Browsing Posts of Author »hud_hud«

  • Study dan aku

    Assalamualaikum semua,

    Apa khabar? Sehat sejahtera? Tertekan? Hehe. Kawan-kawan PF7 camne pulak? Ok tak interview? Harap-harap semuanya okay, dan jgn lupa, selalulah berdoa supaya kita dikurniakan oleh Allah yg terbaek buat kita.

    Tetibe rase nk menulis pulak. Nk cite sket bab study. Apa kaitannya study dan status diri kita sbg seorang muslim. Benda ni jadi kat aku, sblm aku sampai kat France. Nk cite, yg dulu, aku selalu igt study ni sbb nk dpt keje best, dpt duit byk, beli rumah, pastu duduk ngan family. Tp setelah aku smpai France, barulah aku tahu yg kalau kita fikir camtu, rugilah kita. Sbb duniakan sifatnya sementara. Cuba tgk kitaran hidup org yg bukan muslim, pun mcm tu kan? Nk pandai, jadi kaya, dpt keje best. So cm tak nmpklah bezanya.

    Sepatutnya as a muslim, kite kene lah tunjukkan beza tu, supaya dia yg ikut kite kan? Haha. :D Tak gitu ke?

    So aku pun tersedarlah. Kita kalau study tu, kita niatlah kerana Allah. Kat otak kite ni kite kene fikir, aku study hanya utk Allah. Ha, camne tu? Study kerana Allah?

    Sbg cth, kat universiti aku nie, students malaysia mmg power. Top 20 tu byk budak malays. And of course lah, diorang taw kitrg ni muslim. Ha, bagi aku tu dah ada peluang nk ajak diorang jinak-jinak kenal Islam. Dpt pahala tu. Second, kite tahu kan islam skunk asyik kene tindas je, teknologi pun asyik-asyik import, mana tak mahal. So, kite boleh fikir and niat, aku study supaya aku jadi jurutera muslim yg akan membantu meningkatkan taraf kualiti hidup seluruh umat islam. Kan cantik tu?

    Tu barulah namanya jihad. Sbb ade orang ckp kat aku, study pun jihad. Tp kalau kite study tp asyik pasang angan-angan duina tanpa fikir pasal Allah dan islam, mcm mana nk dikira jihad? Hehe. So pasni kawan-kawan, adik-adik, kita sama-samalah betulkan niat kenapa kita study. Supaya, setiap langkah kite ke kelas, setiap tumpuan kita dlm kelas, semua itu mendapat ganjaran pahala. InsyaAllah.

    Wallahu’alam.

  • Gaza – Hidup Penuh Bermaruah

    Warga Gaza tidak pernah tunduk atau takut kepada rejim Zionis

    “SELAMAT datang ke Gaza, selamat datang ke alam kegembiraan”.

    Agak memeranjatkan kerana itulah yang diucapkan seorang lelaki Gaza kepada sekumpulan 12 rakyat Malaysia yang menyertai konvoi Viva Palestina ke wilayah itu, baru-baru ini.

    Click to continue reading “Gaza – Hidup Penuh Bermaruah”

  • Bonne Rentrée

    Assalamualaikum

    Rasanya belum terlambat utk ucapkan bonne année dan bonne rentrée kepada semua pembaca VLL.
    Dan sempena musim buka semester baru nih. VLL nak berkongsi sedikit tips-tips belajar yang dikongsikan oleh beberapa pelajar yg dah ‘senior’ (macam tua plk bunyinya.. hehe) di France nih.
    Semoga dapat dimanfaatkan bersama-sama.

    1. Cuba fahamkan terus apa yang kita belajar dikelas, tanya prof bila kurang faham supaya nanti bila dah balik , tinggal nak ulang kaji dan buat latihan sahaja.

    2. Cuba buat semua latihan yang prof suruh walaupun tak faham, sekurang-kurangnya kita dah cuba utk buat dan pada masa yang sama kita dah ulangkaji. Dan nanti bila bincang dalam kelas kita akan lebih mudah faham sebab kita dah cuba buat.

    3. Belajar untuk menyusun kerja. Selesaikan kerja yang lebih tinggi prioritinya, contohnya selesaikan latihan sebelum belajar cours. Untuk itu, gunakanlah agenda. Catatkan setiap hari apa perkara yang perlu diselesaikan dan kemudian tandakan nombor ikut prioriti dan tandakan kerja yang telah selesai.

    4. Selepas setiap ujian, cari orang yang dapat markah yang paling tinggi markah dalam kelas, pinjam kertas ujian dia dan photostat kertas dia. Cuba untuk buat balik ujian tuh dan kalau ada yang tak boleh buat, tandakan dan tanyakan pada prof.

    5. Adalah penting untuk buat soalan-soalan annales (soalan ujian tahun-tahun lepas). Kalau yang ada senior tu pinjam dan photostat kertas ujian tahun lepas.

    6. Bila buat TD , jangan padam kalau jawapan kita salah, sebaliknya tambahkan sahaja jawapan yang betul. Kita belajar dari kesilapan, kalau padam nanti mungkin kita lupa salah kita dan ulang balik.

    7. Tanya prof bila ujian. Supaya mudah kita susun jadual bila nak ulangkaji apa. Kemudian, displinkan diri untuk ikut jadual.

    8. Ketika ulangkaji, tutup computer. Mudah nak fokus.

    9. Selesaikan semua latihan dan kerja secepat mungkin, tapi bukan gopoh. Sifat bertangguh tu kene buang. Kalau ada banyak sangat kerja, buat ikut prioriti. Setiap hari lepas kelas, buat to do list dan tampal dimeja belajar supaya tak ada kerja yang tertingal.

    10. Cuba untuk buat TD yang dah buat sekali lagi seolah-olah macam nak hafal tapi bukanlah hafal sebab masa ujian tak akan keluar soalan yang sama. Masa buat tu pulak, cuab buat seolah-olah dalam ujian, letakkan masa supaya kita terbiasa laju dalam dalam berfikir.

    So, alhamdulillah, setakat ni je tips² yang mampu dikongsi. Kalau ada sesiapa yang mahu berkongsi tips-tips yang lain, sangat dialu-alukan. Dan jangan lupa berdoa ye.

    Terima kasih.

  • Eid Adha & The Missing Hijab

    Salam. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Ada video menarik. Jom tengok =)

  • Are You Going to Finish Strong?

    Ditujukan khas kepada saudara Rafizzi dengan ucapan, usah bersedih lagi. :D