VersLaLumiere.Com » hud_hud

Study dan aku
Assalamualaikum semua,

Apa khabar? Sehat sejahtera? Tertekan? Hehe. Kawan-kawan PF7 camne pulak? Ok tak interview? Harap-harap semuanya okay, dan jgn lupa, selalulah berdoa supaya kita dikurniakan oleh Allah yg terbaek buat kita.

Tetibe rase nk menulis pulak. Nk cite sket bab study. Apa kaitannya study dan status diri kita sbg seorang muslim. Benda ni jadi kat aku, sblm aku sampai kat France. Nk cite, yg dulu, aku selalu igt study ni sbb nk dpt keje best, dpt duit byk, beli rumah, pastu duduk ngan family. Tp setelah aku smpai France, barulah aku tahu yg kalau kita fikir camtu, rugilah kita. Sbb duniakan sifatnya sementara. Cuba tgk kitaran hidup org yg bukan muslim, pun mcm tu kan? Nk pandai, jadi kaya, dpt keje best. So cm tak nmpklah bezanya.

Sepatutnya as a muslim, kite kene lah tunjukkan beza tu, supaya dia yg ikut kite kan? Haha.   Tak gitu ke?

So aku pun tersedarlah. Kita kalau study tu, kita niatlah kerana Allah. Kat otak kite ni kite kene fikir, aku study hanya utk Allah. Ha, camne tu? Study kerana Allah?

Sbg cth, kat universiti aku nie, students malaysia mmg power. Top 20 tu byk budak malays. And of course lah, diorang taw kitrg ni muslim. Ha, bagi aku tu dah ada peluang nk ajak diorang jinak-jinak kenal Islam. Dpt pahala tu. Second, kite tahu kan islam skunk asyik kene tindas je, teknologi pun asyik-asyik import, mana tak mahal. So, kite boleh fikir and niat, aku study supaya aku jadi jurutera muslim yg akan membantu meningkatkan taraf kualiti hidup seluruh umat islam. Kan cantik tu?

Tu barulah namanya jihad. Sbb ade orang ckp kat aku, study pun jihad. Tp kalau kite study tp asyik pasang angan-angan duina tanpa fikir pasal Allah dan islam, mcm mana nk dikira jihad? Hehe. So pasni kawan-kawan, adik-adik, kita sama-samalah betulkan niat kenapa kita study. Supaya, setiap langkah kite ke kelas, setiap tumpuan kita dlm kelas, semua itu mendapat ganjaran pahala. InsyaAllah.

Wallahu’alam.

Gaza – Hidup Penuh Bermaruah
Warga Gaza tidak pernah tunduk atau takut kepada rejim Zionis

“SELAMAT datang ke Gaza, selamat datang ke alam kegembiraan”.

Agak memeranjatkan kerana itulah yang diucapkan seorang lelaki Gaza kepada sekumpulan 12 rakyat Malaysia yang menyertai konvoi Viva Palestina ke wilayah itu, baru-baru ini.

Memeranjatkan kerana mereka tahu warga Gaza tertekan akibat kepungan tentera Israel sejak 27 Disember 2008 dan terperangkap dalam keganasan dan penindasan rejim Zionis sejak puluhan tahun sebelum itu.

Lalu, apa yang dimaksudkan lelaki berkenaan dengan kata-kata itu. Adakah dia sememangnya amat tertekan dengan keadaan di Gaza sehingga tidak tahu lagi membezakan penderitaan dan kegembiraan.

Walaupun dalam keadaan fizikal dan minda yang keletihan, kata-kata lelaki itu terngiang-ngiang dalam fikiran ketua konvoi Malaysia, Matthias Chang yang kemudian memerah otak cuba mentafsir apa yang dimaksudkan.

Beliau mewakili badan bukan kerajaan (NGO), Perdana Global Peace Organization (PGPO) bersama Abd Rafee Abd Khatab selaku timbalannya, selain Shamsul Akmar, Juana Jaafar Manap dan Ram Karthigesu.

Turut serta empat kru Bernama serta dua lagi aktivis NGO Malaysia yang berada di Syria, selain pelajar Malaysia di London, Ibrahim Mohd Azmi yang pada mulanya menyertai konvoi dari ibu kota England pada 6 Disember 2009.

Bersama-sama mereka, ratusan aktivis lain dari seluruh dunia yang bergerak dalam 220 kenderaan dengan misi penghantaran bantuan kemanusiaan bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.5 bilion) kepada rakyat Gaza.

