Assalamualaikum

Rasanya belum terlambat utk ucapkan bonne année dan bonne rentrée kepada semua pembaca VLL.
Dan sempena musim buka semester baru nih. VLL nak berkongsi sedikit tips-tips belajar yang dikongsikan oleh beberapa pelajar yg dah ‘senior’ (macam tua plk bunyinya.. hehe) di France nih.
Semoga dapat dimanfaatkan bersama-sama.

1. Cuba fahamkan terus apa yang kita belajar dikelas, tanya prof bila kurang faham supaya nanti bila dah balik , tinggal nak ulang kaji dan buat latihan sahaja.

2. Cuba buat semua latihan yang prof suruh walaupun tak faham, sekurang-kurangnya kita dah cuba utk buat dan pada masa yang sama kita dah ulangkaji. Dan nanti bila bincang dalam kelas kita akan lebih mudah faham sebab kita dah cuba buat.

3. Belajar untuk menyusun kerja. Selesaikan kerja yang lebih tinggi prioritinya, contohnya selesaikan latihan sebelum belajar cours. Untuk itu, gunakanlah agenda. Catatkan setiap hari apa perkara yang perlu diselesaikan dan kemudian tandakan nombor ikut prioriti dan tandakan kerja yang telah selesai.

4. Selepas setiap ujian, cari orang yang dapat markah yang paling tinggi markah dalam kelas, pinjam kertas ujian dia dan photostat kertas dia. Cuba untuk buat balik ujian tuh dan kalau ada yang tak boleh buat, tandakan dan tanyakan pada prof.

5. Adalah penting untuk buat soalan-soalan annales (soalan ujian tahun-tahun lepas). Kalau yang ada senior tu pinjam dan photostat kertas ujian tahun lepas.

6. Bila buat TD , jangan padam kalau jawapan kita salah, sebaliknya tambahkan sahaja jawapan yang betul. Kita belajar dari kesilapan, kalau padam nanti mungkin kita lupa salah kita dan ulang balik.

7. Tanya prof bila ujian. Supaya mudah kita susun jadual bila nak ulangkaji apa. Kemudian, displinkan diri untuk ikut jadual.

8. Ketika ulangkaji, tutup computer. Mudah nak fokus.

9. Selesaikan semua latihan dan kerja secepat mungkin, tapi bukan gopoh. Sifat bertangguh tu kene buang. Kalau ada banyak sangat kerja, buat ikut prioriti. Setiap hari lepas kelas, buat to do list dan tampal dimeja belajar supaya tak ada kerja yang tertingal.

10. Cuba untuk buat TD yang dah buat sekali lagi seolah-olah macam nak hafal tapi bukanlah hafal sebab masa ujian tak akan keluar soalan yang sama. Masa buat tu pulak, cuab buat seolah-olah dalam ujian, letakkan masa supaya kita terbiasa laju dalam dalam berfikir.

So, alhamdulillah, setakat ni je tips² yang mampu dikongsi. Kalau ada sesiapa yang mahu berkongsi tips-tips yang lain, sangat dialu-alukan. Dan jangan lupa berdoa ye.

Terima kasih.