Assalamualaikum,

Sebenarnya banyak cara yang boleh kita lakukan untuk memperoleh pahala. Apatah lagi di bulan Ramadhan ini, pahala kita akan dilipatgandakan oleh ALLAH. Kalau pahalanya hanya satu di bulan lain, mungkin ALLAH menggandakannya menjadi 7 di bulan Ramadhan.

Siapa yang taknak kalau biasiswanya digandakan dari 967 euros sebulan, ke 7000 euros sebulan? Kaya tuh. HeHe.


tawaranpuasa

Ada rasa terliur ke tengok tawaran ALLAH di bulan Ramadhan ni? :)

Cumanya kadangkala bila kita dijanjikan pahala oleh ALLAH, kita tak terasa seperti ganjaran yang sangat besar. Kalau kawan kita kata, “eh kau solat terawih ni boleh dapat 10000 pahala tau tak kalau kau ikhlas.” Hmm, mungkin kita tak terasa macam dapat benda best je.

Mungkin kena tukar sikit kot style ayat? Camni ke :

Cuba bayangkan kalau kau solat terawih, kau dapat 10 000 euros cash. Kau nak tak?

HuHu. Mesti dia kata nak punya. Orang gila je yang kata tak nak. Sebab apa? Sebab sudah jelas, “nilai” 10 000 euros itu di depan mata kita. Sedangkan nilai 10 000 pahala itu belum jelas pada kita.

Kenapa ye boleh jadi macam tu? Masalah iman kot ye? Kecintaan lebih pada keduniaan.

Wang 10 000 euros itu kalau diberi pada orang yang hendak mati, pada waktu itu orang tersebut akan cuba menukarkan wang 10 000 euros itu dengan pahala. Habis disedekahkan semuanya. Sebabnya? Wang bukan boleh bawa masuk kubur.

Tapi kita kalau dah nak mati baru nak rasa nikmat mendapat 10 000 pahala lebih dari nikmat mendapat 10 000 euros, macam dah terlambat je kan? HeHe.

Biasalah kadang-kadang kita rasa biasa sahaja bila mendengar perkataan seperti “pahala”, “syurga”, “neraka”. Takde rasa apa-apa. Sebab iman kita maaih tidak kuat. Kecintaan kita hanya pada dunia yang materialistik.

Tapi orang soleh terdahulu pun ada begitu juga. Sampaikan ada yang mencucuh jarinya dengan api untuk merasa takutnya akan neraka itu.

Kesimpulannya, kita kenalah mendidik jiwa kita, supaya berasa takut apabila mendengar perkataan “neraka”. Merasa nikmat apabila mendengar perkataan “syurga”.  Kalau tidak, kita mungkin akan tergolong dalam golongan yang ingin pulang ke bumi semula pada hari akhirat nanti.