cantik di tepi jalan.
“Mungkin depa meniru kot time SPM,dakpun depa nih,genius…” ujar Fatiha,yang kelihatan naif dengan kaca mata setebal 2 batang pen kilometrico itu.
Memang Izzati sudah menyangka,dan juga gerak hatinya selalu tertanya akan perihal seorang budak di belakang mejanya.Farhan……..
Farhan Haji Fakhruradzi.Anak jati Kuala Kangsar.Bekas pelajar sekolah melayu lelaki di Kuala Kangsar.
Farhan memang pemurah dengan senyumnya. Hanya senyum tatkala Faris and the gang, membuat hoo haa didalam kelas, terutama ketika kelas Madamoiselle Tassin. Guru French yang memang tidak pernah bosan melayan karenah pelajar-pelajar Malaysia di Rouen.“Zati,ko perasan tak si Farhan tu, aku tengok dier asyik pandang ko jer time dalam kelas.Maklumlah ko ni kan suker tanyer soalan kat cikgu….huhu”
Izzati hanya tersenyum mendengar gurauan Sarini itu.Sangat paradoks antara dia dan budak itu.
Dia seorang penghujah.Johan Bahas Piala Perdana Menteri ketika di Sekolah Seri Puteri. Pengawas yang garang dan tegas. Menjadi gerun jikalau ada lelaki yang cuba-cuba mengusik dan mengacau perjalanannya di Sekolah. Paradoks yang amat.Farhan yang pendiam,tetapi pantas memberi jawapan yang tepat ketika ditanya guru.Farhan yang murah dengan senyuman,tetapi tidak pula lokek untuk memberi pertolongan.“Errrr…….eh Paan, aku nak pinjam buku L’Etranger boleh tak?” pinta Izzati.Buku karangan Albert Camus itu, penting bagi dia untuk menyiapkan kerja rumah Mlle. Tassin. Sarini dan Fatiha pergi ke KFC Rouen bersama senior-senior yang bakal melaksanakan kelangsungan kehidupan mereka sebagai pelajar ke tempat dan tahap yang lebih tinggi lagi, merata di Perancis.
“Thanks Paan,for the books,you’ve helped me a lot…:)”
Mesej di papan skrin notebook Farhan. Mesej YM daripada Izzati.
“Nope,don’t mention it ….:)”
Dan disitulah bermulanya sebuah episod baru dalam hidup mereka berdua.Dua makhluk yang hampir tidak bercakap sesama mereka,ironi berada didalam kelas yang sama, tetapi menghabis waktu di YM berkongsi duka dan nestapa,bergurau-senda,dan bertukar smiley yang sudah dihafal short cut didalam dada.
farhan85: Salam Zati
farhan85: “Zati dah makan?…..”
irzati: “A’ah….kiterorang makan black chilli pepper tadi,Sarini yang masak…..sedap
irzati: “Awak….?”Mesej-mesej yang sedaerah dengannya,dikompos-kompos dengan taipan-taipan di notebook,saat mereka berYM.
Setelah 6 bulan berlalu.Hari-hari yang dilalui mereka seakan-akan baru semalam berlalu.Walaupun Farhan masih belum berani,untuk meluahkan perasaannya yang sebenar kepada Izzati, seluruh warga Rouen tahu kisah mereka.
“Alah Zati….malu-malu kucing plak ko kena canon ngan Paan…..” sampuk Faris.
Izzati hanya buat dunno dan selamba dengan usikan Faris. Sarini dan Fatiha hanya tersenyum.
“Jom pergi KFC Zati,petang ni…” boringla asyik makan Maggi, aku malas masakla..hehe ”ujar Sarini.
Setiba di KFC mereka menggunakan peluang untuk makan ayam kegemaran mereka.
“….kan baguih kalo KFC ni belakang umah aku jer….takyah nak pi naik baih jauh2 pi Saint Sever”.balas Fatiha yang sedap mengerjakan paha ayam kegemarannya.
“Zati….ko ngan Paan dah declare ker?” soal Sarini. Curious pasal kisah cinta Melayu di Rouen itu.
Izzati hanya tersenyum.
“Entah…kiteorang memang best friend.”
“Kitaorang selalu share masalah dan cerita….one thing I like about him, he’s very understanding dan
tak cepat marah”
“Kontra dengan aku nih..yang cepat melenting”…“Sah,sah…………ko memang dilamun cinta……haha”
Mereka ketawa kuat sambil bersaksikan tulang-tulang ayam yang tinggal diatas plate. Saat itu juga seluruh rakyat Perancis disitu memerhatikan gelagat mereka.
Bersambung….
-
Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,
bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi…..aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku
mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun…..terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,
aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup
dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi……realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.Adam….. mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara,
aku ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk saja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam…..
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik,
jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata,
Hawa memang degil, tak mahu dengar kata,
tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini
Adam,
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama
seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam….
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu
kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku…akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai,
sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri,
masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri
dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu……. -
assamualaikum wbt
oleh sebab kekangan waktu, orca byk post vid jer dalam VLL nih. hehe.. sori la ek?
anyway, vid kali nih juga diambil dari TED. video nih agak lama (dalam 20 min gituh) dan tajuknya yg sebenar adalah ‘Lead like the great conductor’
Mamat yg cakap dalam vid nih englsihnyer agak pelat sket dan arituh orca terpaksa meng’slow’kan acara melipat baju utk bebenar faham apa yg nk disampaikan.
insyaAllah dari vid talk kali nih, kita ada dapat pengajaran. enjoy~
kalau vid tak kluar leh gi kat link nih http://www.ted.com/talks/itay_talgam_lead_like_the_great_conductors.html
p/s : teliti kembali bahagian terakhir vid nih dan fikir; bagaimana die boleh ketuai orchestra sedemikian rupa?
wallahualam
sekian