Menerusi konvoi itu, PGPO menyumbang hampir RM500,000 dalam bentuk bantuan keperluan dan dua ambulans.

“Kami tiba di Gaza kira-kira jam 4 pagi, ada seorang lelaki menyambut kami dengan kata-kata sedemikian. Jika diikutkan badan yang amat letih kerana memandu terlalu lama, kata-kata itu mungkin masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

“Namun selepas berfikir, kata-kata itu menggambarkan azam warga Gaza dalam meneruskan hidup. Ya… Israel boleh menyerang dan menindas mereka, tetapi biarlah… mereka terus hidup seperti biasa, seperti orang lain juga,” katanya.

Sukarelawan Malaysia bertemu beberapa ahli Parlimen Palestin dan seperti dijangka, banyak kisah sedih yang diceritakan, termasuk kehilangan lebih 15 ahli Parlimen yang diculik Israel dan ada yang dibunuh.

Sebenarnya, kisah sedih seperti itu hanya diceritakan jika ada yang bertanya kerana keutamaan warga Gaza kini ialah mendapatkan keperluan asas, terutama kelengkapan dan bantuan pendidikan.

“Saya dibawa masuk ke sebuah bilik di bangunan Parlimen yang sebahagian besarnya musnah akibat ledakan bom Israel. Bagi mereka ia sebenarnya pejabat, biliknya kecil saja dan di satu sudut, ada rak menempatkan bahan bacaan.

“Dengan penuh bangga, mereka memberitahu ‘itulah perpustakaan kami.’ Mungkin orang akan anggap, apa nak dibanggakan dengan perpustakaan sekecil itu, tetapi mereka yang faham tahu kenapa mereka begitu berbangga dengannya,” kata Chang.

Ia sebenarnya simbolik kepada masyarakat dunia dan kepada Israel bahawa “kamu tidak boleh memusnahkan Parlimen kami, apa saja yang tinggal akan kami gunakan untuk meneruskan hidup”.

Dengan penuh bangga juga, ahli Parlimen berkenaan meminta Chang merakamkan gambar pejabat dan perpustakaan Parlimen yang hanya mengandungi tiga set kerusi meja dan rak menempatkan buku itu.

“Saya kagum dengan semangat pemimpin dan warga Gaza, tetapi kisah seperti itu tidak begitu ditonjolkan media. Laporan media sebelum ini hanya memaparkan penderitaan, kesedihan dan rayuan mereka meminta bantuan.

“Tidak banyak yang memuatkan kisah semangat, maruah dan keyakinan diri yang tinggi di kalangan warga Gaza. Mereka tidak berasa malu, kalah atau dijajah…mereka hidup seperti biasa…itu paling mengagumkan,” katanya.

Atas sebab itu, Chang tidak begitu berminat menceritakan insiden yang berlaku sepanjang perjalanan konvoi dari London ke Gaza kerana itu bukan topik utama misi berkenaan, sebaliknya lebih penting apa yang berlaku di Gaza City.

Kisah sedih penderitaan warga Gaza, kemusnahan harta benda, pembunuhan kanak-kanak, wanita dan orang tua juga, katanya, sudah acap kali dilaporkan media, seolah-olah itu saja yang ada di sana.

Gaza, katanya, adalah kisah keberanian, semangat, iltizam dan perpaduan rakyat. Ia bukan layar kepada kisah dendam kesumat, kekecewaan dan benci walaupun siang dan malamnya diisi deruman enjin pesawat pejuang Israel, pengeboman dan pembunuhan.

Semua ciri itu menyumbang kepada kekuatan warga Gaza, biarpun musuh dianggap begitu kuat dan mendapat sokongan negara kuasa besar, wilayah itu sehingga kini gagal ditawan.

Biarpun dikhianati dari dalam, dipencilkan negara jiran yang sebangsa dan seagama atau dilabel pengganas, Gaza tetap mempertahankan daulat dan warganya meneruskan hidup penuh bermaruah.

“Apabila saya melihat mata mereka, tidak tergambar wajah dendam atau kebencian, sebaliknya pancaran yang mahukan keamanan, cuma bingung kenapa manusia boleh melakukan kekejaman kepada manusia lain, kenapa berlaku ketidakadilan itu.

