Assalamualaikum,

Haha, kali senior Nice yang baik-baik belake pulak nak share something ngan korang.

Bismillahirrahmanirrahim,

Salam semua, apa khabar? Rindu lah pulak kat Malaysia :D

Kali ni, saya cerita sikit pasal bandar Nice di Selatan Perancis.

Nice ini adalah suatu bandar yang kecil kalau nak dibandingkan dengan Paris, Lyon dan Marseille.

Dari segi topologinya, Nice merupakan suatu kawasan yang meliputi kawasan berbukit bukau dan tanah landai yang bertemu lautan Mediterranée. Di belakang ada gunung, di depan ada laut. Pantai Nice tak berpasir dan tak panjang seperti pantai di Malaysia. Dari segi cuaca pula, cuaca di sini agak sejuk dalam semua musim kecuali dalam musim panas. Kalau di Malaysia, walaupun panas tapi berangin. Di sini, sebaliknya pula yang berlaku. Panas dan kering. Itulah yang sedikit menyeksakan kita yang berpuasa di sini. Kalau PF7 yang baru sampai di sini waktu summer nanti, memang rasa macam di Malaysia :D

Memandangkan Nice ni bandar pelancongan, memang tak hairanlah kalau tersempak dengan orang-orang yang datang dari serata dunia. Kalau bertuah, boleh jumpa orang Melayu. Rombongan Cik Kiah la katakan :D Dan pada musim panas, Nice ni akan dipenuhi oleh pelancong, macam orang pergi haji di Mekah :D

OK, itu dari segi geografi dan imigrasi.

Dari segi suasana Islamiknya pula, Nice ni boleh dikatakan sebagai bandar masyarakat Arab. Yes, orang Arab tersangat-sangatlah ramai di sini. Mereka datang dari pelbagai negara Islam, baik dari Afrika mahupun Eropah. Ada yang datang dari Algeria, Tunisia, Maghribi, Rusia, Albania, Senegal, dan banyak negara lagi. Dan bila ramai orang Arab, makanan halal pun senang nak jumpa. Rasanya lagi susah nak jumpa kedai daging non-halal dari kedai daging halal :D Di Nice ada 35 buah masjid dan surau. Antara yang kami selalu pergi adalah salle priere di centre ville, Masjid Ar-Rahma di timur Nice, Masjid Madeleine di Madeleine, salle de priere Cité di hostel student dan Masjid La Vallière di La Vallière, berdekatan dengan airport Nice.

Kalau nak lepak, korang jangan risau. Kebiasaannya rumah keluarga angkat dan asrama pelajar pelajar Malaysia berdekatan dengan centre ville. Masjid ada, shopping complex ada, tempat main bowling ada, tempat bersukan ada, ini ada, itu ada. Senang kata, macam-macam ada… Memang best la duk Nice!