Assalamualaikum you all semua.
Orang-orang lebih berpengalaman suka berkata manusia memang tidak pernah puas untuk mendapatkan sesuatu.
Yang kaya mahu lagi kaya. Yang pandai mahu lebih cemerlang. Yang berkuasa mahu lebih lagi berkuasa dan sebagainya.
Sememangnya, dalam konteks atau perkara yang positif, kita amat digalakkan untuk berusaha dari baik kepada yang lebih baik lagi.
Samalah juga apabila kita mempelajari sesuatu, samalah juga apabila kita mendalami sesuatu. Sudah tentu kita tidak mahu berada di peringkat yang sama sahaja. Kita mahu meningkat, meningkat dengan lebih tinggi.
Sejak beberapa hari lepas, mereka yang berada di sekitar Eropah diuji dengan pelbagai ujian.
Jikalau di Perancis, pekerja perkhidmatan keretapi melancarkan mogok mengakibatkan berpuluh ribu terkandas.
Ramai yang marah, bengang, terkilan, ralat,kecewa,pening,letih,dan buntu dengan mogok ini.
Minggu lepas gunung di negara Iceland telah meletup dan mengakibatkan hampir semua penerbangan di Eropah dibatalkan.
Kerugian hampir 2 billion ringgit setiap hari. Berjuta-juta manusia terkandas.
Mereka yang mengejar untuk menjadi terbaik pun tidak boleh melakukan apa-apa.
Inilah salah satu daripada kedaifan kita, sering mengejar yang terbaik tanpa langsung memikirkan apa akan terjadi jika semua kenikmatan ini hilang dengan tiba-tiba dan begitu sahaja.
Dunia tanpa pesawat. Dunia tanpa keretapi laju. Dunia tanpa pergerakan.
Mungkin tiba masanya untuk kita merenung sejenak, apa yang berlaku tanpa semua nikmat ini.

