VersLaLumiere.Com » Cerita Palestin

Dokumentari Palestin
Assalamualaikum. Cakap banyak pun tak guna. Layan ajelah. HuHu.

<object width="563" height="452"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/l0aEo59c7zU&hl=en&fs=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/l0aEo59c7zU&hl=en&fs=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="563" height="452"></embed></object>

Pengalaman Saya Di Gaza Selepas Perang Israel-Palestin Januari 2009
Hati di dakap rasa sayu, dalam kelam malam mata saya merayap melihat kesan serangan bertubi-tubi regim, bangunan yang berserakan runtuh berantakan menyembah bumi.

Bangunan dan tembok bisu itu menjadi saksi akan kegilaan manusia zionis yang melakukan kerosakan di sepanjang zaman. Membunuh para Rasul yang diutuskan, memutuskan serta mengkhianati perjanjian, tanpa serik , tanpa ampun akan terus memerangi umat Islam.

Pada hari kami tiba juga, Israel telah melanggar perjanjian dengan melancarkan serangan udara di wilayah sempadan.

Kereta menghantar kami ke tempat penginapan diiringi dengan kawalan keselamatan yang rapi. Malam itu pertemuan telah diadakan oleh pimpinan kerajaan HAMAS untuk meraikan tetamu sekaligus memberikan taklimat terperinci keadaan Gaza terkini.

Saya memerhatikan air muka pimpinan ini sangat jernih, tawaduk namun ucapan mereka sangat bersemangat dan menyentuh perasaan apabila bercerita tentang halangan-halangan kepada keraajaan HAMAS.

Tangan–tangan menteri-menteri HAMAS juga kelihatan sentiasa mengitari tasbih melambangkan dekatnya hubungan mereka dengan Allah, apatah lagi mereka adalah sasaran utama Israel.

Malam itu kami tidur dalam keadaan separuh jaga, minda membayangkan serangan udara Israel, kelelahan yang menjalar dalam tubuh tetap tidak mampu untuk melenakan tidur.

Hawa sejuk yang mencengkam tulang sum-sum mengingatkan kami tentang bagaimana manusia Gaza yang tidur di dalam rumah yang terputus aliran letrik, juga yang bergelandangan tanpa rumah, ada di antara mereka yang menyalakan kayu api dan sampah terbuang untuk memanaskan diri seperti yang tertera di layar TV.

Manusia Palestin ini diajar untuk hidup susah kerana mereka adalah manusia pejuang , mereka bangkit untuk pengembalian tanahair yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam, demi Masjil Al-Aqsa yang disuruh berziarah oleh Nabi SAW.

Pagi di Gaza adalah pagi yang ceria, dengan kokokan ayam dan lantunan azan yang menggamit perasaan untuk berteleku di tikar sejadah.

Ya Allah ! Indahnya kebesaranMu. Umat Palestin yang dijerut dengan kesakitan dan kemiskinan yang membalut mereka dimana 80 peratus adalah di bawah garis kemiskinan masih mampu mengadapkan pengabdian kepadaMu.

Azan yang pertama di Gaza adalah untuk megejutkan warga kotanya untuk bertahajjud (mendirikan malam)  manakala azan yang kedua untuk panggilan solat subuh.

Manusia Gaza meletakkan pergantungan yang tinggi kepada Allah bagi melayakkan mereka mendapat kemenangan perjuangan mahupun untuk seni sebuah kematian-Syahid di jalan Allah SWT.

Saya difahamkan solat subuh di Gaza sangat meriah dengan jemaah dan Sheikh Ahmad Yasin juga telah terkorban syahid apabila keluar daripada masjid selepas solat subuh berjemaah.

Beliau dan pengiringnya ditembak dengan roket yang dilancarkan dari helikopter Israel.

Pagi tersebut, usai kuliah subuh bertemakan kejahatan Yahudi dalan Sirah, kami membuat persiapan untuk bergerak dan memaksimakan ruang masa yang ada.

Kami terpaksa bergerak dengan pantas kerana jadual yang amat padat, petugas protokol kerajaan dan unit khas keselamatan mendatangi tempat penginapan kami untuk membawa kami melawat Gaza dan mengadakan pertemuan dengan pimpinan kerajaan.

Van yang membawa kami meluncur berhati –hati di atas dada aspal jalan yang rosak akibat peperangan serta tanpa pembaikan semenjak dua tahun yang lepas akibat sekatan (sanction) oleh regim Israel.

