VersLaLumiere.Com » Isu Semasa
Towards a borderless future
assalamualaikum wbt
sudah puasa 6 belom? insyaAllah memana yg belum cukup korum tuh masih ada masa lagi nk melakukannya. (tgh pujuk diri, sampai skrg lom sempat posa 6 sbb keluar mengembara)
mana² yg dah start kelas, pening² kepala dgn rapport, kerja menimbun etc, jgn lupa ambil masa utk relax sebentar. seorg penebang pokok pasti akan duduk mengasah gergaji nya.
setiap org lain cara, cara orca adalah layan vid² yg informative.
voila un! enjoy ^^
<object width="446" height="326"><param name="movie" value="http://video.ted.com/assets/player/swf/EmbedPlayer.swf"></param><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="wmode" value="transparent"></param><param name="bgColor" value="#ffffff"></param><param name="flashvars" value="vu=http://video.ted.com/talks/dynamic/ParagKhanna_2009G-medium.flv&su=http://images.ted.com/images/ted/tedindex/embed-posters/ParagKhanna-2009G.embed_thumbnail.jpg&vw=432&vh=240&ap=0&ti=645&introDuration=16500&adDuration=4000&postAdDuration=2000&adKeys=talk=parag_khanna_maps_the_future_of_countries;year=2009;theme=the_power_of_cities;theme=technology_history_and_destiny;theme=unconventional_explanations;theme=bold_predictions_stern_warnings;theme=new_on_ted_com;theme=speaking_at_tedglobal2009;event=TEDGlobal+2009;&preAdTag=tconf.ted/embed;tile=1;sz=512x288;" /><embed src="http://video.ted.com/assets/player/swf/EmbedPlayer.swf" pluginspace="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" type="application/x-shockwave-flash" wmode="transparent" bgColor="#ffffff" width="446" height="326" allowFullScreen="true" flashvars="vu=http://video.ted.com/talks/dynamic/ParagKhanna_2009G-medium.flv&su=http://images.ted.com/images/ted/tedindex/embed-posters/ParagKhanna-2009G.embed_thumbnail.jpg&vw=432&vh=240&ap=0&ti=645&introDuration=16500&adDuration=4000&postAdDuration=2000&adKeys=talk=parag_khanna_maps_the_future_of_countries;year=2009;theme=the_power_of_cities;theme=technology_history_and_destiny;theme=unconventional_explanations;theme=bold_predictions_stern_warnings;theme=new_on_ted_com;theme=speaking_at_tedglobal2009;event=TEDGlobal+2009;"></embed></object>
Pimpin 2
Assalamualaikum, lama tak ketemu di sini.
Buat masa ini, pelajar-pelajar di France sedang sibuk berkempen, bersiap-sedia untuk sesi Pilihanraya MASAF 2009/2010. Kalau tengok keadaan di forum, memang hangat. Lebih hangat dari biasa!
Baguslah, masing-masing menunjukkan semangat sendiri, masing-masing nampaknya sayang akan MASAF.  C’est bon signe kata orang tempatan.
Ya, memang calon-calon untuk jawatan tertentu bertanding, dan yang lain hanya menyokong, membangkang. Biasalah tu, fitrah manusia. Semua pun berdarah muda kan? Hehe.
Pada post saya yang lepas, saya telah berkongsi dengan pembaca semua sebuah hadith yang ditujukan kepada pemimpin. Rujuk :  Pimpin
Tapi, siapakah pemimpin? Presiden? Timbalannya? Ketua Menteri?
Mari tengok hadis ini pula :
Hadith Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.
Setiap daripada kita adalah pemimpin. Tak boleh lari dari realiti itu. Banyak yang menyalahtafsir istilah pemimpin, dengan berfikiran, ‘aku bukan pemimpin, aku tak layak jadi pemimpin,’ dan sebagainya. ALLAH pun dah sebut dalam Quran kan, kita adalah Khalifah?
That’s an honour, man!
Mari kita baiki diri, guna segala kelebihan yang ada pada diri kita untuk maju. Kita bukan tak boleh, cuma banyak mencari alasan.
Selepas Pilihanraya ini, marilah kita semua pelajar di France berganding bahu membangunkan MASAF yang kita sayang ini. Semua. AYUH!
Pimpin
Dua tiga hari ini media-media di tanah air sibuk memaparkan berita-berita tentang pilihan raya sebuah parti politik yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Buka sahaja website akhbar, hampir 80% berita berkisarkan tentang perjalanan dan keputusan pilihan raya yang pada waktu sekarang sudah hampir sampai ke penghujungnya. Naik bosan pun ada hehe.
Tahniah kepada calon-calon yang menang, cuba lagi kepada yang kalah. Ayat itu sentiasa kita dengar kan?
Tentu ramai pembaca-pembaca VLL ini yang pernah memegang jawatan, tak kira apa-apa jawatan, di sekolah rendah, menengah, mahupun di universiti. Dari ketua kelas hinggalah ke jawatan presiden majlis perwakilan pelajar. Bagi yang lelaki, sampai suatu masa, bersedialah untuk menjadi ketua keluarga.
Pemimpin. Beratnya perkataan ini. Berat bukan di atas neraca, tapi berat yang lain lah!
Pemimpin
Mari kita baca hadis ini :
Rasullullah bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah Radhiyallahu’anhu, “Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah kamu meminta untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika kepimpinan diberikan kepada kamu kerana permintaan, maka kamu akan memikul tanggungjawab sendirian, dan jika kepimpinan itu diberikan kepada kamu bukan kerana permintaan, maka kamu akan dibantu untuk menanggungnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menunjukkan kepada kita betapa berat dan besarnya tanggungjawab seorang yang bergelar pemimpin. Bahkan Gunung Everest pun akan runtuh jika memikul jawatan ini.
Gunung Everest
Mari kita lihat realiti yang ada sekarang. Ramai manusia berebut-rebut untuk memegang jawatan, tidak kira dalam bidang politik, kerja, mahupun dalam pergaulan seharian kita. Bahkan yang sangat menyedihkan, ada di antara mereka yang sanggup mengotorkan kesucian yang patut ada pada diri seorang pemimpin Islam dengan memberi ‘cenderamata’ kepada sesiapa sahaja supaya menyokongnya. Aduhhh.
Bukan salah untuk menjadi pemimpin, bahkan pemimpin adalah satu pekerjaan yang sangat mulia. Pemimpin kita, baginda Rasulullah SAW adalah contoh pemimpin terbaik bagi semua umat manusia. Pemikir-pemikir barat pun mengiktiraf kepimpinan baginda.
Cuma perlu diingatkan, seorang pemimpin yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat/pembuang undi hendaklah melaksanakan tugasnya seperti yang digariskan oleh Islam. Niatnya perlulah lurus, sesuai dengan apa yang Allah telah perintahkan. Dan yang paling perlu dielakkan ialah kepimpinan mengikut hawa nafsu. Itulah cabaran yang sebenar bagi seorang ketua.
Bilakah agaknya kepimpinan khalifah Islam akan mengambil alih nakhoda Bumi ini? Dengan ini, nescaya kita akan aman, InsyaAllah.
Krisis Ekonomi,Dragon Ball dan FIFA 2009
Assalamualaikum,
Dalam artikel sebelum ini, saya ada menerangkan dengan seberapa ringkas, dan sudah tentu mengelak untuk mengkomplikatedkan  pemahaman anda yg tak pernah ambik subjek ekonomi ni.
Sebenarnya, saya sendiri pon tak pernah belajar ekonomi secara formal…ini suker2 jer.. buat pandai2…
Hobi orang lain tengok cerita Korea ker, layan anime ker, main FIFA ker..
hobi sayer ginilah…
so, kepada economist diluar sana, yg melihat kepincangan artikel yg tk seberapa ini, sila2 lah tegur, dan bagi komen.( tp jgn kuar istilah2 pelik yg saya ssah nk paham plak yer)..
Dlm artikel sebelum tu juga, saya sebenarnya ader meninggalkan penerangan2 tentang beberapa produk kewangan lain yg menyebabkan lingkupnya sistem kapitalis ini.
Tapi, saya percaya, economist2 kat luar saner, kebanyakannya mesti setuju bahawa, subprime mortgage, adalah ibu kepada krisis ini.
Takderlah bermaksud CDS,CDO tu sumer anak2 kecil yg tak beri kesan kpd krisis ini, tetapi orang putih kater, CDS dan CDO ni exarcebated by subprime mortgage.
