Umum mengetahui krisis ekonomi global yang menghimpit hampir negara-negara di seluruh dunia kini makin tenat.

Mungkin, anda dan saya tidak merasakan sangat krisis ekonomi ini kerana elaun biasiswa anda dan saya masih lagi berjalan dengan lancar. Anda masih lagi mampu membeli barang-barang keperluan di Intermache sebelah rumah sewa anda.Anda juga mungkin kebosanan dan ingin melihat ciptaan Allah yang Maha Agung  seperti singa,kambing dn biri2 di Citadelle.

Dan, mungkin anda juga masih mampu untuk bertadabbur alam di Jerman,Ireland mahupun pulang ke Malaysia sempena cuti 2 minggu baru-baru ini.

Bak kata pepatah  Jerman “keinen problemen…”

Persoalannya..

Seriuskah krisis ekonomi ini? Sejauh manakah terjejasnya kita?

Siapa yang menjadi dalang krisis ini?

Ataupun

Anda hanya mungkin terdiam sejenak, dan anda berfikir…

Biarlah…asalkan duit JPA,Petronas,Telekom dan Mara jalan. Biarlah orang yang patut buat kerja, buat kerja mereka.Buat apa nk pening2,serabut dan memandai2.

Diagramme Fer-Carbone,Equation Navier dn Beltrami tak studi lagi ni…tambah pulak, episode baru cerita LOST  dah kuar ni……John Mayer buat album baru!!

Kawan kater Slumdog Millionaire beshhh… rugi tak tengok.

Takpun, mainlah kejap  DOTA,WOW ngan PES kejap..bosan maut ni.

Kehancuran Sistem Kapitalis.

Krisis ekonomi dunia ini merupakan bukti yang nyata bahawa hanya sistem ekonomi Islam yang terbaik.

Ia juga membuktikan bahawa sistem kapitalis yang diagung-agungkan oleh Barat ini sudah menuju kehancuran.

Umum mengetahui bahawa sistem kapitalis hanya bergantung kepada 3 prinsip utama :

1.Aqidah(Kepercayaan)  yang tinggi terhadap model supply dan demand.Dimana ada permintaan disitu ada bekalan.

2.Nilai sesuatu produk yang menjadi asas dan tunjang utama dalam pengajian dan penyelidikan ekonomi.Semakin bernilai sesuatu produk atau komoditi, semakin tinggi usaha untuk meningkatkan bekalan bagi memenuhi permintaan.Cth : Petrol,Besi,timah dan bahan galian lain.

3.Peranan harga,dan nilainya dalam menentukan sistem distribusi,penggunaannya dan proses menghasilkannya.

Berdasarkan 3 prinsip ini kita boleh melihat kepincangan-kepincangan sistem kapitalis berbanding dengan sistem ekonomi Islam.

Seperti yang dinyatakan dalam prinsip pertama diatas. Sistem kapitalis sememangnya bergantung sepenuhnya kepada permintaan dan bekalan.Jika bekalan meningkat, tetapi permintaan berkurangan, kelembapan ekonomi akan berlaku kerana kadar GDP (Gross Domestic Product)/KDNK/PIB(Produit Interiur Brut) akan berkurangan.

Banyak produk tidak terjual di pasaran.Hasilnya, penggangguran meningkat kerana peniaga tidak mampu menggaji dan mungkin mereka akan gulung tikar.

Jika permintaan pula melebihi pasaran, akan berlaku pula “bubble”, dimana harga barangan melebihi kemampuan. Contoh yang terbaik, krisis harga minyak di Malaysia pertengahan tahun lepas.

Bagi mereka yg sememangnya jutawan, dan mempunyai asset yang banyak. Mereka tidak terjejas, kerana jika harga minyak naik mereka hanya perlu menaikkan harga barangan keluarang mereka.

Namun bagi rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi, mahupun pekerja biasa sektor kerajaan. : LES EFFET SONT ASSEZ CATASTROPHIQUES.

Sesungguhnya ketaksuban kepada prinsip ini jelas menunjukkan ketidak adilan dalam sistem kapitalis ini.

Sebagai contoh: Umum mengetahui bahawa gejala penagihan dadah semakin berleluasa. Berapa ramai, suami-suami yang meninggalkan isteri kerana dadah, dan menjadikan rumah tangga mereka kucar-kacir. Jika sang isteri tidak mempunyai pendidikan dan tidak bekerja.Maka, tidak hairan jika anak-anak yang terbiar akan melakukan jenayah, tidak mendapat pendidikan sempurna etc.

Dalam sistem kapitalis, jika pengedar dadah tidak mempunyai permintaan, mereka tidak akan dapat meneruskan kemandirian perniagaan mereka.  Memandangkan kapitalis juga berdasarkan materialistik, maka mereka akan melakukan apa saja untuk mendapatkan keuntungan.

Hal ini sama juga jika seorang peniaga kapitalis yang kaya,tidak menipu dalam urusan niaga mereka. Ianya kerana merka berpendapat bahwa mereka tidak akan untung dengan menipu. Tetapi, jika mereka menipu, sudah tentu mereka tahu dengan menipu, rasuah dsbnya. akan membawa mereka kepada kekayaan.

Sebelum saya memeningkan sahabat-sahabat pembaca dengan produk-produk  sistem kewangan dunia yang menghancurkan negara teragung kapitalis : Amerika Syarikat; marilah kita membaca Firman Allah dalam Surah Al-Qasas,ayat 77.

qasas

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “.

Subprime mortgage,CDO,CDS,

Memandangkan kebanyakan daripada kita ini, bakal-bakal “muhandasah” yang insya Allah diredhaiNYA,istilah-istilah diatas mungkin tidak pernah didengari ataupun hanyalah terjumpa didalam mimpi.

