Browsing Category »Cerita Bersiri«

  • Yang Terakhir

    “Zati,please….jangan buat Paan macam ni………..”

    “Plizzzz…….. reply mesej ni…….”

    Ini sudah masuk hari ke 10 Farhan menjadi syaitan berbaju manusia.Dek kerana cinta yang punah ranah bak ditabrak TGV Paris-Marseille.

    “Kau cakap aritu ko nak stop smoking Paan…..azam barula….nak latih diri jadi ketua keluargala… aperla…”

    “Arghh…”Farhan hanya mengeluh. Dia memang diam bila diperli atau dimarah,suka memendam,dan lari ke guanya sendiri,menyendiri mencari sepi,untuk merelevankan realiti.

    Syaitan kejadian manusia itu,telah mengalami proses transformasi hanya kerana seorang gadis.Gadis yang masih belum halal bagi dirinya

    Nurul Izzati Ismail.Gadis lincah yang menawan hatinya sejak di zaman persediaan di Rouen lagi.

    Farhan memilih mekanikal dalam jurusan ijazahnya,kontras dengan Izzati yang menjejaki langkah bapanya, seorang konsultan dan jurutera elektrik di Kuala Lumpur.

    2 tahun dan enam bulan sebelum itu

    ………………………………

    “Haha….saperla yang nak minat kat korang ni,muker mesin……….jadi andartulah ko Zati oiiii”

    Itu suara lancang Faris;penyakat a.k.a pencapub didalam kelas persediaan mereka.

    Izzati,Sarini,dan Fatiha sudah lali dengan ejekan dan gurauan the so-called gentle boys ini.Izzati geram bukan kerana ejekan dan gurauan tersebut, tetapi hairan kenapa pelajar yang kononnya terpilih untuk belajar di luar negara ini,mempunyai sikap seperti Mat Rempit yang menyalak tatkala melihat gadis-gadis cantik di tepi jalan.

    “Mungkin depa meniru kot time SPM,dakpun depa nih,genius…” ujar Fatiha,yang kelihatan naif dengan kaca mata setebal 2 batang pen kilometrico itu.

    Memang Izzati sudah menyangka,dan juga gerak hatinya selalu tertanya akan perihal seorang budak di belakang mejanya.Farhan……..

    Farhan Haji Fakhruradzi.Anak jati Kuala Kangsar.Bekas pelajar sekolah melayu lelaki di Kuala Kangsar.
    Farhan memang pemurah dengan senyumnya. Hanya senyum tatkala Faris and the gang, membuat hoo haa didalam kelas, terutama ketika kelas Madamoiselle Tassin. Guru French yang memang tidak pernah bosan melayan karenah pelajar-pelajar Malaysia di Rouen.

    “Zati,ko perasan tak si Farhan tu, aku tengok dier asyik pandang ko jer time dalam kelas.Maklumlah ko ni kan suker tanyer soalan kat cikgu….huhu”

    Izzati hanya tersenyum mendengar gurauan Sarini itu.Sangat paradoks antara dia dan budak itu.
    Dia seorang penghujah.Johan Bahas Piala Perdana Menteri ketika di Sekolah Seri Puteri. Pengawas yang garang dan tegas. Menjadi gerun jikalau ada lelaki yang cuba-cuba mengusik dan mengacau perjalanannya di Sekolah. Paradoks yang amat.Farhan yang pendiam,tetapi pantas memberi jawapan yang tepat ketika ditanya guru.Farhan yang murah dengan senyuman,tetapi tidak pula lokek untuk memberi pertolongan.

    “Errrr…….eh Paan, aku nak pinjam buku L’Etranger boleh tak?” pinta Izzati.Buku karangan Albert Camus itu, penting bagi dia untuk menyiapkan kerja rumah Mlle. Tassin. Sarini dan Fatiha pergi ke KFC Rouen bersama senior-senior yang bakal melaksanakan kelangsungan kehidupan mereka sebagai pelajar ke tempat dan tahap yang lebih tinggi lagi, merata di Perancis.

    “Thanks Paan,for the books,you’ve helped me a lot…:)”

    Mesej di papan skrin notebook Farhan. Mesej YM daripada Izzati.

    “Nope,don’t mention it ….:)”

    Dan disitulah bermulanya sebuah episod baru dalam hidup mereka berdua.Dua makhluk yang hampir tidak bercakap sesama mereka,ironi berada didalam kelas yang sama, tetapi menghabis waktu di YM berkongsi duka dan nestapa,bergurau-senda,dan bertukar smiley yang sudah dihafal short cut didalam dada.

    farhan85: Salam Zati
    farhan85: “Zati dah makan?…..”
    irzati: “A’ah….kiterorang makan black chilli pepper tadi,Sarini yang masak…..sedap :P
    irzati: “Awak….?”

    Mesej-mesej yang sedaerah dengannya,dikompos-kompos dengan taipan-taipan di notebook,saat mereka berYM.

    Setelah 6 bulan berlalu.Hari-hari yang dilalui mereka seakan-akan baru semalam berlalu.Walaupun Farhan masih belum berani,untuk meluahkan perasaannya yang sebenar kepada Izzati, seluruh warga Rouen tahu kisah mereka.

