Assalamualaikum,

Sekarang ini, hampir kesemua pelajar di Perancis cuti 2 minggu. Ada juga yang cuti sebulan. Best betul. HuHu. Namun sebenarnya, cuti juga boleh membunuh kita. Kadang-kadang tu, masa cuti kita banyak kita habiskan dengan kehidupan malas dan berlengah-lengah. Hingga membuatkan kita terbawa-bawa sikap itu apabila kita telah mula belajar kembali.

Takpun, bila dah nak habis cuti, tekanan mula datang apabila memikirkan tentang banyak kerja-kerja sekolah dan peperiksaan yang bakal menjelang. Kesian..

Sepatutnya sewaktu musim cuti ini, kita akan dapat menjalani hidup kita dengan tenang. Tidak seperti sewaktu musim pembelajaran bermula. Agak-agaknya macam mana ye nak dapatkan cuti yang best?

Oklah, saya bagi sedikit tips. Memang tips ini direka sesuai dengan keadaan kita semua sebagai pelajar Malaysia di Perancis.

Tips #1 – Lupakan tentang pelajaran. Pergi bercuti!

Ada exam lepas cuti nanti? Ada report yang kena hantar? Ah, lupakan itu semua! Ambil masa untuk anda tenangkan diri sendiri dengan pergi bercuti. Tidak semestinya pergi jauh-jauh. Asalkan tempat yang boleh merehatkan minda anda dan dapat membuatkan anda lupakan tentang segala masalah anda.

Kenapa mesti pergi bercuti sedangkan masih banyak lagi kerja-kerja perlu diselesaikan?

Jawapan saya, “Dahtu sampai bila kau nak tension dengan kerja-kerja kau? Masa belajar, tension. Masa cuti pun, tension. Sampai ke mati la kot tension? Ahaha”. Kesimpulannya, sudah-sudahlah tension tu. Pergi bercuti!

jalan2

Tours, tempat di mana tewasnya tentera Islam di Perancis.

Oh ya, dinasihatkan untuk anda pergi bercuti di awal-awal cuti anda.  Contohnya, pada minggu pertama cuti anda. Ini kerana anda masih dalam mood cuti.  LoL!

Tips #2 – Bangun awal pagi

Musim cuti adalah masa untuk tidur yang panjang dan bangun pada waktu tengahari? Salah! HuHu. Jangan samakan pagi anda sewaktu musim belajar dengan pagi ada sewaktu musim cuti.

Sewaktu musim belajar, anda selalunya berasa tertekan kerana terpaksa bangun pagi dalam keadaan terpaksa menghadap pelbagai subjek dalam satu hari. Dari pagi sampai ke malam. Nasib tak baik, kebanyakan subjek pada hari itu adalah subjek yang kita tidak minati sama sekali. Terasa berat nak pergi ke kelas tu, hanya ALLAH sahaja yang tahu. Tapi kita gagahkan juga melangkah ke kelas atas dasar menuntut ilmu kerana ALLAH.

Tetapi di musim cuti, suasana pagi anda berbeza. Anda tidak tertekan. Nikmatnya bangun pagi, tanpa apa-apa tekanan. Boleh melakukan apa sahaja. Melangkah solat subuh berjemaah di masjid. Sesudah itu, bersiar-siar seketika melihat orang lain yang sedang terkontang-kanting hendak ke pejabat. Itulah kita sepanjang musim pembelajaran. Pagi-pagi lagi dah kelam-kabut pergi ke kelas. LoL!

hayatipagi

Menghayati pagi dengan bersiar-siar di tepi pantai.

Dalam masa melihat gelagat orang ramai, bolehlah kita pergi ke tempat-tempat yang mempunyai pemandangan yang cantik. Kalau di La Rochelle tu, ada pemandangan laut yang menarik. Di Blois, ada banyak chateaux katanya. Tak kisahlah ada apa-apa pun. Yang pentingnya, cari tempat yang kita suke lepak dan lihat pemandangannya. Melihat keindahan alam. Layan blues orang kata. HeHe.

Kalau boleh tengok sunrise pagi-pagi, dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Dengar bunyi ombak lagi. Perghh! LoL!

sunset

Sunrise di France. Ambil sendiri ni gambar ni. HuHu.

Kalau dah penat sangat jalan-jalan menghayati alam pagi tu, sebelum Zohor tu bolehlah tidur sebentar. Best pun best. Dapat tenaga lagi. Kira macam power nap lah. Di samping itu, kita dah mengamalkan salah satu sunnah nabi.