Pada yg tengah study pasal Principe Fondamentale Dynamique ker, Lagrange Equation, ker…
bolehla pilih, samada nk peningkan kepala anda baca seterusnya, ataupun sambung studi anda tu..
CDS tu, maksudnya  Credit Default Swaps….
aper plak mender ni??
Insurans menjadi Judi?
Saya ader kereta (alhamdulillah), kereta buruk jer, tapi cukuplah, boleh buat saya bertadabbur alam dan menyampaikan seruan serta melaksanakan kewajipan sebagai pelajar dan hamba Allah.
Kebiasaannya, kalo keter saya ni accident, insurans akan bayar kan..
saya harap semua orang yg tak pernah drive pon tau ttg mender ni kan..
Jadi, kapitalis2 di Wall Street yg tamak haloba ni sangat kreatif.
Maklumlah, mereka ini pun dlu kebanyakannya belajar Thermodynamique, Thermique, Materiaux macam anda juga.
Tp,yg suka2 cipta mender kreatif ni, biasanyer yg ader Phd dalam Nuclear Physics, Atomic Physics dari MIT,Harvard dan Princeton.
Dah elok2 belajar pasal elektron, Hall-Bose effect sumer tu, gatal2 nk gi kerja kat Wall Street.
Tula, Ada Apa  denganWall Street  tu?, duit pun bukannya nampak dan tangible. Sumer pada angka.
Jadi mereka ni, mesti bosan tahap maut, dan pikiq, marilah kita cipta satu produk untuk insuranskan bon2, simpanan2, pelaburan dari KWSP,Bill Gates, Syeikh Al-Khartoum dsbnya.
sorang broker dari Lehman pergi jumper Syeikh :
“Ya, syeikh, ana rasa anta perlu insurans pelaburan anta tu.”
“Kalau lingkup, anta tak rugi”
Macam kereta saya tadi, kalau syeikh tu melabur 150 juta dkat Goldman Sachs, kemudian diar bayar 1 juta setiap bulan pada Lehman untuk insuranskan bon pelaburan itu.
Jadi kalau accident (bon tu rugi), syeikh tu dapat balik duit dia.
Apa lagi, seronok la syeikh tu.
Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Maidah 90-91
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.”
“Sesungguhnya setan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).”
Haa…Islam dah habaq jelas2 dalam Al-Quran, depa ni suma tk nak ikot.
Disebabkan ketamakkan dan kehalobaan yg dicanaikan dalam sistem kapitalis ini, satu istilah baru yg akan memeningkan kepala anda akan dikenalkan,
Tapi, jangan bimbang, ia lagi mudah difahami daripada Mecanique Milieu Continue,
Leverage
Katakan insurans yg dibeli oleh Syeikh dr Lehman itu, dijual pula kepada BNP Paribas, dengan harga 2 juta,
So,kita kira matematik senang2 yer, tak yah belajaq  linear algebra  dan analyse,  trader kat Lehman tu dh untung 1 juta atas angin dah.
Pas tu pulak, trader BNP Paribas jual kat trader Soc. Gen, 10 juta usd sebulan.
Pastu kan, sy jdlah philosphic sket;
“IN FINANCIAL MARKET, PERCEPTION IS  EVERYTHING”
Ader orang gossip di Wall Street, dn aderlah pergi jmper Bill Gates
“Encik Bill Gates, skang ni, pelaburan encik di JP Morgan berisiko tinggi, mereka melabur dlm projek yg lingkup kat Malaysia,  baik encik insuranskan,”
“Kang jadi aper2…. jgn salahkan sayer plak, sayer dh cakap”
“Yerla2..berapa ratus juta sebulan kena bayar?….”
Berbalik kepada prinsip kapitalis yg pertama,
Supply and demand.
Apabila permintaan insurans ini meningkat, maka sudah tentu bekalan mesti ditambah…
Jadi banyakla orang merebut nk jd tukang insurans, walaupun sebenarnya tak cukup duit pon, dan tak layak pon.
Semua orang bet, company A akan lingkup,company B akan gulung tikar  …buat spekulasi di Wall Street.
Allah dah kata, jangan berjudi, bertaruh nasib, jangan melampaui batas.
“Kun fayakun” maka jadi, jadilah.
Apabila subprima berlaku, semua bank2 yang pada masa yg sama terlibat dalam krisis subprima, juga mengofferkan insurang yg dinamakan Credit Default Swaps (CDS), kepada jutawan2 ini.
Sekarang ni, semua spekulasi jadi benar, mereka dh janji akan bayar pada jutawan2 ini, kalau bon lingkup.
Masalahnya, dieorang ni, takder duit pon nak insuranskan bon2 berbilion2 ini. Mereka hidup atas duit bunga/riba sahaja.
Contoh termudah;  Untuk kereta,anda bayar insurans 800 euro tahun ni. Kereta anda tak tercalar sket pon.  Apatah lagi accident.
Anda pergi syarikat insurans,  bak mai duit aku balik 800 euro, aku tak  accident pun.
Mereka kater;” Mana buleh, ko dh bayar, rezeki akulah tu…dah2 aku nk gi holiday kat Malaisie nih..nak tutup kedai 2 minggu”.
Kalau semua kereta yg diinsuranskan accident macamna?
Lebih kurang gitulah…
Kerana tamak kepada leverage ini, bank2 kapitalis ini hancur…
AIG, haa, yg sokong MU mesti kenalkan, terpaksa dibail-out sebab dier insuranskan bon yg semua rugi dn tak dapat nk bayar balik .
Berbilion2…..
Paham??? MMC lagi ssah nk pahamkan?
Dalam post sebelum ni, ader orang tanyer camna nk selesaikan krisis ekonomi ni?Berkesankah cara Islam.
Saya ni, yang tak pernah belajar graf supply demand, manalah layak.
Tengoklah, saya cuba bagi pendapat saya, …. aper pon
Maulid Nabi : Antara Sejarah dan Amalan
Para sarjana sejarahwan Islam berbeza pendapat tentang tarikh sebenar kelahiran Nabi s.a.w. Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim hanya menyebut bahawa baginda lahir pada hari Isnin tanpa menyebut haribulannya. Sesiapa yang membaca karya-karya sejarah Islam yang besar seperti al-Bidayah wa al-Nihayah oleh al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) akan melihat berbagai pendapat tentang haribulan dan bulan kelahiran baginda s.a.w.
Bagi yang berpendapat baginda lahir pada Bulan Rabi’ul Awwal, mereka berbeza pendapat pula dalam menentukan haribulannya. Ada yang menentukan pada 8 haribulan, ada yang pada 9 haribulan, ada pula pada 12 haribulan seperti yang menjadi anggapan ramai, ada juga pada 17 haribulan dan seumpamanya. Di samping di sana ada pula sarjana Islam yang menyatakan baginda lahir pada bulan Ramadan dengan hujah-hujah mereka yang tersendiri.
Apa pun yang penting, sejarahwan Timur atau Barat, Utara atau Selatan tidak pernah berbelah pendapat tentang lahirnya seorang insan bernama Muhammad bin ‘Abdillah yang diikrarkan oleh umat Islam sebagai rasul terakhir yang diutuskan Allah. Hal ini berbeza dengan Jesus yang berada dalam gambaran Barat. Setengah ahli kajian mereka mempertikaikan tentang kelahiran Jesus itu sendiri.
Kelahiran Nabi s.a.w adalah peristiwa yang amat penting kerana ia peristiwa yang memulakan episod baru bagi kehidupan manusia sejagat. Penentuan haribulan atau bulan secara tepat bukanlah faktor utama. Tidak dapat menentukan tarikh lahir yang pasti, bukan bererti seseorang itu tidak wujud. Entah berapa ramai para nabi, tokoh, individu yang gagal dikesan tarikh kelahiran mereka, tetapi mereka wujud dan telah mewarnai sejarah.
Kegagalan sarjana untuk mengetahui hari dan bulan sebenar kelahiran Nabi s.a.w antaranya berpunca daripada tindakan para sahabah Nabi s.a.w yang tidak merayakan tarikh tersebut. Walaupun dalam sejarah Islam, merekalah generasi yang paling mencintai Nabi s.a.w namun mereka tidak membuat perayaan khas hari kelahiran baginda disebabkan kerana mereka tidak melihat baginda melakukan hal yang demikian.
