
Assalamualaikum wbt. Entry kali nih, Orca nak kongsi dengan para pengunjung VLL sebuah puisi yang dicipta oleh kawan Orca.
Jangan risau. Orca dah minta kebenaran dia nak letak di VLL.
Actually, Orca dah lama minta dia jadi penulis VLL untuk letakkan puisi-puisi yang dia buat. Tapi dia tak nak. Malu sebab puisi yang dia buat takdelah sehebat mana katanya.
Apa-apapun, alhamdulillah hatinya terbuka nak kongsi satu puisi dengan VLL. Tapi dia minta siarkan via Orca dulu. HuHu. Pemalu benar mamat nih. XD
Voila puisinya yang bertajuk ‘Di saat itu’. Harap bawa manfaat pada semua ye.
Di saat cahaya itu
Mula memancar dari ufuk timur
Mataku terbuka
Sedar akan kewujudan alam
Burung riang gembira menyanyi
Sambil mencari rezeki yamg diberi
Perasaan kelam dan kosong
Mula luntur dari hatiku
Di saat deriaku
Mula menggapai rasa,
Mataku tenang melihat hamparan alam
Kabus yg mengaburi kebenaran
Perlahan-lahan menghilang
Kebenaran jelas menghijau
Dihiasi kelopak-kelopak bunga persaudaraan
Kulitku menangkap deru angin
Bertiup bagaikan berzikir
Yang memuji kebesaranNya
Kupejam sebentar mataku
Menikmati rezeki umur yg diberi
Disaatku mendongak
Mataku memandang langit
Lahir rasa sayang setingginya
Tidak terbalas kasih Khaliq
Melindung aku saban hari
Ku tidak mahu lepaskan rasa cinta ini
Kerana ku rindu padaMu
Ku cinta padaMu..
- Kawan Orca, dalam TGV: 931 pagi 28 sept 08
P/S : Bagi semangat pada kawan Orca yang sorang ni utk jadi pemuisi tetap di VLL! ^^

salam..
subhanALLAH…
indahnya puisi ni..
berbakat sungguh penulisnya….
jzkk…. =) =) =)
hurm…
x sangka ye ada jgk
pengunjung VLL ni
pandai berpuisi…
bagus2! Teruskan..
p/s: Tapi maaflah saya xminat puisi2 ni, buat ke, hayati ke,,,
bestnye baca puisi ni…
tersentuh bila baca… huhu =)