Browsing Category »Cerita Ceriti«

  • Study dan aku

    Assalamualaikum semua,

    Apa khabar? Sehat sejahtera? Tertekan? Hehe. Kawan-kawan PF7 camne pulak? Ok tak interview? Harap-harap semuanya okay, dan jgn lupa, selalulah berdoa supaya kita dikurniakan oleh Allah yg terbaek buat kita.

    Tetibe rase nk menulis pulak. Nk cite sket bab study. Apa kaitannya study dan status diri kita sbg seorang muslim. Benda ni jadi kat aku, sblm aku sampai kat France. Nk cite, yg dulu, aku selalu igt study ni sbb nk dpt keje best, dpt duit byk, beli rumah, pastu duduk ngan family. Tp setelah aku smpai France, barulah aku tahu yg kalau kita fikir camtu, rugilah kita. Sbb duniakan sifatnya sementara. Cuba tgk kitaran hidup org yg bukan muslim, pun mcm tu kan? Nk pandai, jadi kaya, dpt keje best. So cm tak nmpklah bezanya.

    Sepatutnya as a muslim, kite kene lah tunjukkan beza tu, supaya dia yg ikut kite kan? Haha. :D Tak gitu ke?

    So aku pun tersedarlah. Kita kalau study tu, kita niatlah kerana Allah. Kat otak kite ni kite kene fikir, aku study hanya utk Allah. Ha, camne tu? Study kerana Allah?

    Sbg cth, kat universiti aku nie, students malaysia mmg power. Top 20 tu byk budak malays. And of course lah, diorang taw kitrg ni muslim. Ha, bagi aku tu dah ada peluang nk ajak diorang jinak-jinak kenal Islam. Dpt pahala tu. Second, kite tahu kan islam skunk asyik kene tindas je, teknologi pun asyik-asyik import, mana tak mahal. So, kite boleh fikir and niat, aku study supaya aku jadi jurutera muslim yg akan membantu meningkatkan taraf kualiti hidup seluruh umat islam. Kan cantik tu?

    Tu barulah namanya jihad. Sbb ade orang ckp kat aku, study pun jihad. Tp kalau kite study tp asyik pasang angan-angan duina tanpa fikir pasal Allah dan islam, mcm mana nk dikira jihad? Hehe. So pasni kawan-kawan, adik-adik, kita sama-samalah betulkan niat kenapa kita study. Supaya, setiap langkah kite ke kelas, setiap tumpuan kita dlm kelas, semua itu mendapat ganjaran pahala. InsyaAllah.

    Wallahu’alam.

  • Dalam mengenangmu Ya Rasulullah.

    Hanya terbenam

    Assalamualaikum, Bismillahilrahmanilrahim,

    Sempena dengan maulidur rasul , marilah kita melihat semula perjuangan dan sirah Rasulullah dalam menyebarkan dakwah dan menegakkan agama Allah… Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat, siapa lagi yang perlu meneruskan perjuangan mereka(para mujahid) kalau bukan kita sebagai umat nabi Muhammad S.A.W.??? Adakah kita sebagai umat islam sekadar ingin melihat orang-orang di sekeliling kita terus hidup dalam jahiliyah dan iluminisasi? Alangkah kejamnya kita jika kita tidak bertindak walau dengan sepatah perkataan untuk menarik orang-orang di sekeliling kita ke jalan yang benar. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda “sampaikanlah atau sebarkanlah pesananku ke seluruh umat manusia walaupun dengan satu perkataan.” Selama 23 tahun lamanya Rasulullah S.A.W. menyampaikan dakwah untuk menegakkan agama Allah. Bermula dengan dakwah secara senyap sehinggalah ke dakwah secara terang-terangan dan peperangan. Dakwah secara senyap-senyap yang dilakukan Baginda di Mekah lebih memfokuskan kepada pembentukan akhlak, akidah, intelektual dan kepercayaan.

    Click to continue reading “Dalam mengenangmu Ya Rasulullah.”

  • Assalamualaikum,

    Sehat ke semua? Mcm mana ngan study? Makin susah ke? Or makin mudah? InsyaAllah, semoga apa yg korang buat dlm hidup, moga-moga dipermudahkan oleh Allah.

    Tetingat pulak saya, dulu time sekolah rendah, time kelas math, mesti rase ngantok, susah je rase. Padahal time tu baru wat tmbh tolak. Bile dah besar, dah lali sgt dgn math. Dulu kelas 45 minit pon dah mengeluh, lama je rase. Sekarang satu kelas 4 jam. Sampaikan, kalau kelas 2 jam tu dah tak rase ape-ape dah. Mcm, “eh, dah hbs?”. Semakin meningkat umur, semakin selalu dilatih dgn benda-benda yg susah, lama-lama, bende yg dahulunya susah menjadi senang dan mudah.

    Bercakap soal mudah, pernahkah korang merasakan bahawa islam itu mudah? Atau terasa berat sebagai penganut islam? Adalah sebuah cerite:

    Saya ada seorang kawan, time dekat mrsm dulu, die ni mmg liat nk sembahyang. Tp saya tak paham kenapa dia ckp mcm tu. Satu hari tu, saya tanyelah die:
    “Kenapa kau malas sembahyang?”
    “Lecehlah. Lama.”
    “Kalau kau taknak ke surau, sembahyang je dlm bilik.”
    “Aduh, malas btol. Lama lah sembahyang. Penat diri lama-lama.”

    Daripada perbualan ini, nmpk mcm islam ni menyusahkan? Benarkah begitu?

