Browsing Posts of Author »kaki masam«

  • Buat Adam….dari Hawa

    Adam,
    Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
    Sesungguhnya aku adalah Hawa,
    temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
    Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
    Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan,
    kerana aku buruan syaitan.

    Adam,
    Maha suci Allah yang mentakdirkan
    kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman,
    itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
    Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku
    nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
    kacau-bilaulah suasana,
    Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
    Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
    sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
    Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
    yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
    tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
    Adam,
    Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,
    bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
    Tapi…..aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
    Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku
    mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
    Namun…..terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
    Adam,
    Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan
    kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
    Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
    kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
    memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
    Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,
    aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
    Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
    Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
    Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.
    Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup
    dari hujung kaki sampai hujung rambut.
    Tapi……realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

    Adam….. mengapa kau biarkan aku begini?
    Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
    Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
    Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara,
    aku ke hutan memikul senjata.
    Padahal, kau duduk saja.
    Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
    Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba,
    kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
    Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
    apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
    Adam…..
    Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
    maka Adam yang patut tanggung!
    Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
    Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik,
    jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
    Adam kau selalu berkata,
    Hawa memang degil, tak mahu dengar kata,
    tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini
    Adam,
    seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama
    seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
    Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
    Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
    Adam….
    Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
    aku adalah pengikut-pengikutmu
    kerana kau adalah ketua.
    Jika kau benar, maka benarlah aku.
    Jika kau lalai, lalailah aku.
    Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
    Akalmu sembilan, nafsumu satu.
    Aku…akalku satu nafsuku beribu!
    Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai,
    sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
    Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
    perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
    Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
    Adam,
    Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri,
    masih segan mengikut langkah para sahabat,
    masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
    dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
    Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri
    dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu…….

  • Sedikit Tinta

    img_7307

    Salam,

    Sudah lama tidak saya menulis disini, bukan tidak mahu, tetapi memberi peluang kepada sahabat-sahabat disini.

    Banyak topik yang ingin diperceritakan sebenarnya, dari soal kahwin,cinta, pelajaran  hinggalah ke soal kerja.

    Begitu banyak yang ingin dikongsi.Begitu banyak yang ingin dicurahi.

    Sekarang ini musim cuti, ramai rakan2 yang mengambil peluang untuk berjalan2 dan melawat2 bandar di Perancis ini.

    Diharapkan perjalanan itu, sentiasa dipayungi oleh rahmat Allah. Jangan lupa perkara2 yang wajib, dan janganlah pula melakukan perkara yang haram.

    Kepada mereka yang akan meninggalkan bumi Perancis,pada summer nanti, terutama yang akan bekerja atau sambung belajar di tempat lain. Sudah tentu pengalaman anda di Perancis,akan kekal sedikit sebanyak dlam ingatan.

    Disaat, anda mula2 datang, anda berkenalan dengan senior, belajar bertutur dalam bahasa perancis dengan lebih lancar dan melancung di seluruh Eropah.

    Sudah tentu anda akan merasa sedikit sedih mahupun banyak, untuk meninggalkan Perancis.

    Setiap yang bermula itu ada kesudahan.Dan sudah tentu semua ini ditentukan oleh Qada’ dan Qadar Allah S.W.T

    Kepada yang baru sampai,anda haruslah memanfaatkan peluang ini, untuk menjadi hamba Allah yang bukan sahaja berjasa kepada bangsa dan Negara, tetapi kepada agama Islam.

    Moga-moga ukhuwwah yang telah terjalin dan bakal terjalin akan sentiasa di berkati dan dirahmati Allah.


  • Uhibbukum fillah

    heaven-ke

    Ayyuhal ikhwah;

    Rasulullah s.a.w menasihati kita, “malulah kalian kepada Allah dengan sebenar2nya…”

    malu kerana banyak mengenal petunjuk Allah, tapi banyak petunjukNya yang tidak kita gunakan…

    malu…
    kerana kita berulangkali lalai dari Allah…
    berulangkali mendahulukan nafsu dari petunjuk…
    berulangkali mengutamakan dunia daripada akhirat…
    berulangkali mementingkan makhluk daripada al-khaliq

    ucapkanlah istighfar wahai saudaraku… agar kita bisa menggapai CintaNya.

    uhibbukum fillah…

  • Ingat-ingat ya….

    Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

    “.. ingat lima perkara sebelum lima perkara,
    sehat sebelum sakit.
    Kaya sebelum miskin,
    muda sebelum tua,
    lapang sebelum sempit.
    Hidup sebelum mati.”

  • Nilai Kejayaan dan Syukur

    Saya rasa mungkin, ada dikalangan pembaca yang dirahmati Allah sekalian, yang mempunyai adik yg baru habis SPM baru2 ni.

    Dengan penuh keinsafan, saya membaca lapuran di muka akhbar mengenai seorang pelajar SMKA Lil-Bannat(Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan)) ini.

    Hebat sungguh kekuasaan  Allah S.W.T. ni.
    Dengan serba kekurangan mampu juga ukhti tu berjaya dalam SPM.
    Kadang-kadang bermuhasabah sejenak kepada diri yang hina,dhaif dan jahil ini.

    Elaun yg beribu RMnyer, bilik sendiri, ada laptop, internet.

    Emmm..

    “Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang keluar dari kampung halaman mereka, sedang mereka beribu-ribu (jumlahnya) karena takut mati; maka Allah berfirman kepada mereka: “Matilah kamu”, kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah mempunyai karunia terhadapmanusia tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.”

    [2:243]

  • Antara Bidadari Dan Penghuni Syurga

    “Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk. Dan sungguh bahagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah yang paling atasnya. Bila engkau ingin meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau ingin bersenang-senang dengannya, engkau bisa bersenang-senang namun padanya ada kebengkokan.” (HR. Al-Bukhari)

  • Krisis Ekonomi,Dragon Ball dan FIFA 2009

    Assalamualaikum,

    Dalam artikel sebelum ini, saya ada menerangkan dengan seberapa ringkas, dan sudah tentu mengelak untuk mengkomplikatedkan pemahaman anda yg tak pernah ambik subjek ekonomi ni.

    Sebenarnya, saya sendiri pon tak pernah belajar ekonomi secara formal…ini suker2 jer.. buat pandai2… :)
    Hobi orang lain tengok cerita Korea ker, layan anime ker, main FIFA ker..
    hobi sayer ginilah…

    Click to continue reading “Krisis Ekonomi,Dragon Ball dan FIFA 2009″

  • Krisis Ekonomi,Naruto dn PES

    Umum mengetahui krisis ekonomi global yang menghimpit hampir negara-negara di seluruh dunia kini makin tenat.

    Mungkin, anda dan saya tidak merasakan sangat krisis ekonomi ini kerana elaun biasiswa anda dan saya masih lagi berjalan dengan lancar. Anda masih lagi mampu membeli barang-barang keperluan di Intermache sebelah rumah sewa anda.Anda juga mungkin kebosanan dan ingin melihat ciptaan Allah yang Maha Agung  seperti singa,kambing dn biri2 di Citadelle.

    Dan, mungkin anda juga masih mampu untuk bertadabbur alam di Jerman,Ireland mahupun pulang ke Malaysia sempena cuti 2 minggu baru-baru ini.

    Bak kata pepatah  Jerman “keinen problemen…”

    Click to continue reading “Krisis Ekonomi,Naruto dn PES”

  • Flip-flop

    Zionis ni memang bijak dan licik, tapi orang yang bodoh sajer boleh tertipu.

    Setelah gagal membuktikan kepada masyarakat dunia bahawa operasi ketenteraan di Gaza adalah untuk menghapuskan Hamas sbg pengganas dan juga meraih simpati kerana mereka di hujani roket Qassam, kini mereka keluar pula idea baru untuk memperdaya orang Kristian menghalalkan operasi Gaza :

    Click to continue reading “Flip-flop”

  • US blocks UN statement on Gaza

    Nampak gayanya, US nak kena bom lagi ni…
    Ihsan: Reuters

    bahrain2005032501

    UNITED NATIONS – The United States has blocked approval of a U.N. Security Council statement calling for an immediate cease-fire between Israel and Gaza’s Hamas rulers, diplomats said.

    Click to continue reading “US blocks UN statement on Gaza”