Hawa pagi yang sejuk dan menyegarkan di Gaza adalah mendamaikan walaupun mata saya tidak terlepas pandang memerhatikan jika ada ‘unmen craft’ regim Israel di atas kepala.

Warga kota ini meneruskan kehidupan seperti biasa, anak-anak mula kembali bersekolah, jika berpapasan dengan kami mengangkat tangan berbentuk ‘v’ bukan bermaksud ‘peace’ tetapi simbolik kepada ‘kemenangan atau mati syahid’.

Tembok-tembok dan papan iklan gergasi juga dengan megah memaparkan poster para pejuang yang telah gugur syahid. Gambar-gambar ini adalah untuk menaikkan semangat yang lain untuk terus berjuang.

Di Gaza juga mereka bercerita tentang mayat-mayat pejuang yang tidak mereput malah berbau wangi, ini berlaku apabila mayat-mayat tragedi serangan ingin dikebumikan mereka membongkar kubur lama dan terpana apabila menemui mayat-mayat yang tidak reput!.

Keseluruhan ruang hidup mereka digegakkan dengan gema jihad.

Nasyid-nasyid bertemakan jihad dan perjuangan berkumandang dari corong-corong audio milik deretan kedai-kedai , bahkan nasyid jihad dan perjuangan menjadi nada bunyi telefon bimbit bagi pemuda-pemuda di Gaza, amat jauh berbeza dengan situasi ditanahair yang kita cintai anak muda kita dibius sarat dengan budaya porno dan hiburan popular yang memalingkan mereka dari Islam.

Pemandu dan pengiring (pegawai protokol) begitu obses untuk bercerita tentang perang dan kesannya kepada Gaza. Rumah-rumah, bangunan kerajaan, masjid, balai polis yang menjadi mangsa serangan liar zionis.

Pasar dan perniagaan kembali sibuk dengan pelanggan walaupun bekalan sangat terhad dengan harga yang mahal. Kami berhenti di sebuah pasaraya yang masih selamat untuk membeli keperluan untuk dihantar ke hospital dan juga khemah-khemah pengungsian.

Sampel barangan dipilih oleh Zulkifli Nani dan Zul Wahijan, kami memesan dengan jumlah yang banyak dan akan kembali semula mengambilnya apabila semuanya siap dibungkus beberapa jam lagi.

Kenderaan bergerak lagi, menuju kompleks Kementerian Sosial yang masih terselamat dalam serangan. Para pegawai kementerian menyambut hangat kedatangan kami, mengiringi ke bilik pertemuan.

Taklimat dan perkenalan tentang kesan serangan telah diberikan dengan terperinci oleh pegawai kementerian dan Menterinya.

Teman-teman rombongan begitu tekun mencatat butiran yang diberikan oleh Menteri iaitu Dr Ahmed el Kurd dengan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh pengiring.

Menurut beliau, angka rasmi yang hilang pekerjaan di Gaza ialah seramai 150 000 orang, manakala 3000 industri kecil dan sederhana terpaksa ditutup akibat sekatan Israel.

80 peratus penduduk berada dibawah paras kemiskinan (sebelum peperangan) dan meningkat selepas peperangan , seramai 5000 keluarga telah hilang langsung tempat tinggal.

Golongan inilah yang akan menghuni khemah sementara. Kerajaan Turki dibawah Erdogan telah berjanji untuk menyediakan seribu rumah pasang siap dan meminta kerjasama Mesir untuk membawanuya melalui Rafah.

Ini belum dikira dengan 20 000 rumah rosak teruk semenjak serangan. Kerajaan Turki setakat ini dilihat begitu sekali menjuarai isu Palestin, termasuk keberanian Erdogan meninggalkan sidang di Davos sebagai reaksi kemarahan beliau terhadap pemimpin Israel.

Pengganas Israel dengan angkuh dan kejam melakukan penyembelihan terhadap umat Islam Gaza, dalam satu kejadian sebuah rumah yang memuatkan seramai 40 orang telah dibunuh beramai-ramai termasuk kanak-kanak, sama seperti aksi pembantaian di khemah pelarian Shabra dan Shatila pada September 1982.

Binatang Yahudi juga dengan terancang mensasarkan masjid-masjid di mana sebanyak 45 buah masjid telah dilumatkan dengan bedilan letupan berkuasa tinggi.20 buah masjid yang lain rosak teruk akibat serangan.

