kalimah-allah

Bismillah. Video di bawah ni, anda nak tengok ke, tak nak tengok ke, terpulang. Takde kaitan apa sangat. Tapi saya rasa, perasaan anda mesti macam curious je nak tau. So anda akan tengok juga akhirnya. Kui Kui Kui.

Dalam hidup kita, kita akan lalui banyak benda. Susah senang. Jatuh bangun. Ada waktu gembira dan ada waktu berduka.

Hinggakan Rasulullah SAW, insan paling mulia juga turut merasai derita dan sengsara. Ini kan pula kita manusia biasa. Inilah sunnah Sang Maha Pencipta (Sunnatullah).

Manusia pula, bila senang, melupakan Pencipta. Bila susah, baru terhegeh-hegeh meminta-minta.

Itulah pula sunnah (kebanyakan) para manusia (Sunnatunnas).

Tak semua.

Tapi kebanyakannya begitulah. Yang menulis ni pun lebih kurang juga. HuHu.

Kita selalu dengar : Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

Tapi rasanya tak ramai yg benar-benar menghayatinya.

Cakap banyak pun tak guna. Senang cerita, kita tengok apa yang sering berlaku di sekeliling kita. Mungkin kita sendiri pernah atau kerap mengalaminya.

Kalau ditimpa kesusahan, fitrah manusia akan sedih dan berduka. Kalau ditimpa masalah, kita akan susah hati dan blur tak tau nk buat apa-apa.

Kalau tak dapat apa yg dihajati, maka kita akan buntu dan kecewa.

Patutnya, cuba kita periksa dan kaji hikmah di sebaliknya. Cuba cari dan korek, mesti ada punya! HuHu.

Kalau dah puas korek dan kaji, tak jumpa-jumpa juga. Meh sini sama-sama kita tengok pesan Baginda (SAW) :

Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda:

“Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya.” – Muttafaqun alaih

Dalam riwayat lain yang mempunyai maksud yang serupa :

Abdullah bin Mas’ud berkata, Rasulullah bersabda: “Tidak ada seseorang Islam yang ditimpa sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu).” – Muttafaqun alaih

Et voila! Boleh jadi penghapus dosa. Maka itu pun hikmah la tu. Ke guane?

Moral : Always look on the bright side of life. HeHe. :)

Sekian, WA