Tips #3 – Solat Maghrib & Isyak Di Masjid

Waktu musim belajar, selalu kita tak dapat pergi ke masjid untuk solat Maghrib. Maklumlah, habis kelas pun Isyak dah masuk. Ha, masa cuti inilah kita nak pergi.

maghrib

Maghrib di masjid

“Kenapa Maghrib dengan Isyak? Zohor dengan Asar tak boleh ke bang?”

Ha suka hati lah nak pergi mana satu pun. LoL! Tapi di sini saya nak ceritakan apa yang saya dah buat dan rasakan anda juga patut rasakan. Camni camni..

Solat Maghrib dulu, kemudian beriktikaflah sebentar di masjid sementara menunggu waktu Isyak. Masa itu, ambillah masa baca Quran sedikit. Kalau malas, tak perlu baca Quran yang Arab tu. Baca terjemahannya sahaja. Takpun kalau malas juga, tak perlu baca Quran. Duduk sahaja di masjid itu. Berfikirlah tentang diri kita. Apa yang kita dah buat selama ini. Adakah seperti apa yang ALLAH suruh? Bermuhasabah lah kiranya.

Fikir juga tentang mak ayah kita, adik beradik kita, kawan-kawan kita. Agak-agak, kita dah balas jasa mak ayah kita ke? Adakah orang di sekeliling kita gembira dengan apa yang kita lakukan? Adakah kawan-kawan kita ini, ikhlas berkawan dengan kita? Adakah kita ikhlas juga dengan mereka? Macam-macam lagi boleh fikir semasa menunggu masa Isyak itu.

iktikaf

Iktikaf menunggu Isyak

Sebenarnya, kalau kita duduk sorang-sorang di masjid, kita akan rasakan ketenangan yang lain macam. Tak dapat saya nak gambarkan di sini. Kalau ada masalah tu, hilang semua masalah kita. Dan pelbagai lagi perasaan yang tak dapat saya cerita di sini. Pendek kata, kenalah cuba sendiri. Kalau dah cuba, esok datang sini balik dan gambarkan perasaan anda dalam 125 patah perkataan di ruangan komen. LoL!

Lepas habis bermuhasabah tu, solat Isyak berjemaah. Balik dalam keadaan tenang. Mesti punyalah! HuHu.

Tips #4 – Hayati malam anda!

Sebelum ini kita dah menghayati pagi, kan? Ha, sekarang kita nak menghayati malam pula. Selalunya pada waktu malam di musim cuti ni, kita akan gelak ketawa dengan kawan-kawan. Sampai nak terburai perut. Ada juga yang main game sampai Subuh esoknya. Macam-macam lah.

subuh

Bermesra dengan ayah semasa solat =D

Saya nak bertanya sedikit. Sila jawab dengan ikhlaslah ya pada diri sendiri. HeHe saspen sikit.

Selalunya, lepas kita balik bergelak ketawa terbahak-bahak dengan kawan-kawan tu, adakah kita akan berasa tenang bila kita pulang semula ke bilik? Atau kita rasa lain macam sikit, tapi disebabkan penat, kita terus tidur dan bangun pada waktu tengahari esoknya. Hari esoknya, kita berasa tidak tenang, selepas mandi, terus pergi mencari kawan untuk mengisi kembali rasa tidak senang dalam diri kita. Begitukah yang anda rasa?

Ataupun, anda tenang dengan kehidupan sedemikian. Walaupun anda berada bersendirian di dalam bilik. Tanpa kawan, tanpa movie, tanpa telefon, tanpa internet, tanpa apa-apa hiburan lain yang anda gunakan untuk memecahkan perasaan tidak tenang dan kosong dalam hati anda itu. Kalau tenang juga, memang hebatlah. HuHu.

Apa yang saya cadangkan ialah, hayati malam anda. Ambil masa anda untuk menyendiri seketika di dalam bilik. Fikirkan apa yang telah anda lakukan selama ini. Adakah kehidupan anda teratur? Kalau esoknya mati, agak-agak kena seksa tak dalam kubur nanti. Dari segi pelajaran, puas hati ke dengan keputusan sekarang ini? Akhlak kita, adakah kita cuba mencontohi Rasulullah? Semua orang di sekeliling kita suka dengan kita disebabkan akhlak mulia kita?