“Ada yang ditahan, diculik dan dikurung dalam penjara. Ada yang dibunuh, tetapi keluarga mereka tidak bercakap dalam nada berdendam, cuma minta supaya kisah itu didedahkan, jangan disenyapkan. Dendam dan benci tiada dalam kamus hidup mereka,” katanya.

Kata Chang, keutamaan warga Gaza kini bukan kewangan walaupun mereka bersedia menerima jika ada yang sudi menyalurkan, tetapi lebih kepada pendidikan, terutama bantuan biasiswa untuk generasi muda meneruskan pengajian.

“Sebab mereka tahu jika generasi muda tidak berpelajaran, sukar untuk membangunkan masyarakat. Perlu ada profesor, doktor, pakar psikologi dan pakar lain untuk anak-anak mereka belajar dan mengatasi trauma perang,” katanya.

Beliau yakin jika mendapat peluang sebegitu, Palestin mampu membangun menjadi negara termaju di benua Arab andai berjaya bebas daripada penindasan Israel kelak.

Simbolik kekuatan iltizam warga semenanjung itu juga tergambar apabila peserta konvoi dibawa bersarapan di sebuah restoran menghadap Pelabuhan Gaza atau dengan saiznya yang seperti itu, lebih layak dipanggil jeti.

“Mereka menunjukkan kepada kami pelabuhan itu dan berkata: “Tidakkah itu pemandangan yang cantik.” Mesejnya, lihatlah pelabuhan kami yang begitu cantik dan tenang. Hidup mereka riang dan tenang walaupun ditekan penindasan.

“Bandar Gaza juga bersih, sedangkan ia adalah zon perang. Mesejnya mereka tidak akan hidup seperti haiwan walaupun kamu (Israel) menindas. Kami hidup seperti manusia lain dan kebersihan sebahagian daripada hidup kami,” katanya.

Warga Gaza contoh terbaik sebagai inspirasi hidup, mereka tidak mengeluh atau merungut mengenai kehidupan. Bagi mereka, Palestin akan menang, rakyatnya akan terus hidup dan tidak pernah takut atau tunduk kepada Israel.

“Lihatlah dengan segala kelebihannya, Israel masih gagal menewaskan Gaza. Deruman enjin pesawat tentera atau ledakan bom sudah perkara biasa. Cuba kita bayangkan jika Palestin merdeka,” kata Chang.

Kekurangan yang dihadapi tidak dijadikan alasan. Pernah makmal sebuah universiti menempatkan peralatan bernilai RM15 juta musnah dibom Zionis, tetapi hanya 10 hari selepas itu pembelajaran sudah disambung semula.

Bangunan Kementerian Kewangan dan beberapa kementerian yang menjadi tonggak pentadbiran kerajaan dan menyimpan dokumen penting juga hancur, tetapi selepas itu semua dokumen penting disimpan secara berselerak di sekitar Gaza.

“Cuba kita lihat Jerman dan Jepun, kononnya negara maju tetapi mereka sebenarnya masih tunduk kepada kuasa besar. Di negara mereka, masih ada pangkalan tentera negara kuasa besar… apa gunanya merdeka,” katanya.

Berbeza dengan Gaza, wilayah itu dikepung tetapi masih gagal dijajah kerana semangat melawan warganya yang begitu kuat sehingga Israel yang dilengkapi senjata moden terpaksa berundur dek semangat melawan yang kental oleh pejuang Gaza.

“Israel boleh melancarkan 100 peluru berpandu ke Gaza, tetapi ia akan dibalas walaupun hanya satu peluru berpandu dari Gaza. Jika Israel ada peluru berpandu, Gaza juga ada senjata itu untuk mempertahankan kedaulatannya,” tambah Chang.

Katanya, laporan media hanya menumpukan kepada penderitaan rakyat Palestin dan Gaza, sedangkan memang itu yang akan berlaku kerana mempertahankan diri daripada penindasan oleh negara penuh lengkap dengan aspek ketenteraan dan persenjataan.

“Laporan seperti itu menggambarkan Israel begitu berkuasa. Memang warga Gaza menderita, tetapi secara psikologinya mereka menang. Walaupun ramai rakyatnya terbunuh, tetapi negara mereka masih gagal dijajah Zionis.

“Moral warganya tetap utuh… walaupun ada penganut Islam dan Kristian, mereka hidup penuh bersatu pada tahap tertinggi. Perpaduan masyarakat Gaza contoh terbaik kepada dunia,” katanya.