Bahkan Ibn Kathir menceritakan bagaimana Saidina ‘Umar apabila dicadangkan permulaan tahun Islam dikira pada tahun kelahiran Nabi s.a.w, beliau menolaknya. Sebaliknya khalifah agung itu memilih tahun hijrah baginda sebagai permulaan kiraan. Bukan kelahiran tidak penting, tetapi hijrah adalah permulaan kejayaan dan sejarah perjuangan. Perkara yang paling utama buat seorang rasul ialah baginda diikuti, bukan sekadar dirayakan. Saban tahun orang Kristian Barat merayakan kelahiran Jesus, namun apakah kehidupan mereka sama seperti yang diajar oleh Jesus?
Hari berganti dan bertukar. Dunia Islam beralun dengan berbagai krisis politik yang akhirnya mencetuskan mazhab. Antaranya Mazhab Syiah yang asalnya merupakan mazhab politik, bertukar menjadi mazhab agama dengan segala macam aliran di dalamnya. Islam sepatutnya mencorakkan politik telah bertukar menjadi ‘politik mencorakkan Islam’. Lalu kefahaman agama dibina di atas blok-blok politik, bukan reka fikir politik itu diwarnakan oleh Islam. Maka perebutan kuasa berlaku atas agenda politik yang dimasukkan unsur Islam ke dalamnya. Maka berselerakanlah umat Islam akibat agenda politik berbagai aliran.
Di Mesir, Syiah Fatimiyyah pernah menguasai tampok kuasa. Berbagai agenda agama dilaksanakan dalam kerangka pemikiran mazhab politik yang bertukar menjadi agama. Berbagai perayaan agama dibuat dengan tujuan untuk mencapai matlamat politik yang tersendiri.
Dalam Fatawa al-Azhar diakui bahawa ahli sejarahwan Islam tidak mengetahui sesiapa pun yang memulakan perayaan Maulid Nabi s.a.w melainkan Kerajaan Syi’ah Fatimiyyah di Mesir yang mengadakannya secara besar-besaran. Mereka turut meraikan hari kelahiran tokoh-tokoh Ahlil Bait dan kelahiran Nabi Isa a.s. Kemudian pada tahun 488H dihentikan oleh Khalifah mereka al-Musta’la billah. Kemudian dihidupkan kembali oleh sesetengah kerajaan dan negeri. Demikianlah sejarahnya.
Ya, saya fikir, perasaan bersyukur mengenangkan sejarah kelahiran Nabi s.a.w dengan semangat untuk mengikuti baginda adalah wajar. Di samping kita perlu sedar fakta-fakta yang disebutkan tadi. Jika Bulan Rabi’ul Awwal ini dikatakan bulan kelahiran Nabi s.a.w, maka tidak salah untuk kita berceramah menceritakan sejarah perjuangan dan prinsip-prinsip Islam yang dibawa oleh baginda. Sama ada pada bulan ini atau selain. Sama seperti apabila kita melintas suatu tempat bersejarah, kita mengenang sejarah tersebut. Cuma janganlah kita ini menjadi manusia bermusim yang hanya mengenang rasul dan ajaran baginda pada hari-hari tertentu, tetapi kita seakan sudah tidak mengingati baginda selepas itu.
Di samping itu, hendaklah kita sedar, jika kita mengikuti Nabi s.a.w, maka pastikan kita tidak menokok tambah ajaran baginda apa yang baginda tidak izinkan. Baginda bersabda:
“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak” (Riwayat Muslim).
Oleh kerana baginda tidak pernah menunjukkan kita ibadah khas sempena kelahiran baginda samada solat khas, atau puasa khas atau bacaan khas, maka kita tidak boleh mengadakannya. Jalan yang patut diikuti dalam masalah ini adalah jalan para sahabah baginda s.a.w. Sabda baginda s.a.w:
“..Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak, dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak”. Mereka bertanya: “Apakah puak itu wahai RasululLah?” Jawab baginda: “Apa yang aku dan para sahabahku berada di atasnya”. (Riwayat al-Tirmizi dinilai sahih oleh al-Diya al-Maqdisi).
Perlu diingat, antara keistimewanya sejarah Nabi s.a.w kerana ia dapat dikenal pasti antara yang tulen dan tokok tambah. Ini berbeza dengan sejarah pengasas-pengasas agama dalam dunia ini yang hampir keseluruhan sejarah mereka dibina atas sangkaan atau perkhabaran yang tidak pasti. Ilmu hadis yang menapis sanad dan matan telah memelihara fakta sejarah nabi kita Muhammad s.a.w. Hanya sejarah yang pasti sahaja yang menjadi ikutan kita, bukan yang direka.
Kata al-Sayyid Sulaiman al-Nadwi:
“Sesungguhnya sirah yang berhak diikuti oleh manusia sebagai contoh yang baik dan teladan yang tinggi disyaratkan terlebih dahulu mestilah bersifat tarikhiyyah (sejarah). Adapun sirah yang tertegak diatas dongengan dan cerita-cerita khurafat yang tidak disokong oleh riwayat-riwayat yang dipercayai kesahihannya, adalah menjadi tabiat insan tidak akan terpengaruh dengan apa yag diceritakan kepadanya tentang sirah peribadi yang direka sedangkan sejarah tidak pernah mengenalinya” (Sulaiman al-Nadwi, al-Risalah al-Muhammadiyyah, m.s. 41, Saudi: al-Dar al-Sa`udiyyah).
Buku Maulid al-Barzanji yang banyak dibaca dalam masyarakat kita ketika majlis kenduri-kendara atau selainnya mempunyai sumbangan yang tersendiri. Banyak sirah yang sahih dicatatkan oleh penulis karya tersebut iaitu Ja’far bin Hasan bin `Abd al-Karim al-Barzanji (meninggal 1187H). Namun satu hakikat yang diboleh dinafikan dari segi ilmu hadis bahawa terdapat fakta-fakta yang tidak sahih dalam buku al-Barzanji tersebut. Antaranya, beliau menyebut:
“Telah hadirlah pada malam kelahiran baginda (Nabi s.a.w.) Asiah (isteri Fir`aun yang beriman) dan Maryam (ibu Nabi Isa a.s.) dalam kumpulan wanita dari syurga)”.
Tiada satu riwayat yang sahih daripada Nabi s.a.w yang mengakui peristiwa seperti ini. Sehingga seorang pengkaji sejarah Muhammad Muhammad Hasan Syurrab menyebut:
“Wajib kita berhati-hati ketika memetik dari buku-buku sirah terutamanya buku-buku sirah yang terkemudian. Para rawinya (periwayat) banyak menokok tambah cerita dan sirah Rasulullah. Mereka mengaitkan kepada baginda mu’jizat dan perkara-perkara luar biasa sejak kelahiran sehingga kepada kewafatan baginda dengan perkara yang tidak ada sanad yang boleh dipegang. Seakan-akan para rawi ini melihat tujuan penambahan perkara-perkara luar biasa ini untuk memberikan kepada Rasul a.s. mu’jizat-mu’jizat yang tidak ada pada para nabi sebelum baginda (Muhammad Muhammad Hasan Syurrab, Fi Usul Tarikh al-`Arab al-Islami, m.s. 84, Damsyik, Dar al-Qalam).
Kita semua bersyukur dan bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Namun kita wajib pastikan cara kita ikut dan faham mengenai baginda. Saban tahun banyak pihak yang meraikan maulid, apakah umat Islam bertambah dekat dengan baginda?
[Tamat Petikan]
* Artikel ini merupakan tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, diambil dari website beliau : http://www.drmaza.com
Pengalaman Saya Di Gaza Selepas Perang Israel-Palestin Januari 2009
Hati di dakap rasa sayu, dalam kelam malam mata saya merayap melihat kesan serangan bertubi-tubi regim, bangunan yang berserakan runtuh berantakan menyembah bumi.
Bangunan dan tembok bisu itu menjadi saksi akan kegilaan manusia zionis yang melakukan kerosakan di sepanjang zaman. Membunuh para Rasul yang diutuskan, memutuskan serta mengkhianati perjanjian, tanpa serik , tanpa ampun akan terus memerangi umat Islam.
Pada hari kami tiba juga, Israel telah melanggar perjanjian dengan melancarkan serangan udara di wilayah sempadan.
Kereta menghantar kami ke tempat penginapan diiringi dengan kawalan keselamatan yang rapi. Malam itu pertemuan telah diadakan oleh pimpinan kerajaan HAMAS untuk meraikan tetamu sekaligus memberikan taklimat terperinci keadaan Gaza terkini.
Saya memerhatikan air muka pimpinan ini sangat jernih, tawaduk namun ucapan mereka sangat bersemangat dan menyentuh perasaan apabila bercerita tentang halangan-halangan kepada keraajaan HAMAS.