“Arghh, banyak sangat nak kena fikir. Peningla. Tenang ape kemendenye macamni!”

Opss, okay2. Bawa bersabar. HuHu. Kalau malas sangat nak berfikir, sila layan lagu ini dan hayati liriknya. Sambil-sambil dengar tu, boleh layan hot chocolate ke, kopi panas ke, masa musim sejuk ni.

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Tips #5 – Susun kembali jadual kehidupan anda.

Jadual di sini bukan bermaksud jadual yang skema2 tu. Jadual yang saya maksudkan, cuba buat macam checklist je tentang apa yang anda ingin capai selepas ini. Muhasabah juga apa yang anda telah buat sebelum ini. Adakah anda telah capai apa yang anda hajati sebelum ini?

Hmm macam mane ye nak cerita. Takpelah. Ni contoh yang saya buat. Sila-sila tengok. Jangan tiru bulat-bulat pula. LoL! Lain orang lain checklist dan azamnya.

checklist

Contoh checklist =D

Elok kalau kita muhasabah kembali kehidupan kita. Senaraikan azam dan action plan. Lepas ni takdelah kita ni buat sesuatu yang kita sendiri tak tahu hujung pangkalnya. Kalau kita ada checklist, rasa puaslah kalau kita dapat selesaikan segala kerja dan azam yang kita nak capai.

Tips #6 – Berdamping dengan kawan-kawan

Ada orang yang menghabiskan masa cutinya dengan bertapa sorang-sorang dalam bilik. Bajet nak belajar sebab habis sahaja cuti nanti, terus ade 9 exam. Fuh!

Tapi selalunya, tak belajar sangat pun. HuHu. Banyak berkhayal sahaja. Dan hari demi hari dilalui dalam keadaan tertekan kerana memikirkan peperiksaan yang bakal menjelang. Jadi, sudah-sudahlah menyendiri. Keluarlah berjumpa kawan-kawan yang lain.

makan2

Makan pizza beramai-ramai bersama kawan-kawan.

Boleh bercerita tentang kehidupan masing-masing, berkongsi masalah, makan bersama dan macam-macam lagi aktiviti ringan yang kita boleh buat bersama dengan kawan-kawan kita. Secara tak langsung, kita tidak rasa terbeban dengan tanggungjawab kita. Rasa relax dan tenang kerana ada orang lain juga yang berkongsi nasib dengan kita. Tak lah rasa kesusahan kita itu ditanggung sorang-sorang. HeHe.

Tips #7 – Belajar dan bersiap sedia lebih awal.

Tips-tips sebelum ini lebih kepada tips untuk mengurangkan stress anda. Sekarang ini, saya cadangkan pula anda untuk bersiap sedia lebih awal untuk menghadapi musim pembelajaran anda.

Maksud saya, bukanlah bermula terlalu awal. Awal-awal cuti dah tergopoh-gapah buka buku. Kelam-kabut belajar. HuHu. Bukan bukan.

Belajar awal sedikit. Jangan bercuti sampai 2 hari nak habis cuti, baru nak balik. Dengan penatnya lagi, mesti ada hari-hari yang habis begitu sahaja untuk menghilangkan penat anda. Percutian anda akan menjadi percutian yang menambah tekanan. Bukannya memberi tenaga dan semangat baru untuk belajar.

Jadi, tetapkan masa anda untuk belajar lebih awal di masa cuti. Masa yang boleh membuatkan anda belajar dengan tenang. Belajar dengan tenang di masa cuti ini juga boleh memberikan satu kenikmatan kepada anda. Nikmat dapat melangsaikan satu tanggungjawab.

Kesimpulan.

Manfaatkan cuti anda. Jadikan cuti anda penuh dengan ketenangan dan memberi tenaga dan semangat baru untuk anda menghadapi hari-hari yang akan datang. Jadikan cuti anda untuk bermuhasabah diri dan mengatur kembali strategi kehidupan anda.

Cuti bukanlah masa untuk anda bersuka ria di awal-awal dan kembali berada dalam duka dan tidak bersemangat setelah musim pembelajaran bermula.

Cuti adalah masa untuk berhijrah dari kegelapan ke jalan yang penuh cahaya! Dari kehidupan jahiliyyah kepada kehidupan yang diredhai ALLAH!

Bagaimana pula dengan perancangan anda semasa cuti? Lebih kurang seperti tips yang saya beri atau tidak? HeHe.