Browsing Posts of Author »zulkhairiroslan«

  • Sebelum akad terpatri..

    Assalammualaikum wrt wbt.

    Buatmu,

    Bakal suamiku.

    Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang  khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

    Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

    Click to continue reading “Sebelum akad terpatri..”

  • malaysian-di-palestin

    Hati di dakap rasa sayu, dalam kelam malam mata saya merayap melihat kesan serangan bertubi-tubi regim, bangunan yang berserakan runtuh berantakan menyembah bumi.

    Bangunan dan tembok bisu itu menjadi saksi akan kegilaan manusia zionis yang melakukan kerosakan di sepanjang zaman. Membunuh para Rasul yang diutuskan, memutuskan serta mengkhianati perjanjian, tanpa serik , tanpa ampun akan terus memerangi umat Islam.

    Pada hari kami tiba juga, Israel telah melanggar perjanjian dengan melancarkan serangan udara di wilayah sempadan.

    Kereta menghantar kami ke tempat penginapan diiringi dengan kawalan keselamatan yang rapi. Malam itu pertemuan telah diadakan oleh pimpinan kerajaan HAMAS untuk meraikan tetamu sekaligus memberikan taklimat terperinci keadaan Gaza terkini.

    Click to continue reading “Pengalaman Saya Di Gaza Selepas Perang Israel-Palestin Januari 2009″

  • Kecintaan kepada syahid

    syahid cita cita kamiIslam merupakan sebuah agama yang sangat mencintai keamanan. Sesungguhnya Islam bukanlah agama yang tertegak melalui mata pedang kerana peperangan adalah langkah yang terakhir.

    Di dalam satu kisah, Rasulullah S.A.W menghantar surat kepada beberapa orang raja mengajak kepada Islam yang suci. Salah satu raja yang diutus surat itu ialah Raja Busra dimana Haris bin Umar Azdi r.a menjadi utusan Rasulullah.

    Takdir Allah, Haris telah dibunuh oleh Sharabbil Ghassani, yakni salah seorang gabenor Kaisar. Tindakan ini sangat bertentangan dengan tatacara undang undang kerana Haris hanya merupakan seorang utusan.

    Click to continue reading “Kecintaan kepada syahid”