Browsing Category »Tips«

  • Selamat datang ke France! Bienvenue!

    adik4 Comments

    airline_15_148

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Tahniah kepada batch PF7 yang akan fly pada pertengahan April ini. Kami di VLL amat mengalu-alukan kedatangan kalian semua.

    Atas rasa tanggungjawab, rasanya perlu kami sampaikan perkara penting sebagai panduan sebelum fly kepada kalian semua.

    Okay, jom bersoal jawab!

    Click to continue reading “Selamat datang ke France! Bienvenue!”

  • PF7, Aix dan Toulouse

    Assalamualaikum,
    Bertemu lagi kita di minggu khas pelajar PF7. Kali ni sukalah pulak aku nk ceritakan tentang Aix dan Toulouse.

    Aix

    Aix merupakan sebuah bandar yg aman dan kecil. Terletak kira-kira 30minit dari Marseille dan 20minit dari kawasan pusat membeli-belah. (menaiki bas) Pengangkutan utama di Aix ialah bas, sama seperti di Toulon. Universiti Aix sgt terkenal. Dan di sini, pelajar-pelajar byk didedahkan dengan Bureau de Methode dan concours utk memasuki ecole. Walaubagaimanapun, silibus pelajaran adalah sama kerana GMP merupakan program national.
    Aix merupakan bandar pelajar. So, korang mmg akan biasalah jumpa foreigner dekat Centre Ville. Bilik-bilik di Aix berukuran dlm 9m persegi. Di dalam bilik hanya terdapat sinki dan perabot asas. Sekiranya ingin membuang air, mandi dan masak, setiap floor ada disediakan bilik khas. Di dalam bilik tiada peti sejuk, tetapi ada heater(percuma). Hehe.
    Suhu di Aix lbh sejuk berbanding Toulon dan Nice. Walaupun sejuk, ianya tetap nyaman. Kalau di detailkan lagi, bandar Aix selalunya mmg sesak dgn pelajar. Di sini segalanya ada. Dari segi pakaian hinggalah ke perkakas rumah. Bekalan makanan halal juga sgt mudah di peroleh.


    Toulouse

    Toulouse terletak kira-kira 4-5jam dari Toulon menaiki tren. Berhampiran dgn Montpellier. Di Toulouse byk bunga matahari dan pemandangan sgt indah. Ada sungai kat sini. Bagi aku, Toulouse adalah bandar modern. Terdapat metro(keretapi bawah tanah) dan bas. Bandar Toulouse terkenal dgn bangunan yg bewarna pink. ( tp aku rase takdelah pink sgt pun) :P Toulouse pada asalnya dibangunkan khas utk pendidikan bidang aeroangkasa dan aeronautik. Sewa rumah juga berpatutan. Sekarang ni senior MFI belum ada di sini, tetapi jgn risau, senior-senior lain ada. 2 org lelaki dan perempuan mmg ramai. Toulouse lbh kurang macam Aix, sgt ramai dgn student. So, harap-harap info aku bagi ni dpt membantu korang.

    Bahagian penting :
    Apa-apa pun pemilihan korang, mesti yakin ketika jawab. Sekiranya betul ingin Toulon atau Nice atau Aix sbg lokasi belajar, harus keluarkan hujah-hujah yg korang minat sgt nk sambung belajar kat sini. Aku harap keputusan ini biarlah korang yg tentukan, bukan lecturer. Sbb sekiranya korang lepas 10, seharusnya korang semua layak utk fly dan memilih lokasi tanpa ditentukan oleh pihak lecturer.
    Nasihat aku, di mana-mana kalian berada, ilmu tu sama hebat dan sama taraf. Kita je yg mencorakkan mcm mana status kita bila berada di bandar itu. Kalau pergi ke Harvard pun tetapi malas, mmg takkan berjaya. Kan ? Hehe.
    Good luck and all the best. May Allah be with you. InsyaAllah.

  • Buat pelajar PF7 (Suite)

    Assalamualaikum,

    Haha, kali senior Nice yang baik-baik belake pulak nak share something ngan korang.

    Bismillahirrahmanirrahim,

    Salam semua, apa khabar? Rindu lah pulak kat Malaysia :D

    Kali ni, saya cerita sikit pasal bandar Nice di Selatan Perancis.

    Nice ini adalah suatu bandar yang kecil kalau nak dibandingkan dengan Paris, Lyon dan Marseille.

    Dari segi topologinya, Nice merupakan suatu kawasan yang meliputi kawasan berbukit bukau dan tanah landai yang bertemu lautan Mediterranée. Di belakang ada gunung, di depan ada laut. Pantai Nice tak berpasir dan tak panjang seperti pantai di Malaysia. Dari segi cuaca pula, cuaca di sini agak sejuk dalam semua musim kecuali dalam musim panas. Kalau di Malaysia, walaupun panas tapi berangin. Di sini, sebaliknya pula yang berlaku. Panas dan kering. Itulah yang sedikit menyeksakan kita yang berpuasa di sini. Kalau PF7 yang baru sampai di sini waktu summer nanti, memang rasa macam di Malaysia :D

    Memandangkan Nice ni bandar pelancongan, memang tak hairanlah kalau tersempak dengan orang-orang yang datang dari serata dunia. Kalau bertuah, boleh jumpa orang Melayu. Rombongan Cik Kiah la katakan :D Dan pada musim panas, Nice ni akan dipenuhi oleh pelancong, macam orang pergi haji di Mekah :D

    OK, itu dari segi geografi dan imigrasi.

