palestin-israel

Assalamualaikum,

Nampaknya Winter Sales dah mula dekat France. Pergilah shopping. Kasut yang ada baru 3 pasang. Baju sejuk yang ada baru 4 pasang. Belilah satu lagi baju sejuk. Boleh pakai baju sejuk berlainan hari-hari setiap kali pergi kelas.

Eh, takkan nak pergi sale sorang-sorang saja? Ajaklah kawan-kawan yang lain. Duit mereka masih banyak. 967 euro sebulan, tolak duit sewa rumah, masih ade beratus-ratus euro lagi. Sampaikanlah “dakwah” sale mu itu kepada orang sekelilingmu.

Beg baru taknak beli? Takkan nak pakai beg yang sama untuk pergi sekolah dan pergi jalan-jalan. Itu beg laptop. Bukannya beg sekolah atau beg simpan baju. Beli 2 beg baru ok. Satu beg untuk jalan-jalan. Satu beg untuk pergi sekolah.

Lagi ape eh. Perfume? Seluar? Baju? Topi? Snow cap?

Laptop baru taknak beli ke? Tengah murah-murah ni.

Simpan duit buat apa. Lama-lama habis juga.

Belanjakanlah hartamu sebanyak-banyaknya untuk dirimu sendiri!

Mana ada saudara-saudaramu yang memerlukan hartamu itu. Ingat orang Islam di Palestin sangat memerlukan hartamu itu?

Biarkan mereka mati di medan jihad kerana syurga menunggu mereka. Kau pula akan mati dengan dosa-dosa. Dosa yang kau kumpul bersama harta-hartamu.

Antara memberi sumbangan 1€ kepada umat Islam di Palestin dan menghabiskan 1€ untuk membeli-belah, mana yang kau pilih?

Oh, kedua-keduanya?

Kalau begitu…

Antara memberi sumbangan 10€ kepada umat Islam di Palestin dan menghabiskan 10€ untuk membeli-belah, mana yang kau pilih?

Kedua-duanya juga?

Kalau begitu…

Antara memberi sumbangan 100€ kepada umat Islam di Palestin dan menghabiskan 100€ untuk membeli-belah, mana yang kau pilih?

Kedua-duanya juga? Hebat!

Bila masa kau berfikir membelanjakan 100€ di jalan ALLAH?

Jangankan 100€, 500€ untuk pergi bercuti dan membeli-belah sudah menjadi kebiasaan bukan?

Teruskan dengan kehidupanmu itu. Umat Islam di Palestin akan terus mencapai kemenangan.

Ada terdengar tentera mujahidin di Palestin memekik-mekik meminta kau turun berjihad menentang Zionis?

Ada terbaca Hamas meminta kau menderma sejumlah harta kau untuk mereka membeli senjata untuk menentang Amerika dan sekutunya?

Sehingga kini, ada kau terbaca tentera ALLAH di Palestin kesusahan, disebabkan kau tidak menghulurkan hartamu?

Tiada!

Bahkan mereka lebih kuat! Tanpa harta-hartamu itu. Tanpa apa-apa bantuan darimu!

Semuanya masih bersemangat menentang musuh ALLAH!

Walaupun dengan batu! Walaupun dengan gigi dan kuku mereka sendiri!

Kau? Apa yang kau akan lakukan jika kau diserang Zionis? Menggunakan perfume yang kau beli untuk membunuh tentera Yahudi? Membaling mereka dengan kasut-kasut baru yang berharga ratusan euro itu? Memakai cermin mata hitam kau yang bergaya itu sebagai perisai? HaHa.

Belanjakanlah hartamu sebanyak-banyaknya untuk dirimu sendiri!

Umat Islam di Palestin akan terus berlawan dan mencapai kemenangan. Kemudian kau akan saksikan kemenangan mereka sendiri tanpamu di sisi perjuangan mereka!

Di masa itu, mereka akan meraikan kemenangan Islam di dunia ini! Lagu-lagu kemenangan akan berkumandang!

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Dan kau hanya akan mampu melihat kemenangan itu.

Dan di akhirat nanti kau akan dalam kesusahan. Kerana sewaktu di dunia, kau ditimpa penyakit WAHAN!

Kerana kau cintakan dunia dan takutkan mati!

Belanjakanlah lagi hartamu sebanyak-banyaknya untuk dirimu sendiri!