Assalamualaikum semua,
Hope so semua sihat dan gembira dalam melaksanakan aktiviti harian masing-masing. So, kali ni nk cerita sikit about IUT.Qu’est-ce que c’est l’IUT?
Assalamualaikum semua,
Hope so semua sihat dan gembira dalam melaksanakan aktiviti harian masing-masing. So, kali ni nk cerita sikit about IUT.Qu’est-ce que c’est l’IUT?
Assalamualaikum,
Bertemu lagi kita di minggu khas pelajar PF7. Kali ni sukalah pulak aku nk ceritakan tentang Aix dan Toulouse.
Aix
Aix merupakan sebuah bandar yg aman dan kecil. Terletak kira-kira 30minit dari Marseille dan 20minit dari kawasan pusat membeli-belah. (menaiki bas) Pengangkutan utama di Aix ialah bas, sama seperti di Toulon. Universiti Aix sgt terkenal. Dan di sini, pelajar-pelajar byk didedahkan dengan Bureau de Methode dan concours utk memasuki ecole. Walaubagaimanapun, silibus pelajaran adalah sama kerana GMP merupakan program national.
Aix merupakan bandar pelajar. So, korang mmg akan biasalah jumpa foreigner dekat Centre Ville. Bilik-bilik di Aix berukuran dlm 9m persegi. Di dalam bilik hanya terdapat sinki dan perabot asas. Sekiranya ingin membuang air, mandi dan masak, setiap floor ada disediakan bilik khas. Di dalam bilik tiada peti sejuk, tetapi ada heater(percuma). Hehe.
Suhu di Aix lbh sejuk berbanding Toulon dan Nice. Walaupun sejuk, ianya tetap nyaman. Kalau di detailkan lagi, bandar Aix selalunya mmg
sesak dgn pelajar. Di sini segalanya ada. Dari segi pakaian hinggalah ke perkakas rumah. Bekalan makanan halal juga sgt mudah di peroleh.
Toulouse
Toulouse terletak kira-kira 4-5jam dari Toulon menaiki tren. Berhampiran dgn Montpellier. Di Toulouse byk bunga matahari dan pemandangan sgt indah. Ada sungai kat sini. Bagi aku, Toulouse adalah bandar modern. Terdapat metro(keretapi bawah tanah) dan bas. Bandar Toulouse terkenal dgn bangunan yg bewarna pink. ( tp aku rase takdelah pink sgt pun)
Toulouse pada asalnya dibangunkan khas utk pendidikan bidang aeroangkasa dan aeronautik. Sewa rumah juga berpatutan. Sekarang ni senior MFI belum ada di sini, tetapi jgn risau, senior-senior lain ada. 2 org lelaki dan perempuan mmg ramai. Toulouse lbh kurang macam Aix, sgt ramai dgn student. So, harap-harap info aku bagi ni dpt membantu korang.
Bahagian penting :
Apa-apa pun pemilihan korang, mesti yakin ketika jawab. Sekiranya betul ingin Toulon atau Nice atau Aix sbg lokasi belajar, harus keluarkan hujah-hujah yg korang minat sgt nk sambung belajar kat sini. Aku harap keputusan ini biarlah korang yg tentukan, bukan lecturer. Sbb sekiranya korang lepas 10, seharusnya korang semua layak utk fly dan memilih lokasi tanpa ditentukan oleh pihak lecturer.
Nasihat aku, di mana-mana kalian berada, ilmu tu sama hebat dan sama taraf. Kita je yg mencorakkan mcm mana status kita bila berada di bandar itu. Kalau pergi ke Harvard pun tetapi malas, mmg takkan berjaya. Kan ? Hehe.
Good luck and all the best. May Allah be with you. InsyaAllah.
Assalamualaikum,
Haha, kali senior Nice yang baik-baik belake pulak nak share something ngan korang.
Bismillahirrahmanirrahim,
Salam semua, apa khabar? Rindu lah pulak kat Malaysia
Kali ni, saya cerita sikit pasal bandar Nice di Selatan Perancis.
