iblis-masak1
Assalamualaikum semua.  Pelangi_petang in the house. Ahaks. Gembiranya rasa. Mood senyum sokmo je. Mana taknya, Ustaz Senyum dari Kuala Lumpur datang bertandang. Ahaks. Ku bahagia.

Ahaks. Semua orang dah makan? Kalau belum, pergi la masak. Ahaks. Kalau satu rumah tinggal beramai-ramai, mintak tolong la housemate masakkan. Telur dadar pun jadi. :D
Ok hari ni pelangi_petang nak perkenalkan biodata seseorang. Tapi bukan biodata Ustaz Senyum tau. Jangan salah sangka pula. Ahaks.

Pelangi_petang rasa memang patut kita kenal biodata ni. Dia ni kan, sangat licik. Berwaspada dengan dia selalu.

Dia boleh buat kita terseksa satu hari nanti. Nak kena seksa ke? Tak nak? Pelangi_petang pun tak nak. Tak suka kena seksa. Ahaks.

Selamat berkenalan. Ahaks ahaks.

Nama sebenar : Iblis Laknatullah.

Nama manja : Pelesit, setan, hantu, langswei, jembalang.

Kelahiran : Bermula dari keengganan sujud kepada Nabi Adam a.s

Alamat tetap : Neraka.

Alamat sementara : Di hati mereka-mereka yang lalai.

Cita-cita : Mengkafirkan semua makhluk di muka bumi ini.

Hobi : Melalaikan orang mengingati Allah.

Pejabat operasi : Tandas, bilik air, tempat najis, tempat maksiat.

Kenangan manis : Di waktu manusia di ambang sakaratul maut, dia mati dalam kekafiran.

Kenangan pahit : Ketika manusia mati dalam keimanan.

Kawan rapat : Mereka yang suka mengumpat, maki-hamun, hasad dengki.

Kawan yang dibenci : Manusia yang suka berzikir dan beribadat.

Makanan kegemaran : Tulang dan asap.

Minuman kegemaran : Arak dan lain-lain yang memabukkan.

Peristiwa yang tidak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s

Voilà. Inilah biodatanya. Semua dah kenal? Nak jadikan kawan rapat ke? Ahaks. Pelangi_petang tak berminat laa nak kawan dengan dia.  Ahaks.

Kalau sesapa berminat, bolehlah add dia kat friendster. Eh, orang dah guna Facebook la sekarang. Mana main friendster² ni lagi. Ahaks ahaks.

Ok, pelangi_petang dah lapar. Nak gi makan dulu. Astalavista bebeh! Ahaks ahaks.

Wassalam.