gajah

Alkisahnya bermula tidak lama dahulu di sebuah kawasan berdekatan dengan Lautan Mediterranean. Di sebidang tanah yang direbut oleh semua pihak.

Di situ tinggalnya Kerajaan Semut Samah dan Kerajaan Gajah Learsi. Suatu ketika dahulu banyak saja koloni semut yang tinggal di tanah ini.

Namun gajah-gajah Learsi melakukan penaklukan demi penaklukan ke atas wilayah semut dan memaksa mereka berhijrah ke kawasan lain.

Yang tinggal adalah Semut Samah menetap di kawasan bernama Azag.

Gajah-gajah Learsi ini suka melakukan kerosakan dan penindasan terhadap haiwan-haiwan lain yang hidup di sekitarnya.

Tambahan pula tindakannya disokong oleh Raja Rimba dari spesis singa putih bernama Hsub yang terkenal dengan kegilaannya dan ketidakwarasannya.

Semut-semut Samah pula merupakan koloni semut yang kecil. Namun mereka hidup bersatu padu cuba membangunkan koloninya sendiri dengan apa yang ada.

Kerajaan-kerajaan  semut yg lain tidak membantu semut-semut Samah kerana terlalu bersifat ke’spesis’an. Bahkan ada kerajaan-kerajaan ini yang bersekongkol dengan gajah-gajah Learsi demi kepentingan mereka.

Suatu hari,  ketua gajah Learsi bernama Duhe, ingin melancarkan penaklukan ke atas Azag dan ingin menghapuskan semut Samah.

Dia berpendapat yg mereka boleh menang kerana mempunyai kelebihan dari segi saiz, kapasiti dan tenaga.

Namun semut-semut Samah sudah mengetahui rancangan jahat Duhe dan bersiap sedia fizikal dan emosi mereka terhadap serangan gajah Learsi.

Maka peperangan pun bermula di antara semut-semut Samah dan gajah-gajah Learsi. Terlebih dahulu, gajah-gajah menggunakan taktik membaling batu dengan belalai mereka ke atas busut-busut Samah.

Tidak cukup dengan itu, pada malam hari, ada gajah-gajah yang menyembur air ke atas koloni Samah.

Ini bertujuan utk memaksa semut-semut Samah untuk melarikan diri meninggalkan tanah Azag dan mengurangkan penentangan sebelum gajah-gajah Learsi melakukan’ Stempede‘ ke atas tanah Azag dengan memijak-mijak semut Samah yang masih menentang.

Namun mereka silap. Semut-semut Samah mempunyai semangat juang yang kuat dan berjiwa besar walaupun mereka kecil. Mereka bertahan selama mana yang boleh apabila gajah-gajah membuat balingan batu ke atas busut-busut mereka.

Mereka menunggu gajah-gajah Learsi untuk masuk ke Azag sebelum melakukan serangan balas.

Berita mengenai serangan gajah Learsi ke atas semut-semut Samah, tersebar luas dari burung-burung yang terbang melalui Azag.

Masing-masing membawa cerita tersendiri mengenai situasi di Azag. Setiap hari ada sahaja burung yang singgah di Azag dengan niat utk menyampaikan perkara sebenar berlaku ke haiwan-haiwan lain seantero dunia.

Berita-berita terkini mengenai situasi di Azag lama-kelamaan telah meniup semangat ingin membantu Samah di kalangan kerajaan-kerajaan semut yang lain.

Mereka telah bersatu suara ingin membantu Samah di Azag. Bagi koloni yang hidup jauh, mereka telah mengambil langkah memboikot ‘tebu hancur’ yang merupakan industri utama gajah-gajah Laersi.

semut

Gajah-gajah Laersi terlaku yakin dalam peperangan ini. Mereka menganggap mereka adalah pihak yang benar. Namun tanggapan mereka salah sama sekali.

Gajah-gajah Laersi telah masuk ke perangkap Samah semasa mereka hendak melakukan stempede.

Ada gajah-gajah yang terjerumus, terperosok masuk ke dalam lubang-lubang perangkap Samah. Ini disebabkan semut-semut Samah terlebih dahulu melonggarkan struktur tanah dan menggunakan berat gajah utk advantage mereka.

Mana-mana gajah yang terperangkap di dalam lubang akan dikerumun habis-habisan. Mereka akan menggigit dan menumpukan serangan di bahagian-bahagian lembut gajah seperti mata dan telinga.

Kejadian ini memaksa Duhe memberhentikan stempede dan kembali pada taktik membaling batu dan semburan air.

Duhe juga ingin menggunakan pohon-pohon balak di wilayah Nonabel sebagai senjata. Namun, koloni kerengga yang hidup di pohon-pohon balak itu juga melakukan serangan ke atas gajah-gajah Laersi kerana wilayah mereka dicerobohi Duhe.

Duhe tidak mahu yg tindakan bodohnya ini dan kegagalan stempedenya diketahui haiwan lain.

Maka dia juga ada mengarahkan tenteranya utk membunuh burung-burung yang bakal membawa berita ke wilayah lain.

Namun dia tidak berjaya..

Bahkan tindakannya itu telah menimbulkan kemarahan yang lebih besar di kalangan haiwan.

Semakin hari, serangan Duhe semakin tumpul. Semut Samah tidak memberhentikan perang. Mereka telah memberikan penentangan yang hebat terhadap gajah-gajah Laersi.

Berita mengenai tujuan kerakusan Duhe telah tersebar luas. Duhe mula tidak senang duduk.

Dia takut lama kelamaan, koloni-koloni semut di seluruh dunia akan mengetepikan semangat ke’spesis’an dan bersatu menentang gajah-gajah Laersi.

Tambahan pula, sekutu kuatnya Hsub akan turun takhta diganti oleh singa hitam bernama Amabo yang dahulu merupakan hamba kepada spesis singa putih. Mungkin Amabo tidak akan memberikan sokongan padanya.

Jadi Duhe terpaksa menebalkan muka dengan mengambil langkah untuk berundur dan menghentikan serangan ke atas Azag.

Ini membolehkan semangat menentang gajah Laersi di alam haiwan reda dan memberi peluang padanya utk mengatur strategi terbaru untuk mengawal Amabo.

Duhe berazam untuk meneruskan penaklukannya selepas alam haiwan kembali kepada kehidupan masing-masing.

Pada masa itu, mereka tidak tahu apa yang berlaku disekeliling mereka dan hidup berlandaskan hawa nafsu.

Bagi semut-semut Samah pula, ini merupakan satu kemenangan yang besar ke atas gajah-gajah Laersi yang bongkak itu.

Ini membuktikan bahawa walaupun mereka kecil, jika mereka bersatu, insyaAllah mereka akan menang.

Mereka berazam untuk mengembalikan tanah-tanah milik kerajaan semut yang dijajah Laersi suatu hari nanti.

- TAMAT

Anda ingin tergolong dalam golongan gajah Learsi, semut Samah, koloni-koloni semut yang lain atau golongan haiwan?

Fikir-fikirkan…  :)