Nice ini adalah suatu bandar yang kecil kalau nak dibandingkan dengan Paris, Lyon dan Marseille.
Dari segi topologinya, Nice merupakan suatu kawasan yang meliputi kawasan berbukit bukau dan tanah landai yang bertemu lautan Mediterranée. Di belakang ada gunung, di
depan ada laut. Pantai Nice tak berpasir dan tak panjang seperti pantai di Malaysia. Dari segi cuaca pula, cuaca di sini agak sejuk dalam semua musim kecuali dalam musim panas. Kalau di Malaysia, walaupun panas tapi berangin. Di sini, sebaliknya pula yang berlaku. Panas dan kering. Itulah yang sedikit menyeksakan kita yang berpuasa di sini. Kalau PF7 yang baru sampai di sini waktu summer nanti, memang rasa macam di Malaysia
Memandangkan Nice ni bandar pelancongan, memang tak hairanlah kalau tersempak dengan orang-orang yang datang dari serata dunia. Kalau bertuah, boleh jumpa orang Melayu. Rombongan Cik Kiah la katakan
Dan pada musim panas, Nice ni akan dipenuhi oleh pelancong, macam orang pergi haji di Mekah
OK, itu dari segi geografi dan imigrasi.
Dari segi suasana Islamiknya pula, Nice ni boleh dikatakan sebagai bandar masyarakat Arab. Yes, orang Arab tersangat-sangatlah ramai di sini. Mereka datang dari pelbagai negara Islam, baik dari Afrika mahupun Eropah. Ada yang datang dari Algeria, Tunisia, Maghribi, Rusia, Albania, Senegal, dan banyak negara lagi. Dan bila ramai orang Arab, makanan halal pun senang nak jumpa. Rasanya lagi susah nak jumpa kedai daging non-halal dari kedai daging halal
Di Nice ada 35 buah masjid dan surau. Antara yang kami selalu pergi adalah salle priere di centre ville, Masjid Ar-Rahma di timur Nice,
Masjid Madeleine di Madeleine, salle de priere Cité di hostel student dan Masjid La Vallière di La Vallière, berdekatan dengan airport Nice.
Kalau nak lepak, korang jangan risau. Kebiasaannya rumah keluarga angkat dan asrama pelajar pelajar Malaysia berdekatan dengan centre ville. Masjid ada, shopping complex ada, tempat main bowling ada, tempat bersukan ada, ini ada, itu ada. Senang kata, macam-macam ada… Memang best la duk Nice!
Assalamualaikum buat semua,
Apa khabar, semoga dlm keadaan sihat sentiasa. InsyaAllah.
Kali ni VLL tulis artikel khas buat kawan-kawan yg berada di MFI yg bakal berhadapan dgn interbiu. Mesti korang semua tgh peningkan? Tak tahu nk jawab apa dpn penemuduga. Selain nk bagi tips-tips, nk juga kongsi tentang bandar-bandar yg bakal korang datang nanti. Artikel kali ni nk cerita pasal bandar Toulon dulu lah. Hehe.

Assalamualaikum, Bismillahilrahmanilrahim,
Sempena dengan maulidur rasul , marilah kita melihat semula perjuangan dan sirah Rasulullah dalam menyebarkan dakwah dan menegakkan agama Allah… Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat, siapa lagi yang perlu meneruskan perjuangan mereka(para mujahid) kalau bukan kita sebagai umat nabi Muhammad S.A.W.??? Adakah kita sebagai umat islam sekadar ingin melihat orang-orang di sekeliling kita terus hidup dalam jahiliyah dan iluminisasi? Alangkah kejamnya kita jika kita tidak bertindak walau dengan sepatah perkataan untuk menarik orang-orang di sekeliling kita ke jalan yang benar. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda “sampaikanlah atau sebarkanlah pesananku ke seluruh umat manusia walaupun dengan satu perkataan.” Selama 23 tahun lamanya Rasulullah S.A.W. menyampaikan dakwah untuk menegakkan agama Allah. Bermula dengan dakwah secara senyap sehinggalah ke dakwah secara terang-terangan dan peperangan. Dakwah secara senyap-senyap yang dilakukan Baginda di Mekah lebih memfokuskan kepada pembentukan akhlak, akidah, intelektual dan kepercayaan.