Tangan–tangan menteri-menteri HAMAS juga kelihatan sentiasa mengitari tasbih melambangkan dekatnya hubungan mereka dengan Allah, apatah lagi mereka adalah sasaran utama Israel.
Malam itu kami tidur dalam keadaan separuh jaga, minda membayangkan serangan udara Israel, kelelahan yang menjalar dalam tubuh tetap tidak mampu untuk melenakan tidur.
Hawa sejuk yang mencengkam tulang sum-sum mengingatkan kami tentang bagaimana manusia Gaza yang tidur di dalam rumah yang terputus aliran letrik, juga yang bergelandangan tanpa rumah, ada di antara mereka yang menyalakan kayu api dan sampah terbuang untuk memanaskan diri seperti yang tertera di layar TV.
Manusia Palestin ini diajar untuk hidup susah kerana mereka adalah manusia pejuang , mereka bangkit untuk pengembalian tanahair yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam, demi Masjil Al-Aqsa yang disuruh berziarah oleh Nabi SAW.
Pagi di Gaza adalah pagi yang ceria, dengan kokokan ayam dan lantunan azan yang menggamit perasaan untuk berteleku di tikar sejadah.
Ya Allah ! Indahnya kebesaranMu. Umat Palestin yang dijerut dengan kesakitan dan kemiskinan yang membalut mereka dimana 80 peratus adalah di bawah garis kemiskinan masih mampu mengadapkan pengabdian kepadaMu.
Azan yang pertama di Gaza adalah untuk megejutkan warga kotanya untuk bertahajjud (mendirikan malam)  manakala azan yang kedua untuk panggilan solat subuh.
Manusia Gaza meletakkan pergantungan yang tinggi kepada Allah bagi melayakkan mereka mendapat kemenangan perjuangan mahupun untuk seni sebuah kematian-Syahid di jalan Allah SWT.
Saya difahamkan solat subuh di Gaza sangat meriah dengan jemaah dan Sheikh Ahmad Yasin juga telah terkorban syahid apabila keluar daripada masjid selepas solat subuh berjemaah.
Beliau dan pengiringnya ditembak dengan roket yang dilancarkan dari helikopter Israel.
Pagi tersebut, usai kuliah subuh bertemakan kejahatan Yahudi dalan Sirah, kami membuat persiapan untuk bergerak dan memaksimakan ruang masa yang ada.
Kami terpaksa bergerak dengan pantas kerana jadual yang amat padat, petugas protokol kerajaan dan unit khas keselamatan mendatangi tempat penginapan kami untuk membawa kami melawat Gaza dan mengadakan pertemuan dengan pimpinan kerajaan.
Van yang membawa kami meluncur berhati –hati di atas dada aspal jalan yang rosak akibat peperangan serta tanpa pembaikan semenjak dua tahun yang lepas akibat sekatan (sanction) oleh regim Israel.
Hawa pagi yang sejuk dan menyegarkan di Gaza adalah mendamaikan walaupun mata saya tidak terlepas pandang memerhatikan jika ada ‘unmen craft’ regim Israel di atas kepala.
Warga kota ini meneruskan kehidupan seperti biasa, anak-anak mula kembali bersekolah, jika berpapasan dengan kami mengangkat tangan berbentuk ‘v’ bukan bermaksud ‘peace’ tetapi simbolik kepada ‘kemenangan atau mati syahid’.
Tembok-tembok dan papan iklan gergasi juga dengan megah memaparkan poster para pejuang yang telah gugur syahid. Gambar-gambar ini adalah untuk menaikkan semangat yang lain untuk terus berjuang.
Di Gaza juga mereka bercerita tentang mayat-mayat pejuang yang tidak mereput malah berbau wangi, ini berlaku apabila mayat-mayat tragedi serangan ingin dikebumikan mereka membongkar kubur lama dan terpana apabila menemui mayat-mayat yang tidak reput!.
Keseluruhan ruang hidup mereka digegakkan dengan gema jihad.
Nasyid-nasyid bertemakan jihad dan perjuangan berkumandang dari corong-corong audio milik deretan kedai-kedai , bahkan nasyid jihad dan perjuangan menjadi nada bunyi telefon bimbit bagi pemuda-pemuda di Gaza, amat jauh berbeza dengan situasi ditanahair yang kita cintai anak muda kita dibius sarat dengan budaya porno dan hiburan popular yang memalingkan mereka dari Islam.
Pemandu dan pengiring (pegawai protokol) begitu obses untuk bercerita tentang perang dan kesannya kepada Gaza. Rumah-rumah, bangunan kerajaan, masjid, balai polis yang menjadi mangsa serangan liar zionis.
Pasar dan perniagaan kembali sibuk dengan pelanggan walaupun bekalan sangat terhad dengan harga yang mahal. Kami berhenti di sebuah pasaraya yang masih selamat untuk membeli keperluan untuk dihantar ke hospital dan juga khemah-khemah pengungsian.
Sampel barangan dipilih oleh Zulkifli Nani dan Zul Wahijan, kami memesan dengan jumlah yang banyak dan akan kembali semula mengambilnya apabila semuanya siap dibungkus beberapa jam lagi.
Kenderaan bergerak lagi, menuju kompleks Kementerian Sosial yang masih terselamat dalam serangan. Para pegawai kementerian menyambut hangat kedatangan kami, mengiringi ke bilik pertemuan.
Taklimat dan perkenalan tentang kesan serangan telah diberikan dengan terperinci oleh pegawai kementerian dan Menterinya.
Teman-teman rombongan begitu tekun mencatat butiran yang diberikan oleh Menteri iaitu Dr Ahmed el Kurd dengan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh pengiring.
Menurut beliau, angka rasmi yang hilang pekerjaan di Gaza ialah seramai 150 000 orang, manakala 3000 industri kecil dan sederhana terpaksa ditutup akibat sekatan Israel.
80 peratus penduduk berada dibawah paras kemiskinan (sebelum peperangan) dan meningkat selepas peperangan , seramai 5000 keluarga telah hilang langsung tempat tinggal.
Golongan inilah yang akan menghuni khemah sementara. Kerajaan Turki dibawah Erdogan telah berjanji untuk menyediakan seribu rumah pasang siap dan meminta kerjasama Mesir untuk membawanuya melalui Rafah.
Ini belum dikira dengan 20 000 rumah rosak teruk semenjak serangan. Kerajaan Turki setakat ini dilihat begitu sekali menjuarai isu Palestin, termasuk keberanian Erdogan meninggalkan sidang di Davos sebagai reaksi kemarahan beliau terhadap pemimpin Israel.
Pengganas Israel dengan angkuh dan kejam melakukan penyembelihan terhadap umat Islam Gaza, dalam satu kejadian sebuah rumah yang memuatkan seramai 40 orang telah dibunuh beramai-ramai termasuk kanak-kanak, sama seperti aksi pembantaian di khemah pelarian Shabra dan Shatila pada September 1982.
Binatang Yahudi juga dengan terancang mensasarkan masjid-masjid di mana sebanyak 45 buah masjid telah dilumatkan dengan bedilan letupan berkuasa tinggi.20 buah masjid yang lain rosak teruk akibat serangan.
Zionis amat menyedari tentang kekuatan Islam yang menjadi semangat jihad dan perlawanan dengan Yahudi , puncanya adalah masjid-masjid yang dimarahkan dengan solat berjemaah dan majlis-majlis ilmu.
Tarbiah ruhiah yang dipasak oleh Sheikh Ahmad Yassin menjadi begitu sebati dengan umat Gaza, masjid menjadi kilang tempat mencetak kader-kader pejuang HAMAS. Inilah jawapan mengapa Zionist begitu mensasarkan masjid-masjid di Gaza.
Menurut menteri Sosial lagi, regim penyangak Israel juga mensasarkan pejabat-pejabat kementerian. Antara yang paling dahsyat dihancurkan ialah Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab secara langsung dengan menyelia pasukan polis dan pasulkan keselamatan HAMAS.
Serangan mereka dengan skala besar-besaran telah mensyahidkan Menteri Dalam Negeri iaitu Saed Siyyam. Bangunan kementerian lain yang turut musnah teruk ialah Kementerian Pertanian, Kementerian Luar Negara, Kementerian Pertanian dan sebagainya.
Sebahagian besar balai-balai polis telah dimusnahkan dengan begitu teratur, ramai yang gugur sebagai syuhada.