Zionis amat menyedari tentang kekuatan Islam yang menjadi semangat jihad dan perlawanan dengan Yahudi , puncanya adalah masjid-masjid yang dimarahkan dengan solat berjemaah dan majlis-majlis ilmu.

Tarbiah ruhiah yang dipasak oleh Sheikh Ahmad Yassin menjadi begitu sebati dengan umat Gaza, masjid menjadi kilang tempat mencetak kader-kader pejuang HAMAS. Inilah jawapan mengapa Zionist begitu mensasarkan masjid-masjid di Gaza.

Menurut menteri Sosial lagi, regim penyangak Israel juga mensasarkan pejabat-pejabat kementerian. Antara yang paling dahsyat dihancurkan ialah Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab secara langsung dengan menyelia pasukan polis dan pasulkan keselamatan HAMAS.

Serangan mereka dengan skala besar-besaran telah mensyahidkan Menteri Dalam Negeri iaitu Saed Siyyam. Bangunan kementerian lain yang turut musnah teruk ialah Kementerian Pertanian, Kementerian Luar Negara, Kementerian Pertanian dan sebagainya.

Sebahagian besar balai-balai polis telah dimusnahkan dengan begitu teratur, ramai yang gugur sebagai syuhada.

Sekolah-sekolah turut dibedil seperti Sekolah Fakhoora di mana 45 orang pelajarnya telah gugur syahid.

Keadaan begitu terdesak bagi dunia membantu Gaza kerana kesan selepas perang juga akan berlaku seperti wabak penyakit akibat kekurangan air bersih dan gizi berkhasiat.

Fasa pertama bantuan ialah bantuan kemanusian seperti diusahakan oleh NGO-NGO kebajikan dan kemanusiaan manakala fasa kedua ialah membina kembali Gaza yang musnah.

Saya juga teringat dengan pertemuan dengan salah seorang pegawai penting kerajaan, Dr. A’ la’ supaya kami mengusahakan bantuan kepada pelajar–pelajar peringkat pengajian tinggi yang ingin melanjutkan pelajaran ke Malaysia terutama di Universiti Islam Antarabangsa.

Saya dan teman-teman berjanji untuk menyampaikan perkara ini kepada pihak berkenaan di Malaysia.

HOSPITAL AS SHIFA YANG DAIF

Di antara program menarik yang disusun ialah melawat hospital as Shifa yang teruk diserang oleh Israel semasa peperangan. Bedilan udara Israel turut membunuh pesakit termasuk tujuh orang yang dalam ambulan sedang dalam perjalanan ke hospital.

Berbekalkan hamper yang telah dibungkus lebih awal , kami menuju hospital dengan sedikit keterujaan. Dengan pergerakan yang agak pantas,kami memunggah hamper ke tingkat empat, turut membantu ialah abang Azlan dan Abang Khairil dari Global Peace.

Kelibat kami diperhatikan oleh begitu banyak mata, kebetulan hospital menerima begitu ramai tetamu terutama daripada saudara mara pesakit, juga lawatan dari pelajar-pelajar sekolah.

Pelajar-pelajar perempuan dari sebuah institusi pendidikan itu mengadakan lawatan dengan memberikan bunga daripada katil ke katil pesakit.

Kami bergerak dari pintu ke pintu bilik pesakit, kami ditemukan dengan beragam pesakit dengan pelbagai peringkat umur dan latarbelakang.

Ada bayi yang berusia lima bulan yang cedera, ada ibu tua yang di tak berdaya, ada pemuda yang putus tangan dan kaki, di sokong anggota badan dengan besi.

Allah sahaja Tuhan yang mengetahui kesakitan mereka. Namun pesakit yang dilawati tidak menyesal dengan takdir yang tercatat malah dengan bangga berkata,

“ kaki aku telah sampai ke syurga, namun aku masih disini,”

“ tangan aku telah terbang ke syurga” .

Mereka kelihatan bersemangat walaupun dalam keadaan sakit dan kehilangan. Saya merasa tertampar dengan kebesaran jiwa anak-anak muda ini, rasa begitu kerdil akibat cara hidup kita yang begitu sekali menyintai kehidupan berbanding kematian.

Hawa panas dalam relung hati akhirnya singgah ke pelupuk mata dan empangan kesedihan tidak dapat ditahan lagi, tidak ada anggota rombongan yang mampu menyim pan air mata apabila melihat kanak-kanak cedera dirobek peluru pengganas.