Click to continue reading “Dalam mengenangmu Ya Rasulullah.”
Assalamualaikum teman-teman sekalian,
Hurm, so camne so far? Exam still byk lagi? Kadang-kadang tu mesti rasa tak tenang sbb cm tak yakin apa yg kita jawab. Pastu nk betulkan pon dah terlewatkan? Hurm…
Sebelum kite diigtkan dgn konsep usaha, tawakal dan doa. InsyaAllah, dgn keyakinan kita pada methode ni, semoga kejayaan memayungi kite.
Tpkan, kalau gagal tu, tak semestinye kite tak cukup usaha, kadang-kadang tu sbg ujian. Mungkin utk elak kite rase bangge diri, atau Allah nk kite igt, setiap kejayaan itu adalah atas keizinan-Nya.
Oleh tu, sentiasalah ucapkan insyaAllah. Yang bererti, dgn izin Allah. Sbb takde satu pun bende yg jadi kat kite, tanpa pengetahuan Allah. Dia lah yg paling hampir dgn kite, dan plg selalu mendengar aduan domba hamba-hambanya.
Oklah, jgn lupa teman-teman. Prinsip terakhir ialah, REDHA. =)
Segala puji bagi Dia yang menguasai hati-hati kita,
Perancangan sesuatu kerja itu sangat penting. Tanpa ada sebarang strategi, boleh jadi kita hanya mengundang kegagalan. Saya pasti, pembaca sekalian mesti dah mengamalkan konsep usaha. Tapi barangkali lupa satu lagi konsep di dalam islam.
Macam-macam bende pun kite merancang. Plan cam ne nak buat program, plan agenda cuti, plan nak masak ape, plan prepare untuk exam…..dan banyak sangatla…. Kadang-kadang rancangan kite memang tersangat mantap. Kita yakin bahawa kita mampu melaksanakannya. Kita rase kita pasti berjaya.
Tapi sahabatku, tak semua planning itu akan tercapai. Barangkali ianya bukan seperti yang kita harapkan. Kerana kita lupa bahawa Allah itu juga merancang buat kita…
Maka itu, jangan lupa bertawakal di setiap apa jua perkara. Tawakal ataupun berserah tanda Allah menguji sejauh mana pergantungan kita kepadaNya… kepada Dia sahaja ye! Didahului dengan doa, kemudian disusuli dengan usaha dan diakhiri dengan bertawakal…
Ingin saya ceritakan sebuah kisah dari kitab Riadus Solihin,
Dari Abdullah bin Abbas r.a. berkata, Sabda Rasulullah s.a.w
“Telah ditunjukkan kepadaku keadaan umat yang dahulu, hingga aku melihat seorang Nabi dengan rombongan yang kecil, dan ada pula Nabi yang mempunyai satu atau dua pengikut, bahkan ada juga Nabi yang tiada pengikutnya.
Kemudian aku melihat satu rombongan yang besar sekali, aku kira itu umatku, maka diberitahukan padaku bahawa itu adalah Nabi Musa dan kaumnya….
Tiba-tiba di ufuk kanan dan kiriku, di sana aku melihat rombongan yang besar sekali, dikatakan kepadaku: Itulah umatmu dan di samping mereka ada 70000 yang masuk syurga tanpa hisab.”
Setelah itu Nabi pun bangun dan masuk ke rumahnya.
Manakala para sahabat tertanya-tanya sesama sendiri mengenai golongan yang masuk syurga tanpa dihisab itu. Pelbagai pendapat yang diutarakan mereka.
Kemudian Rasulullah s.a.w pun kembali dan bertanya: “Apakah yang sedang kau bicarakan?”
Maka para sahabat pun mengajukan masalah itu,
Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Mereka itu adalah yang tidak pernah menjampi atau dijampikan dan tidak suka menebak nasib dengan pengantaraan burung, dan kepada Tuhan mereka selalu berserah.
