Browsing Month »January, 2010«

  • Erti tawakal

    Segala puji bagi Dia yang menguasai hati-hati kita,

    Perancangan sesuatu kerja itu sangat penting. Tanpa ada sebarang strategi, boleh jadi kita hanya mengundang kegagalan. Saya pasti, pembaca sekalian mesti dah mengamalkan konsep usaha. Tapi barangkali lupa satu lagi konsep di dalam islam.

    Macam-macam bende pun kite merancang. Plan cam ne nak buat program, plan agenda cuti, plan nak masak ape, plan prepare untuk exam…..dan banyak sangatla…. Kadang-kadang rancangan kite memang tersangat mantap. Kita yakin bahawa kita mampu melaksanakannya. Kita rase kita pasti berjaya.

    Tapi sahabatku, tak semua planning itu akan tercapai. Barangkali ianya bukan seperti yang kita harapkan. Kerana kita lupa bahawa Allah itu juga merancang buat kita…

    Maka itu, jangan lupa bertawakal di setiap apa jua perkara. Tawakal ataupun berserah tanda Allah menguji sejauh mana pergantungan kita kepadaNya… kepada Dia sahaja ye! Didahului dengan doa, kemudian disusuli dengan usaha dan diakhiri dengan bertawakal…

    Ingin saya ceritakan sebuah kisah dari kitab Riadus Solihin,
    Dari Abdullah bin Abbas r.a. berkata, Sabda Rasulullah s.a.w
    “Telah ditunjukkan kepadaku keadaan umat yang dahulu, hingga aku melihat seorang Nabi dengan rombongan yang kecil, dan ada pula Nabi yang mempunyai satu atau dua pengikut, bahkan ada juga Nabi yang tiada pengikutnya.

    Kemudian aku melihat satu rombongan yang besar sekali, aku kira itu umatku, maka diberitahukan padaku bahawa itu adalah Nabi Musa dan kaumnya….

    Tiba-tiba di ufuk kanan dan kiriku, di sana aku melihat rombongan yang besar sekali, dikatakan kepadaku: Itulah umatmu dan di samping mereka ada 70000 yang masuk syurga tanpa hisab.”
    Setelah itu Nabi pun bangun dan masuk ke rumahnya.

    Manakala para sahabat tertanya-tanya sesama sendiri mengenai golongan yang masuk syurga tanpa dihisab itu. Pelbagai pendapat yang diutarakan mereka.

    Kemudian Rasulullah s.a.w pun kembali dan bertanya: “Apakah yang sedang kau bicarakan?”

    Maka para sahabat pun mengajukan masalah itu,

    Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Mereka itu adalah yang tidak pernah menjampi atau dijampikan dan tidak suka menebak nasib dengan pengantaraan burung, dan kepada Tuhan mereka selalu berserah.

    Apabila para sahabat mendengar sabda Rasulullah s.a.w itu, bangunlah Ukkasjah bin Mihshan dan berkata: “Ya Rasulullah doakan semoga Allah memasukkan saya dari golongan mereka.”

    Jawab baginda. “Engkau termasuk golongan mereka.”

    Kemudian berdiri pula sahabat yang lain. “Doakan semoga Allah menjadikan saya dari golongan mereka!

    Jawab baginda: “Engkau telah didahului oleh Ukkasjah.
    (Bukhari dan Muslim)

    Bestkan kalau kita masuk syurga tanpa dihisab?! Ayuh kita kejar erti tawakal.

    “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, akan gementar hatinya, dan dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, akan bertambah kuat imannya dan hanya kepada Tuhan mereka berserah. (Al-anfal:2)”

    So, lepas ni kite sesame apply usaha dan tawakal.
    Ianya satu pakej, tak boleh asing-asingkan. Ayuh! =)

  • Doa dan kita

    Bismillahirrahmanirrahim,

    Assalamualaikum,

    Apa khabar semua. Masih bertahan ke dalam perjuangan ilmu? Atau ada yang dah mula down?

    Time-time macam ni lah kita selalunya akan patah semangat dengan exam dan assignment yang menggunung, sampai rasa macam nak balik rumah dan berhibernasi dalam sleeping bag, sementatra tunggu winter habis.
    Dan waktu ni juga Allah akan beri satu solution, iaitu berdoa kepadaNya.
    Rasulullah bersabda : ” Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin ”

    Alangkah hebatnya. Bayangkan Allah tolong kite dalam exam, kasi ilham kat kite waktu kite lekat kat satu soalan.
    Bukankah itu kemenangan yang unggul? Siapa lagi cikgu yang lagi mengetahui dari Tuan punya ilmu?

    Waktu Khalid Al-Walid memerintah tentera mukmin di Perang Muktah, hanya ada 3000 orang tentera mukmin sahaja sedangkan tentera Rom ialah 200 000. Islam boleh menang walaupun dengan jumlah yang sikit. Rahsianya? Iman dan doa.

    Tapi kalau doa terus menerus, tapi x mustajab, rugi la kan? So,apakah cara-cara utk doa kita makbul?

