
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum kepada pembaca VLL semua.
Kaifa hal, wa kaifa imanukum? (apa khabar, dan apa khabar imanmu)…..
Kepada yang dah master bahasa arab, mesti rasakan ayat ni tersangatlah basic. Betul tak? Org france kata, la base de chez base. Tapi takpelah, sama-sama kita belajar bahasa al-quran ini. Saya pun baru je nak terkial-kial belajar bahasa arab ini.
Padahal umur pun dah masuk 20. Namun, saya bersyukur sebab saya tersedar akan kepentingan mempelajarinya. Saya nak ajak sahabat di luar sana, jom kita pelajarinya sama-sama ye.
Demikianlah sedikit mukadimah dari saya, sebelum saya membuka tirai hadaf utama penulisan saya ini. Sebenarnya saya berasa sangat sangat terpanggil untuk menulis dalam blog ini, setelah mengalirkan air mata melihat kesengsaraan saudara kita yang berlaku di Gaza baru-baru ini.
Kapal terbang perang israel laknatullah telah melancarkan serangan udara terhadap bangunan-bangunan kerajaan pada pagi subuh hari selasa lepas. Dalam masa 3 minit sahaja, terlalu banyak serangan bom udara telah dilancarkan. Angka korban menjangkau ratusan, yang tercedera menjangkau ribuan.
Apakah mereka fikir, tidak berhargakah nilai satu nyawa itu? Adakah setiap titisan darah yang menitik itu terlalu murah dan dianggap biasa oleh mereka?

Apakah mereka diberi kuasa untuk mengambil nyawa manusia? Bukankah manusia adalah ciptaan Allah yang kompleks dan paling sempurna? Sungguh, ini adalah satu kekejaman yang tidak boleh diterima akal, apabila nyawa insan tidak berdosa dengan mudahnya diperlekehkan.
Bagi saudara seagama kita di sana, mereka terus berjihad, mempertahankan agama tercinta. Mereka serba kekurangan. Perut mereka kosong, luka-luka di seluruh badan tidak dirawat. Di hospital, mereka kehabisan ubat, kekurangan perkakas dan elektrik.
Mereka serba serbi dalam kedaifan. Bekalan mereka hanyalah kalimah La Ilaha Ila Allah. Mereka masih tegar mempertahankan kerajaan Hamas, masih dibakar semangat memerdekakan masjid al-Aqsa.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, gambar-gambar yang saya selitkan di sini adalah gambar terbaru yang menyaksikan keadaan yang berlaku di sana sekarang. Kelihatan dalam keadaan getir sekalipun, mereka terus berjemaah melakukan solat Jumaat, kerana mereka tahu, hanya Allah sahaja yang Maha Berkuasa yang mampu menolong mereka.
Sungguh beruntung nasib kita, kita diberi keselasaan untuk bersembahyang di atas sejadah yang empuk, dalam keadaan tertutup tanpa sebarang panas terik sinar mentari, malahan dalam keadaan tenang tanpa senapang panjang yang mengelilingi kita.
Lihat sahaja gambar bayi di atas, baru sahaja hendak memandang dunia, menghirup udara segar setelah dikandung lama dalam perut si ibu, namun, secara tiba-tiba, nyawanya diangkat kembali oleh Allah. Mati dalam keadaan yang menyedihkan. Bayangkan perkara ini berlaku sendiri ke atas adik kandung kita. Bagaimanakah perasaan kita ketika itu? Apatah lagi kesedihan si ibu yang penat lelah menanggung kesakitan selama 9 bulan mengandungkan bayi ini.

Bertakung air mata saya tatkala mendengar lagu Palestina Tercinta. Terasa sebak, mengenangkan apakah yang telah saya sumbangkan bagi membantu saudara saya di sana. Antara bait-bait kata lagu ini yang melekat dalam diri saya:
‘untukmu jiwa-jiwa kami,
untukmu darah kami,
kami rela berkorban,
demi Islam tercinta..’

