Salam wbt.
Meh tengok video ni dengan mata hati.
Teringat kawan yang dah pergi. Semoga aman di kubur dan dimasukkan ke syurga.
Apa ye nasib kita di sana nanti?
Salam wbt.
Meh tengok video ni dengan mata hati.
Teringat kawan yang dah pergi. Semoga aman di kubur dan dimasukkan ke syurga.
Apa ye nasib kita di sana nanti?
Assalamualaikum,
Sewaktu artikel ini ditulis, video ini telah mendapat 4,319,372 views di Youtube. Apa yang buat video ini menarik sangat? Jom layan.
Assalamualaikum,
Sekarang sudah hari-hari terakhir bulan Ramadhan, jom bangun malam untuk beribadat!
Rasulullah s.a.w. mengikat kuat kainnya (menambah kesungguhan ibadatnya), menghidupkan malam (dengan banyak berzikir dan bermunajat), membangunkan keluarganya.
Perkara ini dapat kita semak dari sebuah kisah Siti Aisyah r.a:
Bila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w. mengikat kuat kainnya (menambah kesungguhan ibadatnya), menghidupkan malam (dengan banyak berzikir dan bermunajat), membangunkan keluarganya (untuk ikut bertaqarrub kepada Allah) (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Jangan lupa ajak orang di sekeliling kita juga untuk mendapat nikmat dan ganjaran lailatul qadar.

Assalamualaikum. Apa khabar amalan kita pada hari-hari di dalam bulan Ramadhan sebelum ini? Adakah semakin hari semakin menampakkan peningkatan?
Separuh terakhir Ramadhan memang masa yang sangat mencabar. Kebanyakan kita telah ter”budaya” dengan keasyikan ingin pulang ke kampung menyambut raya atau sibuk untuk membuat persiapan raya di rumah.
Sedangkan sepatutnya kita gusar akan perginya bulan yang melipatgandakan setiap pahala amalan kita.
Click to continue reading “15 Terakhir Ramadhan – Tingkatkan Amal!”

Assalamualaikum. Semalam sudah ada orang yang bertanya kepada saya “Eh, bile ye kita puasa kat France ni? Hari Sabtu kan?” Tiba-tiba, ada suara orang yang menyahut di belakang, “Ish mana pulak. Hari Jumaat lah. Malam ni la start terawih”.
HuHu macam-macam.
Sebenarnya kita tak perlu bersusah-payah menjadi ahli falaq untuk mengira tarikh 1 Ramadan yang sebenar. Serahkan sahaja pada yang pakar. Siapa? Dah tentu imam mosquee de Paris! (masjid Paris)

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.
Selalunya kita akan mendengar teriakan orang menangis dan bersedih akibat kematian dan kecederaan yang dialami oleh saudara kita.
Tapi berlainan di Gaza. Suara ALLAHUAKBAR, LAILAHAILLALLAH adalah kata-kata yang diungkap setiap kali diserang dan berada dalam kesusahan.
Kenapa ye?

Melihat gambar-gambar yang jarang dipaparkan di media massa, membuatkan hatiku berasa sedih dan pilu.
Biarpun mereka berdarah Arab dan aku berdarah Melayu, namun persaudaraan Islam membuatkan aku berasa mereka seperti ahli keluargaku sendiri. Tiada beza.
Assalamualaikum,
Setiap hari membelek berita berkenaan Palestin, setiap hari rasa pedih dan adakalanya terasa seolah tidak mahu mendengar sebentar laporan berita berkenaannya kerana sukar menahan rasa sakitnya.

Sudah hari kesepuluh dan serangan semakin ganas. Sekitar 550 orang Palestin telah diragut nyawanya termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang awam, manakala seramai 2500 lagi cedera. Bekalan ubatan, makanan dan perkara asas semakin kurang. Hospital dan doktor amat terhad dan laporan berita menyatakan ada doktor yang tidak sempat tidur sama sekali.
Click to continue reading “Palestin : Usaha Kita & Berhasilkah Boikot?”

Assalamualaikum,
Nampaknya Winter Sales dah mula dekat France. Pergilah shopping. Kasut yang ada baru 3 pasang. Baju sejuk yang ada baru 4 pasang. Belilah satu lagi baju sejuk. Boleh pakai baju sejuk berlainan hari-hari setiap kali pergi kelas.
Eh, takkan nak pergi sale sorang-sorang saja? Ajaklah kawan-kawan yang lain. Duit mereka masih banyak. 967 euro sebulan, tolak duit sewa rumah, masih ade beratus-ratus euro lagi. Sampaikanlah “dakwah” sale mu itu kepada orang sekelilingmu.
Click to continue reading “Belanjakanlah Hartamu Sebanyak-Banyaknya Untuk Dirimu Sendiri!”