Assalamualaikum wbt semua..

Diharap kalian semua sihat² belaka. Orca sihat alhamdulillah. Cuma cuaca kadangkala sejuk kadangkala panas. Pening Orca. Patutnya Orca dan boleh beza lautan mana yang lebih panas untuk berhijrah mengikut mama Orca. HuHu.

Hari ini Orca mendengar cerita dari mama Orca mengenai haiwan ciptaan Allah yang disebut dalam Al-quran seperti lebah, labah² dan semut.

Mama cerita, yang semut boleh bina sarang dengan daun atau dalam tanah. Orca tanya mama balik, berapa besar saiz semut biasanya. Mama cakap mata Orca lagi besar. Terpegun Orca dgr..

Macam mana makhluk kecil boleh membuat sarang yang besar dan kukuh. Bagaimana semut boleh membina sarang dalam tanah yang lengkap dengan lorong dan bilik yang bertingkat-tingkat serta sebahagian bilik dipenuhi dengan bekalan makanan dari biji-bijian untuk musim sejuk.

Mama cakap, semut adalah antara satu nama surah dalam al-Quran, Surah al-Naml, iaitu surah ke-27 pada juz ke-19.

Rupa-rupanya manusia banyak meniru kelebihan haiwan dalam meningkatkan taraf hidup diorang. Diorang mencipta sonar untuk mengetahui kedudukan dalam laut cam Orca. Diorang mencipta satelit sebab tahu, dengan ketinggian manusia boleh survey tempat yg jauh, seperti burung-burung yang terbang tinggi.

Berkaitan dengan perihal semut, surah semut mengkisahkan maksudnya:

“(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke Lembah Semut, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari.

Maka tersenyum Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkan daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu-bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau reda; dan masukkanlah daku  dengan limpah rahmat-Mu dalam kumpulan hamba-hamba-Mu yang salih.” (Ayat 18-19).

Dalam ayat 18 di atas difirmankan ‘qalat namlatun’, yang bermaksud “Berkatalah seekor semut betina”. Rupa-rupanya, kerajaan semut dipimpin oleh semut betina. Kira ratu untuk kerajaan tuh. Sama juga dengan lebah mama cakap. Apa yg Orca kagum, mereka mendengar perintah pemimpin tanpa banyak songeh. (Tak macam Orca, asyik bertanya mama je, berenang ke mana hari nih. HuHu.)

Dari penceritaan mama, Orca dapat rasakan semut sangat mementingkan perpaduan. Dengan saiz yg sekecil itu, gerenti tak boleh tahan lama hidup berseorangan.

Perpaduan semut ketika mencari makanan sangat Orca kagumi juga. Lebih kurang macam family Orca juga, kalau papa Orca buru sorang², biasanya Orca tak makan hari tuh. Tapi kalau pergi dengan pakcik Orca sekali, Orca dapat mkn. HeHeHe.

Kelakuan paling menarik mengenai kerajaan semut ialah cara serangga ini yang mama cerita dianggap hampir buta berjaya menggunakan jalan terpendek bagi perjalanan antara sumber makanan dan sarang. Mama cakap semut mempunyai satu sifat semulajadi yg unik iaitu menggunakan feromon, sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh setiap semut ketika bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Feromon ini kemudian digunakan oleh semut lain sebagai panduan ketika menggunakan laluan itu.

Jika seekor semut terpaksa berdepan beberapa laluan, satu laluan dengan kesan feromon paling tinggi akan menjadi pilihan. Ini bermakna semut menggunakan feromon sebagai alat pelaksanaan perpaduan dalam aspek saling menolong. Dalam perkataan lain, semut selalu mengingati rakan-rakannya, kata mama. (Huu.. macam nih Orca nak ingat la semua nama kawan-kawan Orca)

Mama ada cerita juga yg semut memiliki kekuatan luar biasa untuk merealisasikan tekad meraih apa yang diinginkan. Diorang tidak pernah bosan dan putus asa. Diorang akan berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus hingga berjaya.

Semut merangkak di sebuah pokok, lalu jatuh dan kemudian bangun lagi. Berusaha untuk merangkak lagi ke atas pokok, lalu terjatuh lagi. Begitulah yang terjadi berulang-ulang, namun diorang  terus berusaha hingga berhasil naik ke atas pokok yang diinginkan dan mendapat apa yang dicari tanpa berasa lelah dan bosan.

Jika jalan yang dilalui terhalang, semut try lalui dari arah kanan dan kiri. Jika tetap bermasalah untuk maju ke depan, ia berhenti sebentar dan kemudian kembali lagi dengan tenaga yang jauh lebih kuat.

Mungkin semut akan menjauhi jalan pertama yang sulit kerana ada beberapa rintangan, namun tetap kembali berjalan menuju arah yang sama dengan mencari jalan lain hingga sampai ke matlamat akhirnya.

Jika seekor semut menemui makanan yang tidak dapat dibawa sendiri, haiwan ini memberi tahu temannya untuk membantu membawa makanan itu dan makan bersama-sama. Jika seekor semut bertemu rakannya, mereka pasti bertegur sapa walaupun entah dikenali atau tidak. Inilah membuktikan kekuatan perpaduan semut.

Mama juga ada cerita mengenai Nabi Sulaiman As dgn semut. Dikisahkan ketika Nabi Sulaiman AS sedang berjalan, baginda melihat seekor semut membawa sebiji kurma yang besar dan berat yang jauh melebihi tubuh semut itu. Lalu Nabi Sulaiman yang mengerti bahasa binatang bertanya: “Untuk apa kurma yang kau bawa itu?”.

“Ini adalah kurma yang Allah SWT berikan kepadaku sebagai makanan selama satu tahun,” jawab semut. Mendengar jawapan, baginda segera kembali ke istana dan mengambil sebiji kurma yang lebih besar serta sebuah botol.

Setelah kurma itu dibelah menjadi dua bahagian, baginda berkata: “Wahai semut, silakan masuk ke dalam botol ini, aku telah membahagi dua kurma ini dan aku berikan separuh kepadamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu.”

Setahun kemudian, Nabi Sulaiman kembali melihat semut itu. Baginda tersenyum apabila melihat kurma yang diberikan tidak banyak berkurang.

Baginda dengan bijak bertanya: “Wahai semut, mengapa engkau tidak menghabiskan kurma itu?” Semut menjawab: “Selama ini, aku hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini, Allah SWT yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahun, tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku khuatir tahun depan, engkau tidak memberiku kurma lagi kerana engkau bukan Allah pemberi rezeki.”

Mendengar ungkapan semut itu, Nabi Sulaiman AS tersenyum dan berkata: “Engkau hai semut, selain makhluk yang giat bekerja dan taat, pandai bersyukur atas rezeki yang engkau dapat dari Allah dan pula engkau sangat yakin bahawa Allah akan menjamin rezekimu.”

Perpaduan semut dalam semua aspek syg mama cerita membawa kejayaan kepada haiwan ini utk hidup di daratan walaupun, orca dgr cerita,walaupun semakin hari semakin kurang kawasan tempat tinggal utk haiwan ciptaan Allah, semut mampu membina sarang di dalam rumah manusia! Walaupun makhluk kecil dan lemah, semut boleh membuat sarang yang besar, kuat dan kukuh. Belajarlah wahai manusia!

Wassalam. Sehingga ketemu lagi~!