
Assalamualaikum,
Ustaz tengok ramai pembaca VLL tengah layan entry cinta di sini. Ustaz tak pandai cerita tentang cinta. Bab-bab cinta ni, ustaz serah ke akhi Habib lah. Ustaz nampak dia handal dalam bab kasih sayang ni.
Kali ini, ustaz saja nak ambil perhatian pembaca VLL mengenai isu Palestin. Selalu bila kita dengar orang cerita pasal Palestin je, kepala kita rasa berat dan tak larat nak fikir tentang masalah ini.
Jangan risau.
Ustaz nak cerita ringan-ringan je. Sambil makan pun boleh baca cerita ustaz ni. Tak perlu tension. Senyum sikit…
Ustaz nak beritahu, hari ini (Rabu, 28/1/2009) Israel dah bom sempadan Mesir dan Palestin pula. Penipu kan Israel ni? Kata nak buat gencatan senjata. Ish Ish Ish.
Ha? Macam mana ustaz tahu pasal berita tu? Senang je. Ustaz baca beritalah.
Kita kena tahu pasal saudara kita di tempat lain. Ustaz nak ajak pembaca VLL selalu membaca berita mengenai Palestin. Ustaz cadangkan empat website ni :
1. InfoPalestina.Com – Info Mengenai Palestin berbahasa Indonesia.
2. Palestinkini.Info – Info Mengenai Palestin berbahasa Melayu.
3. MaanNews.Net – Info Mengenai Palestin berbahasa Inggeris.
4. Alqassam.Ps – Info Mengenai Palestin berbahasa Arab dan Inggeris.
Dalam banyak-banyak website ustaz senaraikan ni, ustaz paling suka baca website InfoPalestina.Com . Bukan apa, cerita dia selalu update dan ustaz banyak jumpa cerita yang menarik. Nanti ustaz cerita ye apa yang menarik.
Kalau ustaz nak tahu berita pelik-pelik sikit, ustaz buka AlQassam.Ps . Itu website Brigade Al-Qassam, tentera HAMAS di Palestin.
Ustaz bukan nak promote. Cuma baru-baru ini ustaz kesian dengan kawan ustaz yang nak tahu pasal Palestin, tapi dekat surat khabar Malaysia takde sangat. So ustaz kongsikan website ni untuk pembaca VLL ye.
Agak-agak kenapa ye kita kena tahu berita mengenai Palestin? Haa, fikir-fikirkan dulu. Nanti ustaz cerita pada masa akan datang. Jangan marah.
Senyum sokmo…


salam perkenalan ustaz,
ustaz ni asal dari mana ye? cara ustaz senyum best, ada gaya tersendiri
semoga Allah tolong saudara² kita di Gaza dan insyaAllah kita sama² laksanakan tanggungjawab kita di sini.
merci bcp ustaz untuk link² website tersebut.
Waalaikummusalam the_caliph.
HeHe ada-ada je enta ni.
Ustaz asal dari Kuala Lumpur. Alhamdulillah.
Manfaatkan ya website yang ustaz bagi tu.
betula… tengok muka ustat… tenang je hati..
tp bila baca website² yg ustat berikan tu..
Ya Allah, rasa tak tenang terus… Br tgk gambar abgku putus kepala…
Hmmm… sedihnye… =(
salam..
jzkk ustat..
best²..
kedtgan ustat ke rumah VLL kami ni sgt kami hargai..
kalau ade masa, harap ustat boleh kongsi ilmu dgn kami lagi ye..
insyaAllah..
jzkk ustat..
Waalaikummusalam abang. Barakallah.
InsyaALLAH jika ustaz diberi kelapangan masa, ustaz akan sambung cerita ustaz lagi ye.
jap, satu lagi..
suke tengok ustat senyum!
manis n lembut je hati kami.. =)
Laju betul abang balas komen ustaz ye.
Jangan asyik tengok muka ustaz je. Ustaz ajak tengok website Palestin tu. Bukan senyuman ustaz
Ustaz, ada typo dalam artikel. Ana dah betulkan =)
Jazakallah akhi
InsyaAllah nanti bila² , kami boleh jemput ustaz datang ke france.
kita buat program bersama² ke, sambil melawat bandar² di france ni dan merapatkan ukhuwwah dan yang paling penting, melebarkan senyuman
hehe….
InsyaALLAH jika ada kesempatan
lama x dtg VLL nih..
tengok skang dh banyak perubahannya..
bahasa pun yg tenang2 je..
dulu “meletup” skit..hehe..
ustaz senyum,best la style ustaz tulis..cool je baca..
nnt buleh la dtg canada bg ceramah plak..
Ustaz tak pandai ceramah. Menulis pun sikit-sikit je. Mujur editor VLL edit sikit-sikit tulisan ustaz. Kalau tak, mesti lintang pukang ayat ustaz
ustaz senyum, nak tanye. ustazah senyum ade tak?
teringiiin nak dia tulis kat sambalterung.
Ada blog nama makanan ya? HeHeHe zaujah ustaz memang gemar masak-masak ni. Tapi menulis dia kurang sket. Jangan marah ye
salam. ni ustaz mana ye? kita pernah jumpe x uhuhuhu. nway thanks 4 d article! jzkk ^^,
Ustaz tak pasti adik ni siapa. Tapi ada jugalah ahli VLL yang ustaz pernah jumpa. Kalau tak, ustaz taklah diberikan peluang menulis di sini. Apa-apa pun, adik jangan lupa selalu ambil tahu mengenai Palestin ye
ustaz²…ermmm, saya ni nak tanya soalan personal sikit kat ustaz, tp segan pulak nak tanya kat sini, so boleh tak ustaz senyum bagi alamat email ustaz? nnt saya berhubung ikut situ je lah. tak pun bagi id ym ke? ke ustaz tak biasa² sgt guna ym ni? atau ustaz prefer google talk?
Boleh insyaALLAH. Email ustaz; ustaz.senyum @gmail.com
Kalau ada kesempatan, ustaz reply. Ustaz rasa lebih mudah jika dibincangkan di sini sahaja. Lainlah kalau ada yang personal.
Maaf ye Hadi. Ustaz tak guna YM atau GoogleTalk.
http://zoompanas.blogspot.com/2009/01/kenapa-allah-tidak-bantu-palestin.html
Macamana ustz senyum boleh terjumpa laman web VLL ni? blog hopping?
Blog hopping? Ustaz dipelawa menulis di sini oleh ikhwah VLL. Banyak kali diajak, akhirnya ustaz mengalah
Harap-harap tulisan ustaz yang serba kekurangan tu ada manfaat pada orang lain.
Assalamualaikum.. Satu masa nanti, Siti harap, Siti dapat berjumpa dengan Ustaz Senyum ni.. Siti dapat rasakan ketenangan dalam penulisan beliau. InsyaAllah ye Ustaz… Tapi kepada wartawan semua, janganlah timbulkan gosip baru pula ye. Siti mohon sangat-sangat. Siti kan dah ada Datuk K. Ok, sama-sama kita bantu saudara kita di Gaza. Siti nak kongsi satu link bermanfaat buat semua. http://www.syahadat.com/ Silakan buka ye. Ok, selamat tinggal celik pandai perancis semua.
wslm wbth. lepas ni datuk siti bleh la buat lagu tema utk VLL ni pula. lepas tu sbg salah satu kempen utk menyedarkn sbhagian rakyat msia yg alpa dgn hiburan dan dunia. huhhuhu.