    Dari segi suasana Islamiknya pula, Nice ni boleh dikatakan sebagai bandar masyarakat Arab. Yes, orang Arab tersangat-sangatlah ramai di sini. Mereka datang dari pelbagai negara Islam, baik dari Afrika mahupun Eropah. Ada yang datang dari Algeria, Tunisia, Maghribi, Rusia, Albania, Senegal, dan banyak negara lagi. Dan bila ramai orang Arab, makanan halal pun senang nak jumpa. Rasanya lagi susah nak jumpa kedai daging non-halal dari kedai daging halal :D Di Nice ada 35 buah masjid dan surau. Antara yang kami selalu pergi adalah salle priere di centre ville, Masjid Ar-Rahma di timur Nice, Masjid Madeleine di Madeleine, salle de priere Cité di hostel student dan Masjid La Vallière di La Vallière, berdekatan dengan airport Nice.

    Kalau nak lepak, korang jangan risau. Kebiasaannya rumah keluarga angkat dan asrama pelajar pelajar Malaysia berdekatan dengan centre ville. Masjid ada, shopping complex ada, tempat main bowling ada, tempat bersukan ada, ini ada, itu ada. Senang kata, macam-macam ada… Memang best la duk Nice!

  • Buat pelajar PF7

    Assalamualaikum buat semua,

    Apa khabar, semoga dlm keadaan sihat sentiasa. InsyaAllah. :D Kali ni VLL tulis artikel khas buat kawan-kawan yg berada di MFI yg bakal berhadapan dgn interbiu. Mesti korang semua tgh peningkan? Tak tahu nk jawab apa dpn penemuduga. Selain nk bagi tips-tips, nk juga kongsi tentang bandar-bandar yg bakal korang datang nanti. Artikel kali ni nk cerita pasal bandar Toulon dulu lah. Hehe.

    Click to continue reading “Buat pelajar PF7″

  • Bonne Rentrée

    Assalamualaikum

    Rasanya belum terlambat utk ucapkan bonne année dan bonne rentrée kepada semua pembaca VLL.
    Dan sempena musim buka semester baru nih. VLL nak berkongsi sedikit tips-tips belajar yang dikongsikan oleh beberapa pelajar yg dah ‘senior’ (macam tua plk bunyinya.. hehe) di France nih.
    Semoga dapat dimanfaatkan bersama-sama.

    1. Cuba fahamkan terus apa yang kita belajar dikelas, tanya prof bila kurang faham supaya nanti bila dah balik , tinggal nak ulang kaji dan buat latihan sahaja.

    2. Cuba buat semua latihan yang prof suruh walaupun tak faham, sekurang-kurangnya kita dah cuba utk buat dan pada masa yang sama kita dah ulangkaji. Dan nanti bila bincang dalam kelas kita akan lebih mudah faham sebab kita dah cuba buat.

    3. Belajar untuk menyusun kerja. Selesaikan kerja yang lebih tinggi prioritinya, contohnya selesaikan latihan sebelum belajar cours. Untuk itu, gunakanlah agenda. Catatkan setiap hari apa perkara yang perlu diselesaikan dan kemudian tandakan nombor ikut prioriti dan tandakan kerja yang telah selesai.

    4. Selepas setiap ujian, cari orang yang dapat markah yang paling tinggi markah dalam kelas, pinjam kertas ujian dia dan photostat kertas dia. Cuba untuk buat balik ujian tuh dan kalau ada yang tak boleh buat, tandakan dan tanyakan pada prof.

    5. Adalah penting untuk buat soalan-soalan annales (soalan ujian tahun-tahun lepas). Kalau yang ada senior tu pinjam dan photostat kertas ujian tahun lepas.

    6. Bila buat TD , jangan padam kalau jawapan kita salah, sebaliknya tambahkan sahaja jawapan yang betul. Kita belajar dari kesilapan, kalau padam nanti mungkin kita lupa salah kita dan ulang balik.

    7. Tanya prof bila ujian. Supaya mudah kita susun jadual bila nak ulangkaji apa. Kemudian, displinkan diri untuk ikut jadual.

    8. Ketika ulangkaji, tutup computer. Mudah nak fokus.

    9. Selesaikan semua latihan dan kerja secepat mungkin, tapi bukan gopoh. Sifat bertangguh tu kene buang. Kalau ada banyak sangat kerja, buat ikut prioriti. Setiap hari lepas kelas, buat to do list dan tampal dimeja belajar supaya tak ada kerja yang tertingal.

    10. Cuba untuk buat TD yang dah buat sekali lagi seolah-olah macam nak hafal tapi bukanlah hafal sebab masa ujian tak akan keluar soalan yang sama. Masa buat tu pulak, cuab buat seolah-olah dalam ujian, letakkan masa supaya kita terbiasa laju dalam dalam berfikir.

    So, alhamdulillah, setakat ni je tips² yang mampu dikongsi. Kalau ada sesiapa yang mahu berkongsi tips-tips yang lain, sangat dialu-alukan. Dan jangan lupa berdoa ye.

    Terima kasih.

  • Assalamualaikum,

    Sekarang ini, hampir kesemua pelajar di Perancis cuti 2 minggu. Ada juga yang cuti sebulan. Best betul. HuHu. Namun sebenarnya, cuti juga boleh membunuh kita. Kadang-kadang tu, masa cuti kita banyak kita habiskan dengan kehidupan malas dan berlengah-lengah. Hingga membuatkan kita terbawa-bawa sikap itu apabila kita telah mula belajar kembali.

    Takpun, bila dah nak habis cuti, tekanan mula datang apabila memikirkan tentang banyak kerja-kerja sekolah dan peperiksaan yang bakal menjelang. Kesian..

    Sepatutnya sewaktu musim cuti ini, kita akan dapat menjalani hidup kita dengan tenang. Tidak seperti sewaktu musim pembelajaran bermula. Agak-agaknya macam mana ye nak dapatkan cuti yang best?

    Click to continue reading “7 Tips Untuk Memperoleh Cuti Yang Bermakna”