kehidupandunia

Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua pembaca? Semoga sihat sentiasa. Sebenarnya dah lama adik ingin post something kat blog VLL ni. Tapi sebelum ni belum diizinkanNya lagi.

Alhamdulillah weekend ni adik nk post buat pertama kalinya. Simple je. Just nak berkongsi dengar lagu nasyid In-Team dan Nazrey Raihan ni.

Tajuknya “Kehidupan”. Yalah, mesti dah ramai yang tahu kan? Yalah penyanyi-penyanyi nasyid Malaysia, siapa yang tak kenal. Lagilah macam diorang ni. HuHuHu.

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Kalau kita teliti betul-betul lirik lagu ini, banyak pengajaran rasanya kita boleh ambil. Contohnya, bagaimana kita nak menghadapi cabaran dalam kehidupan.

Adakah kita akan bersabar? Atau adakah kita akan mengeluh? Tepuk dada, tanyalah iman. Bukankah Allah sentiasa bersama orang yang sabar?

Tidak dapat dinafikan, jika kita menghadapi kesusahan di dunia ini, mesti kadangkala kita rasa kitalah orang yang paling diuji. Kitalah orang yang paling menghadapi kesusahan di dunia ini.

Tidak sekali-sekali sebenarnya rakan-rakan.

Tidak terfikirkah kita saudara-saudara kita di Palestin yang hidupnya ditindas sudah berpuluh-puluh tahun. Junjungan kita yang dibaling dengan batu, dicaci, ditohmah dalam menyampaikan ajaran Islam. Begitu juga para rasul lain yang menghadapi pelbagai kesukaran. Banyak lagi contoh-contoh lain yang kita boleh ambil pengajaran.

Apatah lagi, kadang-kadang kita terlalu sedih apabila kita tidak dapat apa yang kita mahukan di dunia ini. Kita malu dengan orang lain? Kawan-kawan?

Seharusnya kita menyerahkan seluruh kehidupan kita kepada Allah. Kerana kita semua ini, milik mutlakNya yang nyata.

Kita lemah dan hina. Telah jelas di dalam Al-Quran, Allah sudah berfirman bahawa dunia ini tempat sementara dan hanya permainan semata-mata. segala-galanya kita akan nampak indah, andai kita mengikut telunjuk syaitan.

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” – Al-Baqarah ayat 216

Oleh itu, marilah kita sentiasa muhasabah diri semula.

Adakah kita sudah menjadi seorang muslim yang telah mengamalkan suruhan Islam dan meninggalkan laranganNya?

Hanya diri kita sendiri yang dapat menjawabnya. Kerana kita sendiri dan Allah sahaja yang tahu.

Berbalik semula kepada lagu ini, telah jelas bahawa hidup di dunia ini memang penuh dengan cabaran dan ujian. Bukan masa kita susah dan berada di bawah sahaja, itu dinamakan ujian.

Malah semasa kita kaya, mewah, cemerlang, itu juga ujian daripadaNya. Adakah dengan keadaan kita itu, kita ingat padaNYa dan pada masa senang jugalah merupakan antara ujian yang agak sukar.

Oklah. Adik macam dah banyak meleret plak. Adik nk minta maaf kalau ada tersalah taip atau susun ayat. Adik ni baru menceburi bidang penulisan maya. Takdelah pandai menulis seperti ikhwah yang lain.

Tengok jelah. Nak letak link lagu kat post pun tak pandai. HuHu. Maaf ye. Kalau ada mana-mana silap, insyaAllah adik terima sebarang teguran, dengan niat kita sama-sama perbaiki diri atas cinta kita kepada Allah Yang Maha Esa.

Sama-sama kita ingat, jangan putus asa dengan rahmat Allah. Dia Maha Pengasih dan Penyayang. InsyaAllah.

Ok. Terima kasih semua. Jumpa lagi. Assalamualaikum… :)