rencontre-de-musulman

Mot : Mat, apa plan kau cuti ni? Tak pergi jalan mana-mana ke?

Mat : Entahlah Mot, aku tak tahu mana nak pergi. Bosan ni.

Mot : Ha, samalah dengan aku. Nak duduk rumah takde kerja pun nak buat.

Kalau keadaan anda sama seperti Mat dan Mot yang ketandusan idea apa nak dibuat semasa cuti, saya ada satu cadangan yang baik punya. Apa kata kalau kita tengok poster di bawah ni.

rmn3

Macam best kan? Saya dah cakap dah. HeHe.

Ligue Islamique du Nord dengan kerjasama UOIF du Nord akan menganjurkan satu ‘perhimpunan’ bertempat di bandar Lille.

3ème Rencontre Annuelle des Musulmans du Nord pada tahun ini bertajuk “QUELLE PLACE POUR LES VALEURS MORALES DANS NOS SOCIETES MODERNES ?”

Dalam bahasa Melayu, “Di Manakah Terletaknya Nilai-nilai Moral Dalam Masyarakat Moden Kita?”

Para penceramah terkemuka seperti Tariq RAMADAN, Abdallah BASFAR, Sheikh Kamal HELBAWY, Abdallah BENMANSOUR, Ahmed JABALLAH dan Amar LASFAR akan menggegarkan bandar Lille dengan persoalan-persoalan ummat dan masyarakat dunia berkacamatakan ajaran Islam.

Berikut adalah butiran-butiran lanjut tentang rencontre ini :

Tempat : Lille Grand Palais
Tarikh : 28 Februari 2009
Masa : 9h00 – 23h00

    Selain daripada perbincangan dengan penceramah-penceramah, akan diadakan juga soirée. Soirée ape ye rakan-rakan? Soirée Spéciale Gaza. Apa diorang nak buat? Marilah kita pergi tengok!

    Untuk memeriahkan lagi majlis, pengunjung akan dijamu dengan persembahan daripada kumpulan-kumpulan nasyid terkenal seperti Elistiqama, Alfirdaws dan lain-lain lagi!

    Untuk keterangan lanjut, sila lawati : http://www.ramn.fr

    Hah apa lagi Mat dan Mot? Mari beramai-ramai penuhkan Lille Grand Palais, gunakan cuti yang ada dengan aktiviti seperti ini sambil melawat bandar Lille (sebut : Lil!), bandar terbesar di region Nord-Pas-de-Calais yang terkenal dengan Bienvenue Chez Les Ch’tis, he, he, he.

    Alors les gens, à Lille InsyaAllah. :D