Katanya, pengajaran paling penting daripada misi kali ini ialah warga Gaza tidak akan menggadaikan nilai asas kemanusiaan – hidup penuh bermaruah dan bangun semula jika terjatuh.

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau berpesan mewakili sukarelawan Viva Palestina dari Malaysia: “Jangan anggap kami hero, memang perjalanan memenuhi misi ini sukar, tetapi ia berbaloi kerana banyak pengajaran kami peroleh di Gaza”.

- SUMBER

Bonne Rentrée
Assalamualaikum

Rasanya belum terlambat utk ucapkan bonne année dan bonne rentrée kepada semua pembaca VLL.

Dan sempena musim buka semester baru nih. VLL nak berkongsi sedikit tips-tips belajar yang dikongsikan oleh beberapa pelajar yg dah ‘senior’ (macam tua plk bunyinya.. hehe)  di France nih.

Semoga dapat dimanfaatkan bersama-sama.

1.	Cuba fahamkan terus apa yang kita belajar dikelas, tanya prof bila kurang faham supaya nanti bila dah balik , tinggal nak ulang kaji dan buat latihan sahaja.

2.	Cuba buat semua latihan yang prof suruh walaupun tak faham, sekurang-kurangnya kita dah cuba utk buat dan pada masa yang sama kita dah ulangkaji. Dan nanti bila bincang dalam kelas kita akan lebih mudah faham sebab kita dah cuba buat.

3.	Belajar untuk menyusun kerja. Selesaikan kerja yang lebih tinggi prioritinya, contohnya selesaikan latihan sebelum belajar cours. Untuk itu, gunakanlah agenda. Catatkan setiap hari apa perkara yang perlu diselesaikan dan kemudian tandakan nombor ikut prioriti dan tandakan kerja yang telah selesai.

4.	Selepas setiap ujian, cari orang yang dapat markah yang paling tinggi markah dalam kelas, pinjam kertas ujian dia dan photostat kertas dia. Cuba untuk buat balik ujian tuh dan kalau ada yang tak boleh buat, tandakan dan tanyakan pada prof.

5.	Adalah penting untuk buat soalan-soalan annales (soalan ujian tahun-tahun lepas). Kalau yang ada senior tu pinjam dan  photostat kertas ujian tahun lepas.

6.	Bila buat TD , jangan padam kalau jawapan kita salah, sebaliknya tambahkan sahaja jawapan yang betul. Kita belajar dari kesilapan, kalau padam nanti mungkin kita lupa salah kita dan ulang balik.

7.	Tanya prof bila ujian. Supaya mudah kita susun jadual bila nak ulangkaji apa. Kemudian, displinkan diri untuk ikut jadual.

8.	Ketika ulangkaji, tutup computer. Mudah nak fokus.

9.	Selesaikan semua latihan dan kerja secepat mungkin, tapi bukan gopoh. Sifat bertangguh tu kene buang. Kalau ada banyak sangat kerja, buat ikut prioriti. Setiap hari lepas kelas, buat to do list dan tampal dimeja belajar supaya tak ada kerja yang tertingal.

10.	Cuba untuk buat TD yang dah buat sekali lagi seolah-olah macam nak hafal tapi bukanlah hafal sebab masa ujian tak akan keluar soalan yang sama. Masa buat tu pulak, cuab buat seolah-olah dalam ujian, letakkan masa supaya kita terbiasa laju dalam dalam berfikir.

So, alhamdulillah, setakat ni je tips² yang mampu dikongsi. Kalau ada sesiapa yang mahu berkongsi tips-tips yang lain, sangat dialu-alukan. Dan jangan lupa berdoa ye.

Terima kasih.

Eid Adha & The Missing Hijab
Salam. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Ada video menarik. Jom tengok =)

<object width="425" height="344"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/iVzvWDLugRE&hl=fr_FR&fs=1&"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/iVzvWDLugRE&hl=fr_FR&fs=1&" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="425" height="344"></embed></object>

Are You Going to Finish Strong?
Ditujukan khas kepada saudara Rafizzi dengan ucapan, usah bersedih lagi.

<object width="480" height="385"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/gqantZJ6WwM&hl=en&fs=1&color1=0x234900&color2=0x4e9e00"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/gqantZJ6WwM&hl=en&fs=1&color1=0x234900&color2=0x4e9e00" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="480" height="385"></embed></object>