Browsing Category »Isu Semasa«

  • Towards a borderless future

    OrCaOne Comment

    assalamualaikum wbt

    sudah puasa 6 belom? insyaAllah memana yg belum cukup korum tuh masih ada masa lagi nk melakukannya. (tgh pujuk diri, sampai skrg lom sempat posa 6 sbb keluar mengembara)

    mana² yg dah start kelas, pening² kepala dgn rapport, kerja menimbun etc, jgn lupa ambil masa utk relax sebentar. seorg penebang pokok pasti akan duduk mengasah gergaji nya.
    setiap org lain cara, cara orca adalah layan vid² yg informative.

    voila un! enjoy ^^

  • Pimpin 2

    wmf2 Comments

    Assalamualaikum, lama tak ketemu di sini.

    Buat masa ini, pelajar-pelajar di France sedang sibuk berkempen, bersiap-sedia untuk sesi Pilihanraya MASAF 2009/2010. Kalau tengok keadaan di forum, memang hangat. Lebih hangat dari biasa! :P

    Baguslah, masing-masing menunjukkan semangat sendiri, masing-masing nampaknya sayang akan MASAF.  C’est bon signe kata orang tempatan.

    Click to continue reading “Pimpin 2″

  • Pimpin

    wmf7 Comments

    Dua tiga hari ini media-media di tanah air sibuk memaparkan berita-berita tentang pilihan raya sebuah parti politik yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Buka sahaja website akhbar, hampir 80% berita berkisarkan tentang perjalanan dan keputusan pilihan raya yang pada waktu sekarang sudah hampir sampai ke penghujungnya. Naik bosan pun ada hehe.

    Tahniah kepada calon-calon yang menang, cuba lagi kepada yang kalah. Ayat itu sentiasa kita dengar kan?

    Tentu ramai pembaca-pembaca VLL ini yang pernah memegang jawatan, tak kira apa-apa jawatan, di sekolah rendah, menengah, mahupun di universiti. Dari ketua kelas hinggalah ke jawatan presiden majlis perwakilan pelajar. Bagi yang lelaki, sampai suatu masa, bersedialah untuk menjadi ketua keluarga.

    Pemimpin. Beratnya perkataan ini. Berat bukan di atas neraca, tapi berat yang lain lah!

    pemimpin-untuk-rakyat
    Pemimpin

    Mari kita baca hadis ini :

    Rasullullah bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah Radhiyallahu’anhu, “Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah kamu meminta untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika kepimpinan diberikan kepada kamu kerana permintaan, maka kamu akan memikul tanggungjawab sendirian, dan jika kepimpinan itu diberikan kepada kamu bukan kerana permintaan, maka kamu akan dibantu untuk menanggungnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Hadis ini menunjukkan kepada kita betapa berat dan besarnya tanggungjawab seorang yang bergelar pemimpin. Bahkan Gunung Everest pun akan runtuh jika memikul jawatan ini.

    everestdm0105_468x330
    Gunung Everest

    Mari kita lihat realiti yang ada sekarang. Ramai manusia berebut-rebut untuk memegang jawatan, tidak kira dalam bidang politik, kerja, mahupun dalam pergaulan seharian kita. Bahkan yang sangat menyedihkan, ada di antara mereka yang sanggup mengotorkan kesucian yang patut ada pada diri seorang pemimpin Islam dengan memberi ‘cenderamata’ kepada sesiapa sahaja supaya menyokongnya. Aduhhh.

    Bukan salah untuk menjadi pemimpin, bahkan pemimpin adalah satu pekerjaan yang sangat mulia. Pemimpin kita, baginda Rasulullah SAW adalah contoh pemimpin terbaik bagi semua umat manusia. Pemikir-pemikir barat pun mengiktiraf kepimpinan baginda.

    Cuma perlu diingatkan, seorang pemimpin yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat/pembuang undi hendaklah melaksanakan tugasnya seperti yang digariskan oleh Islam. Niatnya perlulah lurus, sesuai dengan apa yang Allah telah perintahkan. Dan yang paling perlu dielakkan ialah kepimpinan mengikut hawa nafsu. Itulah cabaran yang sebenar bagi seorang ketua.

    Bilakah agaknya kepimpinan khalifah Islam akan mengambil alih nakhoda Bumi ini? Dengan ini, nescaya kita akan aman, InsyaAllah.

  • Krisis Ekonomi,Dragon Ball dan FIFA 2009

    Assalamualaikum,

    Dalam artikel sebelum ini, saya ada menerangkan dengan seberapa ringkas, dan sudah tentu mengelak untuk mengkomplikatedkan pemahaman anda yg tak pernah ambik subjek ekonomi ni.