“ Kami akan bangkit dan akan terus berlawan demi al Quds, suatu hari nanti kamu akan datang bersolat di mihrab masjid al Aqsa”

Itulah lontaran kata-kata semangat dari pejuang ini walaupun badan mereka cacat.

Ada pesakit yang berlubang di kepala, ada yang melecur disambar bom beracun serta ledakan bom yang menggila, meratah jasad mereka.

Yang paling ngeri ialah kesan bom kimia fosforus yang meluruhkan daging mangsa-mangsa jika dibasuh dengan air.

Saya sangat bersetuju dengan pandangan seorang teman bahawa rakyat Palestin adalah mangsa ujikaji senjata amerika yang dibekalkan kepada Israel. Apa daya mereka dan kerajaan HAMAS selepas dua tahun cuba dikucilkan oleh Israel.

Jangan kata membeli senjata untuk pertahanan diri, alat-alat ganti kereta pun sudah dua tahun tidak dibenarkan memasuki Gaza.

Saya dan teman-teman juga mempunyai ingatan kolektif tentang pesakit kanak-kanak yang kami santuni.

Ketua misi, Zulkifli Nani membawa 5 barang permainan anaknya dengan pesanan khas,

“abah sampaikan barang Umar kepada anak-anak Palestin, juga salam dari Umar kepada mereka”

Antara kanak-kanak yang diberikan barang permainan itu ialah Atallah yang berumur lapan tahun.

Dia menguntum senyuman lebar apabila mendapat permainan ikan ‘jaws’, kanak-kanak daif ini telah melupakan seketika anggota badannya yang hilang dan cedera, kegembiraan terpampang jelas pada anak kecil ini, abang azlan yang mengucup kepala anak kecil ini, menyeka air matanya dari tumpah.

“ bayangkan jika anak-anak ini adalah anak kita, bagaimana persaan kita? Adakah kita akan diam dan tidak bangkit berlawan?’ kata Zulkifli wahijan.

Inilah jawapan kepada kita mengapa darah Yahudi zionis akan terus bersimbah melunaskan hutang yang sangat mahal bagi bangsa Palestin.

Begitu juga seorang bayi yang hanya berusia lima bulan bernama Yusuf (putih dan cantik), bocah kecil ini cedera namun beliau tidak menangis.

Mungkin jauh berbeza dengan anak-anak kita di Malaysia. Dengan deman yang sederhana pun sudah tentu akan menangis dan meraung. Saya tidak memahami bagaimana anak-anak sekecil ini dianugerah dengan segunung ketabahan, mereka telah dilatih untuk hidup susah.

Kami beruntung juga kerana Mr Kamal Shamy tidak betah untuk terus memberikan motivasi dan semangat kepada para pesakit-pesakit, kami berdoa ayat shifa’ dan terus memberikan harapan bahawa orang Palestin ialah manusia terpilih untuk memerangi Yahudi di akhir zaman ini yang juga mencirikan suasana hampir dengan kiamat.

JABALIEH YANG HANCUR LULUH

Rombongan kami dibawa melawat sebuah kawasan paling teruk diserang iaitu Jabalieh yang terletak dipinggir kota Gaza.

Kami mengangkut makanan yang dibeli dalam bentuk hamper makanan dan permainan kanak-kanak dengan menyewa sebuah lori.

Masih terkesan dalam benak saya bagaimana gayarupa penduduk di khemah pengungsian Jabalieh menyambut lori yang membawa bantuan, lori itu disambut bagai kepulangan perwira yang menang dimedan tempur.

Kanak-kanak dan remaja paling ceria menyambut rombongan kami, dengn penuh teruja bertanya kami,

“ kamu cina?”

“kamu dari Indonesia?”

Tanya mereka dengan soalan yang sama berulang kali.

“tidak , aku dari Malaysia!” jawab saya.

“ohh, orang Malaysia bagus dan baik”, spontan mereka membalas .

Jawapan itu nampaknya jujur dengan sorotan bening mata yang melambangkan kelaparan dan kepayahan

Kami dikerumuni, dipeluk dan disalami, saya terasa ada hawa panas yang menyelinap di dalam dada.

Bayangkan khemah kosong tanpa apa-apa barang keperluan, rumah mereka hancur. Yang tinggal hanya cebisan kenangan tentang kecantikan penempatan Jabalieh sebelum perang.

Lebih terharu ada warga pengungsian ini mempelawa kami singgah di rumah mereka. Kami menolak dengan sopan kerana majlis penyerahan barang bantuan dan taklimat tentang Jabalieh akan diberikan oleh pihak pengurus kem.