Sekolah-sekolah turut dibedil seperti Sekolah Fakhoora di mana 45 orang pelajarnya telah gugur syahid.
Keadaan begitu terdesak bagi dunia membantu Gaza kerana kesan selepas perang juga akan berlaku seperti wabak penyakit akibat kekurangan air bersih dan gizi berkhasiat.
Fasa pertama bantuan ialah bantuan kemanusian seperti diusahakan oleh NGO-NGO kebajikan dan kemanusiaan manakala fasa kedua ialah membina kembali Gaza yang musnah.
Saya juga teringat dengan pertemuan dengan salah seorang pegawai penting kerajaan, Dr. A’ la’ supaya kami mengusahakan bantuan kepada pelajar–pelajar peringkat pengajian tinggi yang ingin melanjutkan pelajaran ke Malaysia terutama di Universiti Islam Antarabangsa.
Saya dan teman-teman berjanji untuk menyampaikan perkara ini kepada pihak berkenaan di Malaysia.
HOSPITAL AS SHIFA YANG DAIF
Di antara program menarik yang disusun ialah melawat hospital as Shifa yang teruk diserang oleh Israel semasa peperangan. Bedilan udara Israel turut membunuh pesakit termasuk tujuh orang yang dalam ambulan sedang dalam perjalanan ke hospital.
Berbekalkan hamper yang telah dibungkus lebih awal , kami menuju hospital dengan sedikit keterujaan. Dengan pergerakan yang agak pantas,kami memunggah hamper ke tingkat empat, turut membantu ialah abang Azlan dan Abang Khairil dari Global Peace.
Kelibat kami diperhatikan oleh begitu banyak mata, kebetulan hospital menerima begitu ramai tetamu terutama daripada saudara mara pesakit, juga lawatan dari pelajar-pelajar sekolah.
Pelajar-pelajar perempuan dari sebuah institusi pendidikan itu mengadakan lawatan dengan memberikan bunga daripada katil ke katil pesakit.
Kami bergerak dari pintu ke pintu bilik pesakit, kami ditemukan dengan beragam pesakit dengan pelbagai peringkat umur dan latarbelakang.
Ada bayi yang berusia lima bulan yang cedera, ada ibu tua yang di tak berdaya, ada pemuda yang putus tangan dan kaki, di sokong anggota badan dengan besi.
Allah sahaja Tuhan yang mengetahui kesakitan mereka. Namun pesakit yang dilawati tidak menyesal dengan takdir yang tercatat malah dengan bangga berkata,
“ kaki aku telah sampai ke syurga, namun aku masih disini,”
“ tangan aku telah terbang ke syurga” .
Mereka kelihatan bersemangat walaupun dalam keadaan sakit dan kehilangan. Saya merasa tertampar dengan kebesaran jiwa anak-anak muda ini, rasa begitu kerdil akibat cara hidup kita yang begitu sekali menyintai kehidupan berbanding kematian.
Hawa panas dalam relung hati akhirnya singgah ke pelupuk mata dan empangan kesedihan tidak dapat ditahan lagi, tidak ada anggota rombongan yang mampu menyim pan air mata apabila melihat kanak-kanak cedera dirobek peluru pengganas.
“ Kami akan bangkit dan akan terus berlawan demi al Quds, suatu hari nanti kamu akan datang bersolat di mihrab masjid al Aqsa”
Itulah lontaran kata-kata semangat dari pejuang ini walaupun badan mereka cacat.
Ada pesakit yang berlubang di kepala, ada yang melecur disambar bom beracun serta ledakan bom yang menggila, meratah jasad mereka.
Yang paling ngeri ialah kesan bom kimia fosforus yang meluruhkan daging mangsa-mangsa jika dibasuh dengan air.
Saya sangat bersetuju dengan pandangan seorang teman bahawa rakyat Palestin adalah mangsa ujikaji senjata amerika yang dibekalkan kepada Israel. Apa daya mereka dan kerajaan HAMAS selepas dua tahun cuba dikucilkan oleh Israel.
Jangan kata membeli senjata untuk pertahanan diri, alat-alat ganti kereta pun sudah dua tahun tidak dibenarkan memasuki Gaza.
Saya dan teman-teman juga mempunyai ingatan kolektif tentang pesakit kanak-kanak yang kami santuni.
Ketua misi, Zulkifli Nani membawa 5 barang permainan anaknya dengan pesanan khas,
“abah sampaikan barang Umar kepada anak-anak Palestin, juga salam dari Umar kepada mereka”
Antara kanak-kanak yang diberikan barang permainan itu ialah Atallah yang berumur lapan tahun.
Dia menguntum senyuman lebar apabila mendapat permainan ikan ‘jaws’, kanak-kanak daif ini telah melupakan seketika anggota badannya yang hilang dan cedera, kegembiraan terpampang jelas pada anak kecil ini, abang azlan yang mengucup kepala anak kecil ini, menyeka air matanya dari tumpah.
“ bayangkan jika anak-anak ini adalah anak kita, bagaimana persaan kita? Adakah kita akan diam dan tidak bangkit berlawan?’ kata Zulkifli wahijan.
Inilah jawapan kepada kita mengapa darah Yahudi zionis akan terus bersimbah melunaskan hutang yang sangat mahal bagi bangsa Palestin.
Begitu juga seorang bayi yang hanya berusia lima bulan bernama Yusuf (putih dan cantik), bocah kecil ini cedera namun beliau tidak menangis.
Mungkin jauh berbeza dengan anak-anak kita di Malaysia. Dengan deman yang sederhana pun sudah tentu akan menangis dan meraung. Saya tidak memahami bagaimana anak-anak sekecil ini dianugerah dengan segunung ketabahan, mereka telah dilatih untuk hidup susah.
Kami beruntung juga kerana Mr Kamal Shamy tidak betah untuk terus memberikan motivasi dan semangat kepada para pesakit-pesakit, kami berdoa ayat shifa’ dan terus memberikan harapan bahawa orang Palestin ialah manusia terpilih untuk memerangi Yahudi di akhir zaman ini yang juga mencirikan suasana hampir dengan kiamat.
JABALIEH YANG HANCUR LULUH
Rombongan kami dibawa melawat sebuah kawasan paling teruk diserang iaitu Jabalieh yang terletak dipinggir kota Gaza.
Kami mengangkut makanan yang dibeli dalam bentuk hamper makanan dan permainan kanak-kanak dengan menyewa sebuah lori.
Masih terkesan dalam benak saya bagaimana gayarupa penduduk di khemah pengungsian Jabalieh menyambut lori yang membawa bantuan, lori itu disambut bagai kepulangan perwira yang menang dimedan tempur.
Kanak-kanak dan remaja paling ceria menyambut rombongan kami, dengn penuh teruja bertanya kami,
“ kamu cina?”
“kamu dari Indonesia?”
Tanya mereka dengan soalan yang sama berulang kali.
“tidak , aku dari Malaysia!” jawab saya.
“ohh, orang Malaysia bagus dan baik”, spontan mereka membalas .
Jawapan itu nampaknya jujur dengan sorotan bening mata yang melambangkan kelaparan dan kepayahan
Kami dikerumuni, dipeluk dan disalami, saya terasa ada hawa panas yang menyelinap di dalam dada.
Bayangkan khemah kosong tanpa apa-apa barang keperluan, rumah mereka hancur. Yang tinggal hanya cebisan kenangan tentang kecantikan penempatan Jabalieh sebelum perang.
Lebih terharu ada warga pengungsian ini mempelawa kami singgah di rumah mereka. Kami menolak dengan sopan kerana majlis penyerahan barang bantuan dan taklimat tentang Jabalieh akan diberikan oleh pihak pengurus kem.
Majlis taklimat ringkas itu juga turut disertai oleh pihak RTM dan wartawan dari Malaysia yang telah pun hadir lebih awal ke lokasi. Kumpulan wartawan ini tiba sehari lebih awal daripada kami di Gaza.
Peranan mereka agak penting untuk melaporkan kesan peperangan dan jelas perang ini memberi impak yang besar kepada lanskap sosio politik di Palestin selepas ini, sekurangnya dunia Islam mula memberi perhatian kepada isu Palestin.
Palestin mula menjadi tajuk berita dengan lensa kamera mula sibuk merakam aksi serta kesan pembantaian dan keganasan Israel.
Selesai urusan serahan simbolik kepada pihak pengurusan kem, kami berpamitan untuk pulang.