    Seharusnya tidak. Rasulullah pernah bersabda, maksudnya: permudahkan jgn disusah-susahkan, gembirakan jgn ditakut-takutkan. (Sahih Bukhari, Jilid 8, No:6125) Sememangnya islam itu mudah. Malah ianya sungguh lengkap dan lebih memudahkan. Kadang-kadang kita merasakan islam itu susah kerana kita mengukurnya bukan dibadan sendiri. Tp hanya dgn mengikut-ikut orang. Sbg contoh yg plg mudah, saya mengambil hal solat. Kita sering merasakan solat tu lama, panjang dan memenatkan. Walhal, sekiranya kita tidak mampu utk solat lama-lama, boleh saja kita bersolat hanya dgn membaca fatihah. Apa yg penting ialah rukun solat itu. Rukuk dan sujud cukup dengan membaca subahannallah. Dlm soal berwuduk pula, tidak perlulah korang rase terbeban kerana anggota yg perlu disucikan byk. Kerana yg wajibnya sedikit sahaja. Muka, tangan hingga siku, ubun-ubun rambut dan kaki. Dan mmg mudah, tidak perlukan ari yg byk, malah sekiranya kuantiti air itu sebyk saiz air mineral 500ml pun sudah mencukupi.

    Islam mmg sgt mudah dan bertoleransi dlm byk perkara. Semoga teman-teman sekalian gembira dan bangga sebagai penganut islam. InsyaAllah, ganjaran yg besar buat kalian. Akhir kata, tgklah video pelajar Toulon(selatan France) bermain ski, dan semoga dpt mengambil sedikit pengajaran daripadanya.

  • Video Menarik Lagi

    Salam wbt,

    Menarik jugak video nih. Sangat menyentuh hati. =)

    Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal – 3 : 190

  • Gladstone

    William Ewart Gladstone ( 1809 – 1898 )
    Mantan PM Britain zaman Queen Victoria

    “Selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari kitab ini”.

    - Ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur’an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan.

    Jom bawa Al-Quran dan baca di mana-mana saje!

  • Adakah Mereka Sudah Berjaya?

    Salam wbt

    theodore-hertz
    Theodore Hertzel – pencetus idea penubuhan negara Yahudi
    ( penulis buku Negara Yahudi : 1895 )

    “Misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam.

    Jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri. Orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan pangkat.

    Jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil. Laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran”

    - Ucapan di Persidangan Yahudi di Basel, Switzerland : 1897.

  • Reminder Of Death

    Salam wbt.

    Meh tengok video ni dengan mata hati.

    Teringat kawan yang dah pergi. Semoga aman di kubur dan dimasukkan ke syurga.

    Apa ye nasib kita di sana nanti?

  • 10 000 Euro VS 10 000 Pahala

    Assalamualaikum,

    Sebenarnya banyak cara yang boleh kita lakukan untuk memperoleh pahala. Apatah lagi di bulan Ramadhan ini, pahala kita akan dilipatgandakan oleh ALLAH. Kalau pahalanya hanya satu di bulan lain, mungkin ALLAH menggandakannya menjadi 7 di bulan Ramadhan.

    Siapa yang taknak kalau biasiswanya digandakan dari 967 euros sebulan, ke 7000 euros sebulan? Kaya tuh. HeHe.

    Click to continue reading “10 000 Euro VS 10 000 Pahala”

  • Islam di Perancis : Akhir

    (Disclaimer : This article doesn’t reflect this website’s view in toto, nonetheless,restricted to the author’s view per se)

    Pepatah Melayu ada mengatakan; “Betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya”

    Diciptakan sebagai seorang lelaki Muslim dan tidak mempunyai obligasi untuk  memakai hijab bagi menutup aurat, sudah tentu saya hanya bisa bermadah dan mengeluarkan hujah, tanpa merasai sendiri pengalaman mencari-cari sekolah kejuruteraan di Perancis yang bisa menerima anda untuk bebas memakai tudung di kampus.

    hijab

    Sudah tentu, saya tidak pernah menerima panggilan telefon daripada mereka yang bertanggungjawab, dan menerima ayat-ayat seperti

    “L’Ecole  XXXX serait prête à vous prendre si vous pourriez enlever votre voile”

    Dalam bahasa Melayu, : Universiti XXXX sedia menerima anda disana jika anda sanggup untuk membuang tudung anda ketika berada di kampus”

    Click to continue reading “Islam di Perancis : Akhir”

  • Islam di Perancis: Fasa kedua

    (Disclaimer: Artikel ini,mempunyai terlampau banyak simplifikasi fakta sejarah serta bias penulis,diamplifikasikan lagi dengan pembacaan dan ilmu penulis yang amat cetek dan terhad)

    Jika Islam merupakan agama kedua terbesar di UK, maka fakta itu juga homogeinous di Perancis. Malah,barang diingat, populasi masyarakat  Islam terbesar di Europe,berada di Perancis Darul Sekular.

    Revolusi Iran,yang dikatakan menjadi titik tolak penyuburan Empayar Islam oleh golongan Muslim berfahaman syiah, juga dirancang di Paris,kota yang kononnya dilabel sebagai kota romantik,seni karya,kepelbagaian dan keunikan dan keklasikan serta tidak salah untuk mengatakan sebagai kota borjouis paling klasik di dunia.

    hoh

    Jika di UK golongan Islam paling ramai di dominasi oleh kumpulan Barelwi,yang dipelopori oleh Maulana Reza Ahmad Khan,yang berasal dari Selatan India.Golongan Sunni Muslim ini berpegang kepada Mazhab Hanafi,malah mereka sendiri menggelarkan mereka sebagai Barelwi,untuk membezakan mereka dengan kumpulan Sunni lain seperti Wahabi (rujuk Arab Saudi)  dan  Deobandi (golongan Muslim kedua terbesar di UK).

    Click to continue reading “Islam di Perancis: Fasa kedua”