    Sebenarnya, saya sendiri pon tak pernah belajar ekonomi secara formal…ini suker2 jer.. buat pandai2… :)
    Hobi orang lain tengok cerita Korea ker, layan anime ker, main FIFA ker..
    hobi sayer ginilah…

    Click to continue reading “Krisis Ekonomi,Dragon Ball dan FIFA 2009″

  • Maulid Nabi : Antara Sejarah dan Amalan

    Para sarjana sejarahwan Islam berbeza pendapat tentang tarikh sebenar kelahiran Nabi s.a.w. Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim hanya menyebut bahawa baginda lahir pada hari Isnin tanpa menyebut haribulannya. Sesiapa yang membaca karya-karya sejarah Islam yang besar seperti al-Bidayah wa al-Nihayah oleh al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) akan melihat berbagai pendapat tentang haribulan dan bulan kelahiran baginda s.a.w.

    Bagi yang berpendapat baginda lahir pada Bulan Rabi’ul Awwal, mereka berbeza pendapat pula dalam menentukan haribulannya. Ada yang menentukan pada 8 haribulan, ada yang pada 9 haribulan, ada pula pada 12 haribulan seperti yang menjadi anggapan ramai, ada juga pada 17 haribulan dan seumpamanya. Di samping di sana ada pula sarjana Islam yang menyatakan baginda lahir pada bulan Ramadan dengan hujah-hujah mereka yang tersendiri.

    Apa pun yang penting, sejarahwan Timur atau Barat, Utara atau Selatan tidak pernah berbelah pendapat tentang lahirnya seorang insan bernama Muhammad bin ‘Abdillah yang diikrarkan oleh umat Islam sebagai rasul terakhir yang diutuskan Allah. Hal ini berbeza dengan Jesus yang berada dalam gambaran Barat. Setengah ahli kajian mereka mempertikaikan tentang kelahiran Jesus itu sendiri.

    Click to continue reading “Maulid Nabi : Antara Sejarah dan Amalan”

  • malaysian-di-palestin

    Hati di dakap rasa sayu, dalam kelam malam mata saya merayap melihat kesan serangan bertubi-tubi regim, bangunan yang berserakan runtuh berantakan menyembah bumi.

    Bangunan dan tembok bisu itu menjadi saksi akan kegilaan manusia zionis yang melakukan kerosakan di sepanjang zaman. Membunuh para Rasul yang diutuskan, memutuskan serta mengkhianati perjanjian, tanpa serik , tanpa ampun akan terus memerangi umat Islam.

    Pada hari kami tiba juga, Israel telah melanggar perjanjian dengan melancarkan serangan udara di wilayah sempadan.

    Kereta menghantar kami ke tempat penginapan diiringi dengan kawalan keselamatan yang rapi. Malam itu pertemuan telah diadakan oleh pimpinan kerajaan HAMAS untuk meraikan tetamu sekaligus memberikan taklimat terperinci keadaan Gaza terkini.

    Click to continue reading “Pengalaman Saya Di Gaza Selepas Perang Israel-Palestin Januari 2009″

  • Selalunya kita akan mendengar teriakan orang menangis dan bersedih akibat kematian dan kecederaan yang dialami oleh saudara kita.

    Tapi berlainan di Gaza. Suara ALLAHUAKBAR, LAILAHAILLALLAH adalah kata-kata yang diungkap setiap kali diserang dan berada dalam kesusahan.

    Kenapa ye?

  • Turunlah Menghadap Realiti Umat

    anaktanpaislam

    “Ustaz, anak saya ni tak mahu dengar cakap saya. Saya merayu ustaz betulkan dia sewaktu program nanti…” kata seorang ibu yang menelefon rakan saya.

    “Anak saya ni masalah dia satu je ustaz, pakwe keliling pinggang. Asyik nak bergayut (telefon) aje kerjanya. Bila ditegur mulalah tarik muka masam. Susahlah saya camni ustaz.”, kata seorang ibu kepada ‘the kids super model’.

    Click to continue reading “Turunlah Menghadap Realiti Umat”

  • The Untold Story

    palestine-woman-protest

    As a Gazan journalist who is devastated by the holocaust the Israel army is perpetrating against us, I find myself at loss.

    The list of horrendous crimes committed by the Israeli army against Palestinians is endless and the crimes are countless.

    Should I write about the 45 evacuees who were massacred in their refuge at the United Nations-administered al-Fakhoura school?

    Should I write about the most horrifying crime when Red Cross personnel found four starving children who had spent four days with the dead bodies of their mothers and other relatives in the ruins of a house in the al-Zeitoun neighborhood?

    Click to continue reading “The Untold Story”

  • Adik, Abang dan Nenek

    palesin

    Melihat gambar-gambar yang jarang dipaparkan di media massa, membuatkan hatiku berasa sedih dan pilu.

    Biarpun mereka berdarah Arab dan aku berdarah Melayu, namun persaudaraan Islam membuatkan aku berasa mereka seperti ahli keluargaku sendiri. Tiada beza.

    Click to continue reading “Adik, Abang dan Nenek”