Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum,
Apa khabar semua. Masih bertahan ke dalam perjuangan ilmu? Atau ada yang dah mula down?
Time-time macam ni lah kita selalunya akan patah semangat dengan exam dan assignment yang menggunung, sampai rasa macam nak balik rumah dan berhibernasi dalam sleeping bag, sementatra tunggu winter habis.
Dan waktu ni juga Allah akan beri satu solution, iaitu berdoa kepadaNya.
Rasulullah bersabda : ” Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin ”
Alangkah hebatnya. Bayangkan Allah tolong kite dalam exam, kasi ilham kat kite waktu kite lekat kat satu soalan.
Bukankah itu kemenangan yang unggul? Siapa lagi cikgu yang lagi mengetahui dari Tuan punya ilmu?
Waktu Khalid Al-Walid memerintah tentera mukmin di Perang Muktah, hanya ada 3000 orang tentera mukmin sahaja sedangkan tentera Rom ialah 200 000. Islam boleh menang walaupun dengan jumlah yang sikit. Rahsianya? Iman dan doa.
Tapi kalau doa terus menerus, tapi x mustajab, rugi la kan? So,apakah cara-cara utk doa kita makbul?
1) Haruslah kita menjaga apa yg kita makan. Iaitu makan makanan yang baik-baik dan elakkan memakan makanan yang shubhah(tak tahu kesahihan halalnya). Sbb pemakanan ini akan menjadi darah daging kita. Abu Bakar sanggup mengorek tekaknya sekiranya dia telah termakan makanan yg tidak baik sumbernya.
2) Semasa bermusafir, kita perlu banyakkan berdoa. Doa seorang musafir itu mustajab.
3) Beramal soleh.
4) Dan segala keperluan kita ( pakaian, kenderaan dsb ) haruskan datang dari sumber yg halal.
Ok2 so macam mana nak berdoa pulak? Ada tata tertib jugak?
Adab berdoa:
1)Jgn tinggikan suara ketika berdoa.
2)Dilarang membaca ayat quran ketika bersujud.
3)Jgn doa kuat-kuat sampai ganggu org sembahyang.
Ok la, sempena exam ni, saya mengajak semua dari kite yang akan menjawab soalan peperiksaan, untuk mengamalkan doa Nabi Musa a.s.
رَبِّ إِنّى ظَلَمْتُ نَفْسى فَاغْفِرْ لى
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekakuan lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku”
Ok, itu saja yang saya boleh beri, insyaAllah kita akan berjaya dunia akhirat.