    1) Haruslah kita menjaga apa yg kita makan. Iaitu makan makanan yang baik-baik dan elakkan memakan makanan yang shubhah(tak tahu kesahihan halalnya). Sbb pemakanan ini akan menjadi darah daging kita. Abu Bakar sanggup mengorek tekaknya sekiranya dia telah termakan makanan yg tidak baik sumbernya.

    2) Semasa bermusafir, kita perlu banyakkan berdoa. Doa seorang musafir itu mustajab.

    3) Beramal soleh.

    4) Dan segala keperluan kita ( pakaian, kenderaan dsb ) haruskan datang dari sumber yg halal.

    Ok2 so macam mana nak berdoa pulak? Ada tata tertib jugak?

    Adab berdoa:

    1)Jgn tinggikan suara ketika berdoa.

    2)Dilarang membaca ayat quran ketika bersujud.

    3)Jgn doa kuat-kuat sampai ganggu org sembahyang.

    Ok la, sempena exam ni, saya mengajak semua dari kite yang akan menjawab soalan peperiksaan, untuk mengamalkan doa Nabi Musa a.s.

    رَبِّ إِنّى‏ ظَلَمْتُ نَفْسى‏ فَاغْفِرْ لى

    “Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekakuan lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku”

    Ok, itu saja yang saya boleh beri, insyaAllah kita akan berjaya dunia akhirat.

  • Gaza – Hidup Penuh Bermaruah

    Warga Gaza tidak pernah tunduk atau takut kepada rejim Zionis

    “SELAMAT datang ke Gaza, selamat datang ke alam kegembiraan”.

    Agak memeranjatkan kerana itulah yang diucapkan seorang lelaki Gaza kepada sekumpulan 12 rakyat Malaysia yang menyertai konvoi Viva Palestina ke wilayah itu, baru-baru ini.

    Click to continue reading “Gaza – Hidup Penuh Bermaruah”

  • Bonne Rentrée

    Assalamualaikum

    Rasanya belum terlambat utk ucapkan bonne année dan bonne rentrée kepada semua pembaca VLL.
    Dan sempena musim buka semester baru nih. VLL nak berkongsi sedikit tips-tips belajar yang dikongsikan oleh beberapa pelajar yg dah ‘senior’ (macam tua plk bunyinya.. hehe) di France nih.
    Semoga dapat dimanfaatkan bersama-sama.

    1. Cuba fahamkan terus apa yang kita belajar dikelas, tanya prof bila kurang faham supaya nanti bila dah balik , tinggal nak ulang kaji dan buat latihan sahaja.

    2. Cuba buat semua latihan yang prof suruh walaupun tak faham, sekurang-kurangnya kita dah cuba utk buat dan pada masa yang sama kita dah ulangkaji. Dan nanti bila bincang dalam kelas kita akan lebih mudah faham sebab kita dah cuba buat.

    3. Belajar untuk menyusun kerja. Selesaikan kerja yang lebih tinggi prioritinya, contohnya selesaikan latihan sebelum belajar cours. Untuk itu, gunakanlah agenda. Catatkan setiap hari apa perkara yang perlu diselesaikan dan kemudian tandakan nombor ikut prioriti dan tandakan kerja yang telah selesai.

    4. Selepas setiap ujian, cari orang yang dapat markah yang paling tinggi markah dalam kelas, pinjam kertas ujian dia dan photostat kertas dia. Cuba untuk buat balik ujian tuh dan kalau ada yang tak boleh buat, tandakan dan tanyakan pada prof.

    5. Adalah penting untuk buat soalan-soalan annales (soalan ujian tahun-tahun lepas). Kalau yang ada senior tu pinjam dan photostat kertas ujian tahun lepas.

    6. Bila buat TD , jangan padam kalau jawapan kita salah, sebaliknya tambahkan sahaja jawapan yang betul. Kita belajar dari kesilapan, kalau padam nanti mungkin kita lupa salah kita dan ulang balik.

    7. Tanya prof bila ujian. Supaya mudah kita susun jadual bila nak ulangkaji apa. Kemudian, displinkan diri untuk ikut jadual.

    8. Ketika ulangkaji, tutup computer. Mudah nak fokus.

    9. Selesaikan semua latihan dan kerja secepat mungkin, tapi bukan gopoh. Sifat bertangguh tu kene buang. Kalau ada banyak sangat kerja, buat ikut prioriti. Setiap hari lepas kelas, buat to do list dan tampal dimeja belajar supaya tak ada kerja yang tertingal.

    10. Cuba untuk buat TD yang dah buat sekali lagi seolah-olah macam nak hafal tapi bukanlah hafal sebab masa ujian tak akan keluar soalan yang sama. Masa buat tu pulak, cuab buat seolah-olah dalam ujian, letakkan masa supaya kita terbiasa laju dalam dalam berfikir.

    So, alhamdulillah, setakat ni je tips² yang mampu dikongsi. Kalau ada sesiapa yang mahu berkongsi tips-tips yang lain, sangat dialu-alukan. Dan jangan lupa berdoa ye.

    Terima kasih.