Apabila para sahabat mendengar sabda Rasulullah s.a.w itu, bangunlah Ukkasjah bin Mihshan dan berkata: “Ya Rasulullah doakan semoga Allah memasukkan saya dari golongan mereka.”
Jawab baginda. “Engkau termasuk golongan mereka.”
Kemudian berdiri pula sahabat yang lain. “Doakan semoga Allah menjadikan saya dari golongan mereka!
Jawab baginda: “Engkau telah didahului oleh Ukkasjah.
(Bukhari dan Muslim)
Bestkan kalau kita masuk syurga tanpa dihisab?! Ayuh kita kejar erti tawakal.
“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, akan gementar hatinya, dan dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, akan bertambah kuat imannya dan hanya kepada Tuhan mereka berserah. (Al-anfal:2)”
So, lepas ni kite sesame apply usaha dan tawakal.
Ianya satu pakej, tak boleh asing-asingkan. Ayuh! =)
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,
Apa khabar semua. Masih bertahan ke dalam perjuangan ilmu? Atau ada yang dah mula down?
Time-time macam ni lah kita selalunya akan patah semangat dengan exam dan assignment yang menggunung, sampai rasa macam nak balik rumah dan berhibernasi dalam sleeping bag, sementatra tunggu winter habis.
Dan waktu ni juga Allah akan beri satu solution, iaitu berdoa kepadaNya.
Rasulullah bersabda : ” Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin ”
Alangkah hebatnya. Bayangkan Allah tolong kite dalam exam, kasi ilham kat kite waktu kite lekat kat satu soalan.
Bukankah itu kemenangan yang unggul? Siapa lagi cikgu yang lagi mengetahui dari Tuan punya ilmu?
Waktu Khalid Al-Walid memerintah tentera mukmin di Perang Muktah, hanya ada 3000 orang tentera mukmin sahaja sedangkan tentera Rom ialah 200 000. Islam boleh menang walaupun dengan jumlah yang sikit. Rahsianya? Iman dan doa.
Tapi kalau doa terus menerus, tapi x mustajab, rugi la kan? So,apakah cara-cara utk doa kita makbul?
1) Haruslah kita menjaga apa yg kita makan. Iaitu makan makanan yang baik-baik dan elakkan memakan makanan yang shubhah(tak tahu kesahihan halalnya). Sbb pemakanan ini akan menjadi darah daging kita. Abu Bakar sanggup mengorek tekaknya sekiranya dia telah termakan makanan yg tidak baik sumbernya.
2) Semasa bermusafir, kita perlu banyakkan berdoa. Doa seorang musafir itu mustajab.
3) Beramal soleh.
4) Dan segala keperluan kita ( pakaian, kenderaan dsb ) haruskan datang dari sumber yg halal.
Ok2 so macam mana nak berdoa pulak? Ada tata tertib jugak?
Adab berdoa:
1)Jgn tinggikan suara ketika berdoa.
2)Dilarang membaca ayat quran ketika bersujud.
3)Jgn doa kuat-kuat sampai ganggu org sembahyang.
Ok la, sempena exam ni, saya mengajak semua dari kite yang akan menjawab soalan peperiksaan, untuk mengamalkan doa Nabi Musa a.s.
رَبِّ إِنّى ظَلَمْتُ نَفْسى فَاغْفِرْ لى
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekakuan lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku”
Ok, itu saja yang saya boleh beri, insyaAllah kita akan berjaya dunia akhirat.
Salam wbt,
Menarik jugak video nih. Sangat menyentuh hati. =)
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal – 3 : 190

Assalamualaikum,
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, blog ini bermula pada pukul 11.13 malam, 8 Disember 2008, bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1429.
Kebetulan pula blog ini bermula pada tarikh Hari Raya Aidiladha. Blog ini dihasilkan untuk perkongsian khas kepada seluruh pelajar Malaysia di France. InsyaALLAH.
Semoga ada manfaat.
Admin
Lundi, 8 Decembre 2008
11.13 p.m, France.