CDO,CDS itu tiada kena mengena dengan Calcul de Structure d’une Poutre soumise a La traction. Tidak perlu juga guna tenseur Cauchy-Green pon untuk dapat contrainte maximale. Ia juga tiada kaitan calcul de perturbation de Møller-Plesset.

Sebelum mengarut dengan lebih jauh lagi, produk-produk diatas sebenarnya adalah produk yang dicipta oleh kapitalist2 di Wall Street,Canary Wharf,Tokyo mahupun di Frankfurt, bagi memenuhi selera pelabur diseluruh dunia. Tidak kira dari keluarga Al-Saud di Arab Saudi, saudagar minyak di Kuwait,Qatar, Bill Gates ker, Ananda Krishnan ker.

Dalam sistem kapitalis, mereka tidak bertunjangkan ketuhanan,jauh sekali dalam pengtauhidan Allah S.W.T.

“Buat apa sahaja, asalkan kami mendapat keuntungan dari pelaburan..”

Produk seperti subprime mortgage, dicipta oleh, bank-bank pelaburan di Wall Street bagi memberi pinjaman kepada mereka yang tidak layak.

Emm..bagula kalo begitu kan..murah hati kapitalis ini..bagi pinjaman kepada orang yang even tiada pekerjaan, tiada asset,malah mungkin sans abri.

MALANGNYA, ibarat kata orang putih,  “it does not work that way..”

Pinjaman ini diberikan kerana mereka yang layak untuk mendapat pinjaman, telah memperolehi pinjaman mereka, mereka telah memperolehi pinjaman untuk membeli rumah mereka sendiri.

Ketika housing bubble di US beberapa tahun lalu, pinjaman senang nk dapat, rumah banyak terjual, ekonomi US bagus dsbnya.

Pelabur2 dari seluruh dunia ini, sangatla suka…sebab melabur 100 juta…bagi pinjaman dekat orang yg nak beli rumah ni, then dapat bunga 5 juta sebulan lepas orang yg beli rumah ni bayar tiap2 bulan.

Yerla, siapa yg taknak, dapat duit goyang kaki jer.. pergi naik jet privee melancong di Bahamas.Parking Lamborghini kat Monaco, berjudi sekejap. Naik kapal layar dekat Hawaii. Tak perlu dah susah2 study pasal Divergence,Laplacien,dn Gradient.

Emm..sesungguhnya Allah tidak suka bagi orang yang melampaui batas.

Disebabkan dengan sistem kapitalis itu sendiri yang mendorong kepada ketamakkan, dan kehalobaan. Maka, pelabur2 ini, tidak puas..

Mereka perlukan ramai lagi orang untuk diberikan pinjaman, supaya boleh kait keuntungan.Masalahnya, semua orang yg layak untuk dapat pinjaman, sudah dapat pinjaman.

Kebanyakan mereka yang bekerja di Wall Street, berkelulusan Fizik,Nuklear Fizik,Kejuruteraan Kimia dsbnya. dari uni.2 seperti Harvad,Yale,MIT,Columbia dan Princeton.

Universiti2 ini, memang terkenal melahirkan kapitalis2 teragung dunia. Mereka juga amat kreatif; oleh itu, mereka berpendapat, takperlah, kita bagi pinjaman pada orang yg tak layak, kalo mereka lingkup dan tk leh bayar pon, at least kita dapat rumah tersebut, skang ni harga tinggi lagi. Boleh jual.

Dengan ini juga rumah2 baru akan dibina untuk memenuhi permintaan kapitalis dan juga pembeli rumah.

Apabila “bubble” itu pecah, dimana rumah terlampau banyak dan ramai yg telah berhutang dengan bank,  tidak membayarnya.

Bank pula tidak dapat menjual rumah itu kerana bekalan melebihi permintaan, harga rumah jatuh merudum. Bank pula berhutang kepada Wall Street.

Wall Street berhutang kepada pelabur2 seluruh dunia ini. Emmm..”bayangkan tiba2…anda sebagai Bill Gates, sedang melancung di Cannes diatas Pulau persendirian anda.S/U anda datang kepada anda,

“Encik Bill Gates, saya harap Encik tidak marah, pelaburan Encik di Lehman Brothers, lesap 200 juta USD.”

“Apa?” balas Bill Gates, “Tarik balik semua pelaburan kita di Lehman,Merril Lynch dn Bear Sterns”.

Bayangkan jika 5000 jutawan seperti saudara Bill Gates bertindak sedemikian di seluruh dunia.

Semua produk2 di Wall Street akan terjejas dn lingkup. Bank tidak lagi mampu memberi pinjaman kepada peniaga2 IKS mahupun syarikat besar.

Bank sendiri sudah tidak ada duit.Lingkup. Yang kaya tidak akan terjejas banyak.Mereka masih boleh berjoli, tetapi cuma akan berhati2.

Golongan marhaen, pekerja kilang diberhentikan. Kilang tidak dapat menjual produk dikeluarkan. Barang tidak laku kerana orang tidak mampu membeli.Orang tidak mampu membeli kerana dikelilingi hutang. Tiada pekerjaan. Nak buat bisnes, bank tak kasi pinjaman.

Dengan itulah Kapitalis ini, menghancurkan ekonomi dunia.

Mengakui saya tidak sempat menerangkan sistem ekonomi Islam, secara kasar, ia mungkin disebabkan kerana topik ini agak panjang,subjektif, ilmiah dan memerlukan kajian,dn bukan sembrono.

Akhir kata, “Islam is the way of life”