Hari mula merangkak senja, tirai malam di kawasan Jabalieh akan ditutup dengan seribu sketsa kehidupan, minda saya berfikir apakah agaknya pakaian mereka akan mampu menahan hawa dingin.
Bagaimana mereka akan tidur tanpa ada alas tempat tidur. Apakah nasib mereka selepas ini akan disantuni oleh umat Islam atau cairkah hati pemerintah Mesir untuk membuka sempadan Rafah bagi membenarkan bekalan makanan dibawa masuk ke Gaza dan sekitarnya.
Bukankah Mesir di zaman Gabenor Islam, Amru al As telah membawa masuk makanan ke Madinah ketika Madinah mengalami krisis makanan sewaktu zaman khalifah Umar.
Hati terus bercakap lagi, di mana kepedulian kita sebagai umat Islam yang bersaudara?
Mengapa kita hanya berpangku lengan di saat Palestin menangis dan rawan hiba, bukankah sempadan kita adalah sempadan aqidah yang menjaring seluruh kekuatan kerana hubungan kita umpama jasad yang satu sebagaimana pesan baginda.
PALESTIN DAN PERGANTUNGAN KEPADA ALLAH SWT.
“ kamu sudah solat atau belum?” tanya seorang pegawai Keselamatan HAMAS di sempadan Rafah setelah kami melepasi sempadan Mesir.
“ sudah, tadi kami solat jamak” jawab ZulNani.
Dialog ringkas tadi menggambarkan betapa solat adalah tonggak utama dalam perjuangan Islam.
Sebagaimana yang tercatat dalam kisah generasi Al-Quran yang diasuh oleh Nabi SAW, sehinggalah pemimpin Islam iaitu salahuddin Al Ayyubi menawan kembali Palestin dengan memberi keutamaan kepada pejuang-pejuang yang bangun mendirikan malam di saat manusia lain diulit mimpi indah.
Budaya solat berjemaah adalah satu budaya penting yang mencirikan umat Palestin yang berjuang melainkan Palestin yang berpegang kepada fahaman Baath ( sosialis Arab), di sepanjang perjalanan Rafah, menyusuri Khan yunis sehinggalah Kota Gaza, kita akan mendapati banyak masjid di sepanjangnya.
Lantunan ayat-ayat suci Al quran akan diperdengarkan sebelum azan sehingga kita merasakan kedamaian dan keberkatan.
Laungan azan dengan mudah akan menghimpunkan manusia mukmin di Gaza, berbondong-bondong mereka datang untuk bersolat, juga di tempat lapang mereka akan bersolat berjemaah.
Begitu juga dengan budaya membaca Al-Quran di kalangan masyarakatnya. Teringat di hospital As-shifa Gaza, bagaimana pesakit-pesakit membaca al-Quran bagi mengisi masa yang terluang mereka. Mereka ghairah untuk membaca dan menghafal Al quran.
Dalam tunjuk perasaan yang diadakan juga kita akan melihat bagaimana pemuda-pemuda mereka akan menjulang Al-Quran, menandakan citra perjuangan mereka untuk mendaulatkan dustur ilahi.
Al-Quran telah digunakan untuk memotivasikan diri mereka. Teringat juga saya apabila menteri-menteri dan pegawai HAMAS bercakap mereka akan menyulami patah patah perkataan mereka dengan ayat-ayat Al quran.
Budaya berzikir juga amat ketara di bumi Gaza ini, satu fenomena yang ketara apabila kita melihat anak-anak muda, mahupun yang tua berjalan sambil membawa tasbih di tangan.
Budaya berzikir ini dengan tujuan merapatkan mereka dengan Allah SWT serta melahirkan pejuang yang berhati bersih.
Papan tanda dan peringatan–peringatan dalam pelbagai cara dibuat di tempat umum untuk mengajak masyarakat untuk berzikir serta mengingati Allah.
Kesannya amat ketara dan menguja akal, sekali saya melihat dokumentari bagaimana letupan yang membunuh ramai warga Gaza dan kebanyakan yang cedera parah mahupun yang syahid mengangkat jari tanda bersyahadah.
Mereka menyudahkan nafas terakhir mereka dengan mengucapkan kalimah paling baik.
Gaza dan Palestin akan saya kenang dengan sikap mereka yang memuliakan tetamu (ihtiram duyuf).
Dalam keadaan serba payah dan sukar mereka kelihatan sangat memuliakan tamu sebagai adab yang diajar oleh Nabi SAW, hadirlah di mana program berlangsung, kita akan dihidangkan dengan minuman atau makanan.
Mereka menyembunyikan rasa lapar mereka untuk menggembirakan tamu, apatah lagi apabila mengetahui kami daripada Malaysia (Parti Islam) maka lebih lagi mereka menjaga kebajikan dan keselamatan kami.
Dengan kekuatan unsur dan budaya beragama ini maka tidak pelik jika warga kota Gaza ini adalah merupakan penyokong tegar kepada gerakan HAMAS yang diasaskan oleh Syeikh Ahmad Yassin.
Rasa beragama ini tidak memungkinkan mereka menyokong FATAH yang berlatarbelkangkan fahaman kebangsaan Arab dengan kecenderungan sosialis.
- Ustaz Riduan Mohd Noor
Diperoleh dari http://tintajundi.wordpress.com/2009/02/19/saat-langit-berwarna-merah-saga-di-gaza/ dan dikemaskini oleh VLL.
Video Amateur Serangan Di Gaza Januari 2009
<object width="563" height="452"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/_DGLtsDivhA&hl=en&fs=1&color1=0x234900&color2=0x4e9e00"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/_DGLtsDivhA&hl=en&fs=1&color1=0x234900&color2=0x4e9e00" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="563" height="452"></embed></object>
Selalunya kita akan mendengar teriakan orang menangis dan bersedih akibat kematian dan kecederaan yang dialami oleh saudara kita.
Tapi berlainan di Gaza. Suara ALLAHUAKBAR, LAILAHAILLALLAH adalah kata-kata yang diungkap setiap kali diserang dan berada dalam kesusahan.
Kenapa ye?
Turunlah Menghadap Realiti Umat
“Ustaz, anak saya ni tak mahu dengar cakap saya. Saya merayu ustaz betulkan dia sewaktu program nanti…” kata seorang ibu yang menelefon rakan saya.
“Anak saya ni masalah dia satu je ustaz, pakwe keliling pinggang. Asyik nak bergayut (telefon) aje kerjanya. Bila ditegur mulalah tarik muka masam. Susahlah saya camni ustaz.”, kata seorang ibu kepada ‘the kids super model’.
“Assalamualaikum. Berapa saya perlu bayar untuk satu kepala?”, tanya seorang yang telah bergelar ayah.
“Setakat ini kami hanya caj RM200 untuk 4 hari 3 malam”, kata abang Nas yang selalu dipanggil ustaz oleh keluarga peserta kem motivasi untuk remaja itu.
Percutian musim panas yang lepas banyak saya habiskan untuk membantu rakan saya yang mengendalikan kem motivasi di kalangan remaja. Banyak pengalaman yang saya peroleh. Cerita-cerita pelik yang tidak pernah terlintas di fikiran saya juga turut kedengaran.
“Ish betul ke ni bang? Budak laki umur 16 tahun dah cabul kehormatan budak umur 5 tahun?” tanya saya kehairanan.
“Betul Min, abang dah buat kerja ni lama dah. Banyak budak-budak ngadu personally dekat abang kesalahan-kesalahan dia yang lalu. Depan-depan abang sendiri!”, abang Nas cuba meyakinkan saya.
Saya sendiri tidak dapat menerima setiap kata-kata abang Nas. Tambahnya lagi, pernah seorang budak perempuan berumur 17 tahun mengaku telah melacurkan diri semenjak dari umur 12 tahun lagi!
Astaghfirullah!
Lama saya terdiam memikirkan apa yang telah terjadi sebenarnya pada remaja Islam di Malaysia.
Dalam keadaan yang samar-samar tentang kesahihan ‘realiti’ tersebut, saya mengambil keputusan untuk meluangkan masa menyertai kem motivasi yang dianjurkan oleh abang Nas dan rakan-rakannya.
“Saya tak mahu jadi fasi ye bang. Biar saya jadi cameraman jelah sepanjang program,” awal-awal lagi saya mengelak dari mengendalikan sebarang aktiviti. Takut berjumpa dengan ‘realiti’. Bukan entiti ye. HuHu.
Bukan calang-calang orang yang menghantar anak mereka ke kem motivasi ini. Ada yang bergelar doktor, engineer dan berpangkat tinggi di kalangan masyarakat.