    “Alah Zati….malu-malu kucing plak ko kena canon ngan Paan…..” sampuk Faris.

    Izzati hanya buat dunno dan selamba dengan usikan Faris. Sarini dan Fatiha hanya tersenyum.

    “Jom pergi KFC Zati,petang ni…” boringla asyik makan Maggi, aku malas masakla..hehe ”ujar Sarini.

    Setiba di KFC mereka menggunakan peluang untuk makan ayam kegemaran mereka.

    “….kan baguih kalo KFC ni belakang umah aku jer….takyah nak pi naik baih jauh2 pi Saint Sever”.balas Fatiha yang sedap mengerjakan paha ayam kegemarannya.

    “Zati….ko ngan Paan dah declare ker?” soal Sarini. Curious pasal kisah cinta Melayu di Rouen itu.

    Izzati hanya tersenyum.

    “Entah…kiteorang memang best friend.”

    “Kitaorang selalu share masalah dan cerita….one thing I like about him, he’s very understanding dan
    tak cepat marah”
    “Kontra dengan aku nih..yang cepat melenting”…

    “Sah,sah…………ko memang dilamun cinta……haha”

    Mereka ketawa kuat sambil bersaksikan tulang-tulang ayam yang tinggal diatas plate. Saat itu juga seluruh rakyat Perancis disitu memerhatikan gelagat mereka.

    Bersambung….

  • hamas-palestine

    Assalamualaikum,

    Ustaz tengok ramai pembaca VLL tengah layan entry cinta di sini. Ustaz tak pandai cerita tentang cinta. Bab-bab cinta ni, ustaz serah ke akhi Habib lah. Ustaz nampak dia handal dalam bab kasih sayang ni. :)

    Kali ini, ustaz saja nak ambil perhatian pembaca VLL mengenai isu Palestin. Selalu bila kita dengar orang cerita pasal Palestin je, kepala kita rasa berat dan tak larat nak fikir tentang masalah ini.

    Jangan risau.

    Click to continue reading “Cerita Palestin Bersama Ustaz Senyum #1″

  • Selamat Tinggal Jahiliyyah 3

    The author wishes all the readers of VLL “Happy New Year 1430 Hijriyah”

    Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

    Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

    Bahagian 3

    Tatkala aku terlena seketika, suddenly bait-bait nasyid di Pondok Kecil yang arwah mama selalu dendangkan berkumandang di pelusuk telinga ku.

    Di pondok kecil di pantai ombak

    Berbuih putih beralun-alun

    Di suatu hari ayah berkata

    Jaga adikmu ayahkan pergi jauh

    Ku pandang wajah ayah dahinya kucium

    Airmata mengalir hatiku pilu

    Diam-diamlah sayang jangan menangis

    Doakan ayah semoga sejahtera

    Diam adikku sayang jangan menangis

    Walaupun ayah gugur pastinya dia syahid…

    Click to continue reading “Selamat Tinggal Jahiliyyah 3″

  • Selamat Tinggal Jahiliyyah 2

    ” Sesiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang (jihad) dan tidak pernah berlintas dalam dirinya untuk berperang (berjihad), maka dia mati atas satu cabang nifaq (kemunafikan) “ – Riwayat Muslim dalam al-Imarah, al-Nasai dalam al-Jihad dan Abu Daud dalam al-Jihad

    Bahagian 2

    Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

    Tatkala berjalan seorang diri, keluar dari train yang membawa aku dari West Midlands Airport, tatkala aku senyum sendiri melihat alamat yang diberikan oleh Tasha dahulu, sambil bertanya kepada pak cik di seberang jalan itu. Aku tidak sabar untuk berjumpa dia.

    “Hmmm, I’ll make a surprise to you, sayang.”

    Click to continue reading “Selamat Tinggal Jahiliyyah 2″

  • Selamat Tinggal Jahiliyyah 1

    Prolog

    Kadang-kadang, jahil itu tidak disengajakan. Namun orang itu adalah jahil jika menyengajakan kejahilannya. Alim adalah lawan jahil. Namun, alim itu tidak akan wujud tanpa kewujudan orang jahil.

    Sampaikanlah untuk orang yang jahil. Itu tujuan kita berdakwah. Alimkan lah orang yang jahil itu. Mana mungkin bisa kamu akan merasai nikmat sebagai daie tanpa mengalimkan orang yang jahil.Selamat tinggal Jahiliyyah!

    Bahagian 1.

    Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

    Kringgggg………

    Tiba-tiba aku terjaga dari buaian mimpi. Jam menunjukkan 4 pagi. Niat di pasang penggera untuk berqiyamullail. Tetapi, entah mengapa, tiba-tiba perasan sayu dan hiba muncul. Emm. Ini qiyamullail yang kedua dalam bulan ini. Ku kuatkan kaki melangkah ke “lavabo”. Airnya sesejuk ais di Antartika.

    Setelah titisan air membasahi ubun-ubun hinggalah ke dua belah kaki. Tikar sejadah dihampar. Cuaca di luar, sejuk.

    Sujud dan sembah untuk Rabbul Izzati,  betapa beratnya dosaku, tak daya dan mampu ku pikul sendiri.

    Click to continue reading “Selamat Tinggal Jahiliyyah 1″