Browsing Posts of Author »ladabasah«

  • Selamat Berpuasa

    selamatberpuasa

    Assalamualaikum. Semalam, Mosquee de Paris telahpun mengisytiharkan bahawa tarikh puasa di Perancis jatuh pada hari Sabtu 22 Ogos 2009.  Pengumuman ini dibuat di website http://www.mosquee-de-paris.org/

    Memetik petikan dari website tersebut :

    Ce jeudi 29 Chabane de l’année hégirienne (correspondant au jeudi 20 août 2009), “Nuit du Doute“, les membres de la Commission théologique de l’Institut Musulman de la Grande Mosquée de Paris, le président du Conseil français du culte musulman et des membres de son bureau, des imams, des personnalités musulmanes et des responsables associatifs de mosquées et de lieux de culte, réunis à la Mosquée de Paris, informent les musulmans de France que le premier jour du mois de Ramadhan pour l’an 1430 de l’Hégire sera le : Samedi 22 août 2009. Nous implorons Allah pour qu’Il accepte notre jeûne et qu’Il nous comble de Sa Clémence et de Sa Miséricorde durant ce mois béni du Ramadhan.

    Marilah kita penuhi setiap hari di bulan Ramadhan kita dengan ibadat siang dan malam yang tidak putus-putus.

    Click to continue reading “Selamat Berpuasa”

  • Mukaddimah

    Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

    Assalamualaikum,

    Apa khabar? Pada post kali ini, izinkan saya menceritakan serba sedikit mengapa wujudnya blog VersLaLumiere ini.

    Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, tujuan asal blog ini diadakan adalah untuk berukhwah, berkongsi ilmu dan pendapat sesama pelajar Malaysia di Perancis. Baik lelaki mahupun perempuan, pelajar JPA, MARA, PEKOM atau KPM. Pendek kata, sesiapa sahaja yang masih mampu memahami apa yang disampaikan di sini, anda adalah tetamu dan sahabat yang sangat saya hormati serta alu-alukan kedatangan kalian.

    Mengapa VersLaLumiere?

    Nama Vers La Lumiere atau yang bermaksud “menuju ke cahaya” dalam bahasa Melayu, dipilih atas dasar untuk mengembalikan kita kepada dunia yang terang-benderang dengan sinar cahaya Islam. Ataupun boleh juga diungkapkan sebagai “keluar dari dunia jahiliyyah yang penuh kegelapan untuk menuju ke dunia Islam yang penuh dengan cahaya kebahagiaan”.

    Selain itu, VersLaLumiere juga diharap dapat menjadi tempat kita semua berkumpul atas dasar Islam, berkongsi pengalaman belajar di tempat masing-masing, masalah-masalah yang dihadapi untuk menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim di Perancis.

    Tulis-tulis Blog Sahaja Ke? Bosannya…

    Oh, buat masa sekarang, biarlah kita bersama-sama hidup di alam kebosanan dahulu. LoL!
    Di peringkat awal ini, fokus saya adalah untuk menjadikan blog ini menarik dan mewujudkan ukhwah sesama pembaca dan penulis. Kemudian dari semasa ke semasa, apabila ukhwah telah terbina sesama kita, mungkin kita boleh melakukan aktiviti bersama. InsyaALLAH pada satu hari nanti.

    Sesungguhnya VersLaLumiere.Com dihasilkan atas niat ingin mengajak kita semua ke redha ALLAH s.w.t. Blog ini tidak sama sekali akan menyeru kepada fahaman politik yang memecah belahkan kita sesama umat Islam.

    Akhir kata, saya menyedari betapa banyaknya hati-hati kita yang menangis di saat gelak tawa kita sepanjang hari. Hati-hati ini sebenarnya sangat merindukan Islam, tetapi tidak berpeluang kerana hidup di dalam persekitaran sekular di bumi Perancis ini. Diharap VersLaLumiere dapat menjadi tempat hati-hati yang merindukan cahaya Islam berkumpul untuk menuju ke redha-Nya. InsyaALLAH.

    Mari kita berukhwah! Tersemangat pulak. LoL! :D