Assalamualaikum,
Sehat ke semua? Mcm mana ngan study? Makin susah ke? Or makin mudah? InsyaAllah, semoga apa yg korang buat dlm hidup, moga-moga dipermudahkan oleh Allah.
Tetingat pulak saya, dulu time sekolah rendah, time kelas math, mesti rase ngantok, susah je rase. Padahal time tu baru wat tmbh tolak. Bile dah besar, dah lali sgt dgn math. Dulu kelas 45 minit pon dah mengeluh, lama je rase. Sekarang satu kelas 4 jam. Sampaikan, kalau kelas 2 jam tu dah tak rase ape-ape dah. Mcm, “eh, dah hbs?”. Semakin meningkat umur, semakin selalu dilatih dgn benda-benda yg susah, lama-lama, bende yg dahulunya susah menjadi senang dan mudah.
Bercakap soal mudah, pernahkah korang merasakan bahawa islam itu mudah? Atau terasa berat sebagai penganut islam? Adalah sebuah cerite:
Saya ada seorang kawan, time dekat mrsm dulu, die ni mmg liat nk sembahyang. Tp saya tak paham kenapa dia ckp mcm tu. Satu hari tu, saya tanyelah die:
“Kenapa kau malas sembahyang?”
“Lecehlah. Lama.”
“Kalau kau taknak ke surau, sembahyang je dlm bilik.”
“Aduh, malas btol. Lama lah sembahyang. Penat diri lama-lama.”
Daripada perbualan ini, nmpk mcm islam ni menyusahkan? Benarkah begitu?
Seharusnya tidak. Rasulullah pernah bersabda, maksudnya: permudahkan jgn disusah-susahkan, gembirakan jgn ditakut-takutkan. (Sahih Bukhari, Jilid 8, No:6125) Sememangnya islam itu mudah. Malah ianya sungguh lengkap dan lebih memudahkan. Kadang-kadang kita merasakan islam itu susah kerana kita mengukurnya bukan dibadan sendiri. Tp hanya dgn mengikut-ikut orang. Sbg contoh yg plg mudah, saya mengambil hal solat. Kita sering merasakan solat tu lama, panjang dan memenatkan. Walhal, sekiranya kita tidak mampu utk solat lama-lama, boleh saja kita bersolat hanya dgn membaca fatihah. Apa yg penting ialah rukun solat itu. Rukuk dan sujud cukup dengan membaca subahannallah. Dlm soal berwuduk pula, tidak perlulah korang rase terbeban kerana anggota yg perlu disucikan byk. Kerana yg wajibnya sedikit sahaja. Muka, tangan hingga siku, ubun-ubun rambut dan kaki. Dan mmg mudah, tidak perlukan ari yg byk, malah sekiranya kuantiti air itu sebyk saiz air mineral 500ml pun sudah mencukupi.
Islam mmg sgt mudah dan bertoleransi dlm byk perkara. Semoga teman-teman sekalian gembira dan bangga sebagai penganut islam. InsyaAllah, ganjaran yg besar buat kalian. Akhir kata, tgklah video pelajar Toulon(selatan France) bermain ski, dan semoga dpt mengambil sedikit pengajaran daripadanya.