“Ni cucu pakcik, tengok-tengokkanlah dia ye,” seorang atuk berpesan kepada kami selepas menghantar cucunya.
Kagum saya dengan semangat mereka menghantar anak dan cucu masing-masing ke program ini. Berapa sahaja sanggup dibayar , asalkan sahaja ada perubahan pada diri anak-anak mereka.
RM200 untuk seorang bukan yang murah. Ada yang menghantar 3 orang anaknya sekaligus. RM600 ‘hangus’ untuk akhlak anaknya.
Ada yang datang dari Pahang, Terengganu, Kedah semata-mata untuk menghantar anak ke kem motivasi kami di Kuala Lumpur.
Selesai sahaja sesi pendaftaran, abang Nas dan rakan-rakan memperkenalkan kepada diri kepada adik-adik dan memberi sedikit taklimat. Dengan nada yang sangat mesra, adik-adik tersebut sangat selesa dengan mereka walaupun kelihatan masih malu-malu.
Tiba-tiba, abang Nas mengajukan satu soalan cepu emas…
“Siapa yang hisap rokok dan ada bawa rokok di sini. Boleh angkat tangan?”
Masih tiada yang ingin mengaku.
“Takpe. Mengaku je. Abang Nas tak marah. Abang Nas nak tahu je…” hebat ayat psycho abang Nas kali ini.
Saya yang sibuk menangkap gambar dari belakang peserta, mula nampak tangan-tangan perokok kecil dijulang ke atas. Adalah dalam 4, 5 orang dalam 40 orang. Semuanya lelaki.
“Hmm pas mal,” bisik saya seorang diri.
Nasib baik takde perokok perempuan. Kalau tidak, mungkin saya akan sakit kepala lagi memikirkan rasional tindakan budak itu merokok ketika masih kecil.
Selepas itu, kami solat bersama dan makan bersama. Dari tindakan dan wajah mereka, langsung tidak kelihatan yang mereka ini anak-anak yang bermasalah. Taat dan baik. Kebanyakannya masih kecil dan comel-comel seperti hamster.
“Hmm, sesi kali ini budak-budak baik kot yang datang,” saya cuba membuat kesimpulan sendiri dari pandangan luaran.
Malam itu saya pulang ke rumah. Saya tidak ingin mengganggu perjalanan program tersebut. Biarlah yang pakar yang melakukannya.
Kalau saya ada, mungkin akan mengganggu suasana program tersebut. Lagipun, melihat kepada peserta yang ada, rasanya tiada kes yang luar biasa yang menarik perhatian saya untuk tahu dengan lebih mendalam.
Hari terakhir, saya datang semula.
“Camne bang? Okay?” tanya saya pada abang Nas.
Abang Nas hanya diam sambil mengajukan isyarat supaya saya melihat sendiri keadaan peserta sendiri. Kebanyakan mereka kelihatan gembira. Namun, kelihatan juga ada yang sedih.
Program penutup berlangsung dalam suasana hiba. Maklumlah, perpisahan. Nangis-nangis budak-budak tu peluk abang Nas dan rakan-rakan. Saya pula sibuk merakam adegan-adegan sedih.
Kebanyakan antara mereka juga berlari mendapatkan ibu bapa masing-masing. Ibu bapa turut rasa terharu.
“Adik kenapa nangis ni?”, saya mendekati seorang peserta kecil dengan sedikit sifat keibuan yang ada dalam diri lelaki.
Budak itu tidak menjawab dan terus menangis. Rupa-rupanya keluarganya masih belum tiba. Saya tak mampu berbuat apa-apa melainkan duduk berdekatan dengannya sambil mengambil gambar.
Sesudah semua orang pulang, saya duduk bersembang dengan abang Nas yang kelihatan sangat penat.
“Boleh tahan juga budak kali ni,” abang Nas seakan-akan mengeluh dalam kepenatan.
Mata saya pula terpandang pada kertas-kertas yang ada. Antara yang sempat saya baca…
Perkara yang paling teruk saya lakukan ialah berci_m dengan makwe saya. Pada waktu itu mak ayah takde kat umah. Saya peluk dier sambil baring tengok tv sama-sama. Kami ponteng sekolah dan tengok astro di rumah. Heheheh. Abang Nas jangan btau sesape ye. Sekarang saya rasa menyesal dan tak nak buat lagi. – Rafruddin, 10 tahun
Saya selalu mencuri duit mak saya sewaktu kecik. Waktu itu mak saya takde kat bilik. Paling banyak saya ambik ialah 200 ringgit. Bila mak tanye sapa ambik, saya cakap saya tak tau. – Izdingha, 9 tahun
Karangan mereka penuh satu kertas A4. Penuh dengan pengakuan berani mati!
Cukuplah dua contoh pengakuan saya nyatakan di sini. Kalau saya nyatakan semua, nanti takut ada budak-budak di VLL ni baca dan nak cuba pula.
Semuanya perkara yang cukup memalukan! Tidak pernah terlintas di fikiran kita budak-budak masih belum bersekolah menengah sudah pandai melakukan perbuatan buruk seperti ini!
Itu baru melibatkan budak  lelaki. Ada lagi kes yang melibatkan remaja perempuan yang dahsyat-dahsyat. Karangan yang mereka tulis sudah cukup menyakitkan kepala saya memikirkan realiti remaja Malaysia zaman sekarang.
Yang perempuannya lebih kepada masalah seks dan memberontak pada mak ayah.
Ini baru kes budak perempuan sekolah rendah! Sudah terlibat dengan segala yang bersangkut paut dengan seks? Yang sekolah menengah nya apa cerita pula?
Luarannya nampak okay. Tapi di sebaliknya, oh my god!
Sebelum balik, saya menghampiri seorang pakcik yang kelihatan agak tua sedang berborak dengan abang Mi, rakan abang Nas.
“Ustaz, kesian saya tengok dia ustaz. Saya ambil dia dalam keadaan….” pakcik tersebut hiba dan tak dapat meneruskan percakapannya.
Abang Mi hanya diam. Cuba menjadi good listener.
“…. baju dia koyak ustaz dari leher sampai ke pusat. Antara pakai dan tak je, ustaz. Bertompok-tompok hitam, kena cucuh dengan rokok. Kaki dan badannya banyak calar-calar. Bapak dia pukul dia hari-hari ustaz…”
“… saya tak sampai hati tengok dia, ustaz. Waktu saya ambik dia, dia diam je ustaz. Macam dah tak berperasaan. Dah trauma!”
“Saya cuba bela dia, ustaz. Tapi saya risau kalau saya dah takde lagi nanti, dia macamana, ustaz?”
Saya dan abang Mi tidak dapat berkata apa-apa. Masing-masing sedih mendengar pengakuan penjaga yang sudah berumur tersebut. Dari raut wajah memang sudah berusia 60an.
Menangis-nangis dia menceritakan nasib budak itu. Pertama kali saya tengok di depan mata aksi seakan-akan ‘Bersamamu TV3′.
Inilah realiti…
Apabila individu sudah jauh dari nilai Islam. Keluarga turut hancur. Anak-anak menjadi mangsa. Anak-anak yang tidak terdidik dengan nilai Islam akan mendirikan lagi keluarga yang turut hancur.
Hasilnya, masyarakat hancur secara istiqamah.
Lihat juga pada diri kita sendiri. Adakah kita produk dari didikan ibu bapa yang islamik ataupun tidak?
Atau apabila sudah besar, baru tersedar….
“…oh, jahiliyyah nya aku sebelum ini!”
Jujurnya, saya dididik dengan baik oleh mak ayah saya. Alhamdulillah keluarga saya adalah keluarga yang islamik.
Namun, masih banyak yang perlu diperbaiki. Masih terdapat kekurangan mereka pada hemat saya. Nilai Islam yang diterapkan harus menyeluruh. Bukan pada baca Quran setiap hari, solat 5 waktu tak tinggal, buat baik pada semua orang sahaja.
InsyaALLAH, kekurangan itu akan menjadi teladan buat diri saya.
Untuk anda yang telah sedar dan keluar dari jahiliyyah, saya ingin mengajak anda supaya turun ke dunia realiti. Alami dan berhadapan sendiri dengan masalah-masalah umat. InsyaALLAH banyak pengajaran dan pengalaman yang akan mematangkan kita.
Salah satu tempat untuk belajar ialah dengan menjadi sukarelawan dalam program-program motivasi remaja bermasalah.