Sungguh, saya sangat yakin, pembaca yang budiman semua tahu, ‘Tidak lengkap iman seseorang selagi dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri’. Malahan, junjungan mulia Rasulullah s.a.w, sentiasa mementingkan kepentingan umatnya melebihi kepentingan diri baginda sendiri. Tidak perlulah saya menceritakan apa yang telah baginda lakukan, rasanya terlalu banyak, sangat sangat banyak sepertimana yang dapat kita ketahui melalui sirah baginda.

Saya hentikan pena penulisan saya setakat ini sahaja. Takut-takut membebankan pembaca sekalian untuk membacanya. Sungguh, marilah kita bertindak, usahlah kita masih dibuai dalam keseronokan dunia yang sementara, tenggelam timbul dalam kelekaan.
Saya ingin menyeru sahabat-sahabat untuk memboycott barangan dari Israel, agar dapat menyentak ekonomi mereka serba sedikit. Cara yang mudah untuk mengenalpasti barangan dari Israel laknatullah ini ialah mengenalpasti nombor kodbar bagi setiap produk. Nombor kodbar Israel dimulakan dengan 729. Hentikan pembelian barangan yang dimulakan dengan nombor tersebut serta-merta.
Sama-sama kita mendoakan saudara muslim kita di serata dunia dalam setiap doa kita selepas solat. InsyaAllah berkat doa kita, Allah akan makbulkan, sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar. Perbanyakkanlah penulisan dan karya kita bagi menyampaikan fikrah kita kepada mereka yang masih tidah tahu mengenai situasi umat pada hari ini. ‘Sampaikanlah walau satu ayat sekalipun’. InsyaAllah.
Saya akhiri penulisan saya dengan lirik lagu ‘Bingkai Kehidupan’. Moga dapat membakar semangat setiap pembaca yang budiman sekalian. InsyaAllah.
Allahu ghoyatuna..
Ar-Rasul qudwatuna..
Al-Quran dusturuna..
Al-Jihadu sabiluna..
Al mautu fi sabilillah, asma amanina..
Allah adalah tujuan kami..
Rasulullah teladan kami..
Al-Quran pedoman hidup kami..
Jihad adalah jalan juang kami..
Mati di jalan Allah adalah cita2 kami tertinggi..
Sekian, assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh

pasang lagu sket..admin..saper admin disini..?
menarik post ni..teruskan usaha anda ikhwah ikhwah di France
ikhwah di canada sentiasa membantu merealisasikan cita cita kita bersama..UA
Ikhwah Canada di Johor?
fuyo.. majula blog kita… siap blog comment kpd comment org… best² =)
alhamdulillah, smakin ramai pembaca yg mengunjungi VLL ni.. cepat2 kita manfaatkn, demi Islam tercinta dan kerana Allah swt
Wah, pertama kali saya singgah di sini. Blog yang sangat menarik. Semoga semua muslim lebih sedar kepentingan saudara-saudara kita yang sedang dilanda derita…salam dari cairo
salam, hai sangmentari.. selamat datang ke bumi perancis, ke blog merentasi cahaya (vers la lumière) teruskan menziarahi blog ni ye… sama2 kita perjuangkan Islam!! Allah Akhbar!
Salam…blog yang baik..ada tak lagu bingkai kehidupan ( shoutul harakoh) dan yang seangkatan dlm mp3…susah la nak dapat…internet broadband sy low la….susah nak down load…blh send kat email tak? kalau tak menyusahkan la..
syukran….
Boleh download di sini :
http://boxstr.com/files/4303816_zhhbn/Bingkai%20kehidupan%20done.mp3
Untuk lagu-lagu nasyid lain, boleh download di sini :
http://sambalterung.blogspot.com/2008/11/nasheed-download.html
Atau boleh guna keyword berformat begini di google :
nama-lagu inurl:4shared.com
Contoh : bingkai kehidupan shoutul harakah inurl:4shared.com
salam
JR, dah dapat dah lagu bingkai kehidupan?
kalau belum, tinggalkan email kat sini.
nanti saya boleh tolong hantarkan..
tak pun, mintak je kat admin VLL ni..
dia ada banyak sangat lagu berbentuk mp3..
tak gitu admin?? =)
Mestilah begitu! HuHu