Majlis taklimat ringkas itu juga turut disertai oleh pihak RTM dan wartawan dari Malaysia yang telah pun hadir lebih awal ke lokasi. Kumpulan wartawan ini tiba sehari lebih awal daripada kami di Gaza.

Peranan mereka agak penting untuk melaporkan kesan peperangan dan jelas perang ini memberi impak yang besar kepada lanskap sosio politik di Palestin selepas ini, sekurangnya dunia Islam mula memberi perhatian kepada isu Palestin.

Palestin mula menjadi tajuk berita dengan lensa kamera mula sibuk merakam aksi serta kesan pembantaian dan keganasan Israel.

Selesai urusan serahan simbolik kepada pihak pengurusan kem, kami berpamitan untuk pulang.

Hari mula merangkak senja, tirai malam di kawasan Jabalieh akan ditutup dengan seribu sketsa kehidupan, minda saya berfikir apakah agaknya pakaian mereka akan mampu menahan hawa dingin.

Bagaimana mereka akan tidur tanpa ada alas tempat tidur. Apakah nasib mereka selepas ini akan disantuni oleh umat Islam atau cairkah hati pemerintah Mesir untuk membuka sempadan Rafah bagi membenarkan bekalan makanan dibawa masuk ke Gaza dan sekitarnya.

Bukankah Mesir di zaman Gabenor Islam, Amru al As telah membawa masuk makanan ke Madinah ketika Madinah mengalami krisis makanan sewaktu zaman khalifah Umar.

Hati terus bercakap lagi, di mana kepedulian kita sebagai umat Islam yang bersaudara?

Mengapa kita hanya berpangku lengan di saat Palestin menangis dan rawan hiba, bukankah sempadan kita adalah sempadan aqidah yang menjaring seluruh kekuatan kerana hubungan kita umpama jasad yang satu sebagaimana pesan baginda.

PALESTIN DAN PERGANTUNGAN KEPADA ALLAH SWT.

“ kamu sudah solat atau belum?” tanya seorang pegawai Keselamatan HAMAS di sempadan Rafah setelah kami melepasi sempadan Mesir.

“ sudah, tadi kami solat jamak” jawab ZulNani.

Dialog ringkas tadi menggambarkan betapa solat adalah tonggak utama dalam perjuangan Islam.

Sebagaimana yang tercatat dalam kisah generasi Al-Quran yang diasuh oleh Nabi SAW, sehinggalah pemimpin Islam iaitu salahuddin Al Ayyubi menawan kembali Palestin dengan memberi keutamaan kepada pejuang-pejuang yang bangun mendirikan malam di saat manusia lain diulit mimpi indah.

Budaya solat berjemaah adalah satu budaya penting yang mencirikan umat Palestin yang berjuang melainkan Palestin yang berpegang kepada fahaman Baath ( sosialis Arab), di sepanjang perjalanan Rafah, menyusuri Khan yunis sehinggalah Kota Gaza, kita akan mendapati banyak masjid di sepanjangnya.

Lantunan ayat-ayat suci Al quran akan diperdengarkan sebelum azan sehingga kita merasakan kedamaian dan keberkatan.

Laungan azan dengan mudah akan menghimpunkan manusia mukmin di Gaza, berbondong-bondong mereka datang untuk bersolat, juga di tempat lapang mereka akan bersolat berjemaah.

Begitu juga dengan budaya membaca Al-Quran di kalangan masyarakatnya. Teringat di hospital As-shifa Gaza, bagaimana pesakit-pesakit membaca al-Quran bagi mengisi masa yang terluang mereka. Mereka ghairah untuk membaca dan menghafal Al quran.

Dalam tunjuk perasaan yang diadakan juga kita akan melihat bagaimana pemuda-pemuda mereka akan menjulang Al-Quran, menandakan citra perjuangan mereka untuk mendaulatkan dustur ilahi.

Al-Quran telah digunakan untuk memotivasikan diri mereka. Teringat juga saya apabila menteri-menteri dan pegawai HAMAS bercakap mereka akan menyulami patah patah perkataan mereka dengan ayat-ayat Al quran.

Budaya berzikir juga amat ketara di bumi Gaza ini, satu fenomena yang ketara apabila kita melihat anak-anak muda, mahupun yang tua berjalan sambil membawa tasbih di tangan.