Teori tidak banyak mengajar. Jika hanya dengar-dengar sahaja, impaknya tidaklah sangat berkesan. Alamilah sendiri, barulah menarik dan feel nya lain.
Kalau kita dengar orang bercerita tentang anak yatim dengan kita sendiri pergi ke rumah anak yatim, jauh bezanya.
Jadinya, cuti musim panas yang akan datang, rancanglah percutian anda untuk turun menghadapi dunia realiti. Alami dan berhadapan sendiri dengan masalah umat.
Akhir sekali pesan saya, jika anda sudah mendirikan rumahtangga nanti, didiklah anak dan isteri/suami anda dengan Islam yang syumul. Bukan Islam tradisi. Bukan Islam solat, puasa, zakat dan pergi haji setiap tahun sahaja.
Bentuklah keluarga Islam. Keluarga Ghuraba’. Strangers! Dalam bahasa Melayunya, makhluk asing! Ha Ha Ha.
The Untold Story
As a Gazan journalist who is devastated by the holocaust the Israel army is perpetrating against us, I find myself at loss.
The list of horrendous crimes committed by the Israeli army against Palestinians is endless and the crimes are countless.
Should I write about the 45 evacuees who were massacred in their refuge at the United Nations-administered al-Fakhoura school?
Should I write about the most horrifying crime when Red Cross personnel found four starving children who had spent four days with the dead bodies of their mothers and other relatives in the ruins of a house in the al-Zeitoun neighborhood?
Should I talk about the mass killing of the al-Dayaa family when 15 family members were killed when a “smart” bomb gently hit their five-story building?
What about the sadistic crime when the father of the al-Samuni family was executed before his wife and children?
Or the carnage committed against the extended al-Samuni family when 29 members of the clan were concentrated in one house which was bombed and collapsed on top of them, killing them all?
These and so many other crimes have already been documented by Amnesty International and other human rights institutions.
Many more are still untold stories. I can tell one story with my own words and my own camera — that of eight-year-old Louay Sobeh.
Little Louay could not know what this war had in store for him or his family.
About a week ago Louay and his family fled their house in Beit Lahiya town in northern Gaza.
They were under heavy Israeli artillery fire as the Israeli army invaded the area at the outset of Israeli ground military operation. Sorrowfully, Louay started to narrate what he witnessed:
“Israeli shells started to rain down beside my house in northern Gaza. Rockets started to get closer to my house and many people were killed.
My house got some shrapnel and part of rockets. Then, my grandmother and my family fled to Jabaliya where we sheltered in one of the [Untied Nations] schools.
We stayed for three days where it was very very cold. When we fled our house in the night we didn’t bring any luggage or clothes or food.
My father, brother and other family members decided to go back to our house in the north to bring some clothes and food.
We went early in the morning by car then all of a sudden people beside our car started to run left and right.
I heard explosions and I felt as if I were flying in the sky. And I found myself in the hospital.”
The Israeli bombing of Louay’s father’s car killed one of his brothers and injured others. The shocking fact is that Louay still doesn’t know is that he lost his eyesight completely.
He will never be able to see the light again! His grandmother was beside him trying to make him feel better. He still doesn’t know that his brother was killed.
Before I left his room Louay told me, “I hope you visit me again and you will go with me to take footage and photos of the place where the car was hit.
I will also make a scene for you about how I flew. But I need you to help me recover quickly so I can go to school again and play with some of my friends.
I don’t know if they are alive or not.”
I was shocked by his talent and affected by his words. It’s very brutal when a child like Louay becomes a victim for no reason.
There must be a way for Louay and all the children of Palestine to have peace and rest, instead of the fire and hell they have witnessed.
Louay is one of the lucky ones: he is expected to be taken to Saudi Arabia to receive medical treatment sponsored by the Saudi king.
For too many children such aid is too late and it still won’t bring the light back to Louay’s eyes.
Source : GazaToday , Sameh Akram Habeeb
Sameh A. Habeeb is a photojournalist, humanitarian and peace
activist based in Gaza, Palestine. He writes for several news websites on a freelance basis.
Adik, Abang dan Nenek
Melihat gambar-gambar yang jarang dipaparkan di media massa, membuatkan hatiku berasa sedih dan pilu.
Biarpun mereka berdarah Arab dan aku berdarah Melayu, namun persaudaraan Islam membuatkan aku berasa mereka seperti ahli keluargaku sendiri. Tiada beza.
Abang sedang membawa adikku yang dibom tentera Zionis. Adik sudah tidak bermaya lagi untuk membuka mata. Darah berlumuran. Aku di sini hanya mampu melihat abang bersusah payah membantu adik yang cedera parah.
Sehingga kini, aku sendiri tidak tahu adik masih hidup atau tidak. Khabar dari abang di Palestin juga tidak aku ketahui. Entah hidup atau tidak.
Ini pula nenek ku. Rumah nenek juga dibedil zionis. Halaman rumah dulu yang bersih, telah kotor dengan serpihan-serpihan bangunan. Nenek sudah keseorangan di sana.
Aku tahu nenek sangat uzur, hendak berjalan pun terpaksa bertongkat. Alangkah baiknya kalau aku dapat bersama nenek. Biarpun aku tidak tahu berbahasa Arab seperti nenek, sekurang-kurangnya perbuatan aku membantu nenek dan sentiasa berada di sisinya membuatkan dia tabah menghadapi dugaan ini.
Tapi, apakan daya. Aku sendiri terperangkap di sini. Duit biasiswaku yang banyak langsung tidak dapat membantu aku untuk pergi ke rumah nenek. Aku ingin ke Palestin untuk membantu nenek…
Ini pula adik-beradik ku yang lain. Hanya aku seorang sahaja yang tidak berada di situ. Seorang adikku diangkat oleh tentera Zionis setelah ditembak. Darah berlumuran di bajunya. Aku hanya dapat memerhati dari Perancis.
Adik-beradik ku yang lain hanya mengikut sahaja arahan tentera Zionis untuk duduk menghadap ke dinding. Tiada apa yang dapat mereka lakukan. Aku tahu mereka semua bakal dipenjarakan oleh tentera Zionis.
Di sana, telah ramai adik-beradikku dimasukkan ke dalam penjara kanak-kanak. Satu-satunya penjara di muka bumi ini yang menempatkan kanak-kanak. Apa manfaatnya pun sehingga kini aku tak ketahui.
Apalah yang dapat aku lakukan di sini untuk menolong ahli keluargaku ini?
Berusrah, berdoa, qunut nazilah, menulis, memboikot, solat hajat, beri tazkirah, menderma, semuanya telah ku lakukan. Namun semua itu masih belum dapat memenuhi kehendak hatiku untuk menolong secara langsung ahli keluargaku di sana.
Hatiku juga sedih melihat ahli keluarga di sekitarku tidak menghiraukan ahli keluargaku di Palestin.
Mereka pergi membeli-belah di Perancis dan bersuka-ria di saat adik dibunuh, abang ditangkap dan nenek sangat sedih dan tidak bermaya di Palestin.
Tulisanku sebelum ini membuatkan mereka terhiris dan terasa. Namun, bukan itu niatku. Itu caranya aku menzahirkan kesedihanku. Mungkin aku tersilap. Maafkanku wahai ahli keluargaku di Perancis. InsyaALLAH selepas ini aku tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.
Apa lagi yang mampu aku buat untuk membantu keluargaku di sana?
Sehingga kini, aku tiada jawapannya.
Aku masih kuat dan sangat mampu membunuh kembali Zionis yang membunuh ahli keluargaku itu.
Satu hari, anak usrahku bertanya kepadaku,
“Kalau diberi peluang untuk pergi ke Palestin, nak ke kau pergi sana?’
Aku menjawab, “Ya!’ tanpa berfikir panjang.
Kerana itulah satu-satunya cara untuk memuaskan hatiku menolong ahli keluargaku di sana. Biarpun aku akan mati ditembak Zionis. Sekurang-kurangnya hatiku puas, dapat berperang secara langsung dengan musuh ALLAH. Hatiku puas terpilih sebagai tentera yang syahid mempertahankan agama ALLAH.
Namun, semuanya kelihatan sangat mustahil…
Aku hanya masih mampu di sini, di dalam bilik yang selesa. Makanku cukup dan lazat. Tidurku lena di dalam selimut tebalku. Pakaianku cukup untuk membuatkan ku selesa di musim sejuk ini.
Sedangkan adik ku telah mati ditembak. Abangku diseksa Zionis di dalam penjara.
Nenek ku entah tidur di mana setiap hari…