Budaya berzikir ini dengan tujuan merapatkan mereka dengan Allah SWT serta melahirkan pejuang yang berhati bersih.

Papan tanda dan peringatan–peringatan dalam pelbagai cara dibuat di tempat umum untuk mengajak masyarakat untuk berzikir serta mengingati Allah.

Kesannya amat ketara dan menguja akal, sekali saya melihat dokumentari bagaimana letupan yang membunuh ramai warga Gaza dan kebanyakan yang cedera parah mahupun yang syahid mengangkat jari tanda bersyahadah.

Mereka menyudahkan nafas terakhir mereka dengan mengucapkan kalimah paling baik.

Gaza dan Palestin akan saya kenang dengan sikap mereka yang memuliakan tetamu (ihtiram duyuf).

Dalam keadaan serba payah dan sukar mereka kelihatan sangat memuliakan tamu sebagai adab yang diajar oleh Nabi SAW, hadirlah di mana program berlangsung, kita akan dihidangkan dengan minuman atau makanan.

Mereka menyembunyikan rasa lapar mereka untuk menggembirakan tamu, apatah lagi apabila mengetahui kami daripada Malaysia (Parti Islam) maka lebih lagi mereka menjaga kebajikan dan keselamatan kami.

Dengan kekuatan unsur dan budaya beragama ini maka tidak pelik jika warga kota Gaza ini adalah merupakan penyokong tegar kepada gerakan HAMAS yang diasaskan oleh Syeikh Ahmad Yassin.

Rasa beragama ini tidak memungkinkan mereka menyokong FATAH yang berlatarbelkangkan fahaman kebangsaan Arab dengan kecenderungan sosialis.

- Ustaz Riduan Mohd Noor

Diperoleh dari http://tintajundi.wordpress.com/2009/02/19/saat-langit-berwarna-merah-saga-di-gaza/ dan dikemaskini oleh VLL.

Cerita Palestin Bersama Ustaz Senyum #1
Assalamualaikum,

Ustaz tengok ramai pembaca VLL tengah layan entry cinta di sini. Ustaz tak pandai cerita tentang cinta. Bab-bab cinta ni, ustaz serah ke akhi Habib lah. Ustaz nampak dia handal dalam bab kasih sayang ni.

Kali ini, ustaz saja nak ambil perhatian pembaca VLL mengenai isu Palestin. Selalu bila kita dengar orang cerita pasal Palestin je, kepala kita rasa berat dan tak larat nak fikir tentang masalah ini.

Jangan risau.

Ustaz nak cerita ringan-ringan je. Sambil makan pun boleh baca cerita ustaz ni. Tak perlu tension. Senyum sikit…

Ustaz nak beritahu, hari ini (Rabu, 28/1/2009) Israel dah bom sempadan Mesir dan Palestin pula. Penipu kan Israel ni? Kata nak buat gencatan senjata. Ish Ish Ish.

Ha? Macam mana ustaz tahu pasal berita tu? Senang je. Ustaz baca beritalah.

Kita kena tahu pasal saudara kita di tempat lain. Ustaz nak ajak pembaca VLL selalu membaca berita mengenai Palestin. Ustaz cadangkan empat website ni :

1. InfoPalestina.Com – Info Mengenai Palestin berbahasa Indonesia.

2. Palestinkini.Info – Info Mengenai Palestin berbahasa Melayu.

3. MaanNews.Net – Info Mengenai Palestin berbahasa Inggeris.

4. Alqassam.Ps – Info Mengenai Palestin berbahasa Arab dan Inggeris.

Dalam banyak-banyak website ustaz senaraikan ni, ustaz paling suka baca website InfoPalestina.Com . Bukan apa, cerita dia selalu update dan ustaz banyak jumpa cerita yang menarik. Nanti ustaz cerita ye apa yang menarik.

Kalau ustaz nak tahu berita pelik-pelik sikit, ustaz buka AlQassam.Ps . Itu website Brigade Al-Qassam, tentera HAMAS di Palestin.

Ustaz bukan nak promote. Cuma baru-baru ini ustaz kesian dengan kawan ustaz yang nak tahu pasal Palestin, tapi dekat surat khabar Malaysia takde sangat. So ustaz kongsikan website ni untuk pembaca VLL ye.

Agak-agak kenapa ye kita kena tahu berita mengenai Palestin? Haa, fikir-fikirkan dulu. Nanti ustaz cerita pada masa akan datang. Jangan marah.

Senyum sokmo…