tambahibadat

Assalamualaikum. Sedar tak sedar, hari ini kita dah masuk 2 Ramadhan. Cepatnya masa berlalu. Dah nak raya dah kita ye? (ayat typical orang Melayu). Hehehe. Dah lama ustaz tak menulis di sini, tiba-tiba tergerak hati untuk menulis waktu weekend ni.

Sebelum ini ustaz sempat tulis sekali je kot kat VLL rasanya. Berkenaan isu Palestin. Kesian pembaca VLL semua ye. Mesti ternanti-nanti tulisan ustaz ni. Takpe ye, hari ini ustaz akan ubat rindu pembaca  semua. Heheh.

Kali ini ustaz nak bagi motivasi sikitlah pada kita semua, sempena bulan Ramadhan ni kan. Ramai orang yang tiba-tiba sahaja meningkat amalannya pada bulan yang mulia ini. Ustaz tumpang gembira tengok masyarakat Islam di Malaysia ini semuanya tekun datang ke masjid. Seronok betul ustaz dapat berjemaah beramai-ramai. Rasa meriah dan best waktu beribadat bersama-sama.

Di sini ustaz hanya nak tambahkan lagi “perencah” untuk bulan Ramadhan ni. Nak bagi lagi semangat kita beramal.

Ustaz petik satu hadis Nabi s.a.w berkenaan bulan Ramadhan yang berbunyi :

Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka. Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya.

Dalam hadis di atas, ALLAH telah menjanjikan kepada kita(orang yang berpuasa) syurga. Macam menarik je kan? Ke guane? Ish, ustaz tak pandailah nak describe macamana syurga yang ALLAH janjikan tu.

Yelah, sebabnya kadang-kadang ustaz sendiri pun rasa biasa saja bila dengar perkataan “syurga”. Tak macam para sahabat dulu, masing-masing “terliur” bila dengar perkataan syurga. Ada yang khayal sekejap mendengar keindahan syurga.

Tapi ustaz boleh pula tak rasa apa-apa. Ish lemahnya iman ustaz ye? Harapnya pembaca VLL ni jangan jadi macam ustaz la ye. Korang semua iman kena mantap! Biarlah ustaz sorang je iman lemah.  Heheh apelah ustaz meracau nih.

Oklah, ustaz cuba gambarkan syurga tu macamana lah ye. Kadang-kadang ustaz tengok hotel mewah-mewah, teringin ustaz nak lepak dalam tu, tapi tak mampu pula. Bila ustaz tengok gambar kawan-kawan pergi jalan kat tepi pantai yang laut dia biru, pasir die halus & bersih, dalam hati ustaz, terasalah nikmatnya kalau dapat baring sambil layan angin dan udara pantai. Hilang segala masalah ustaz.

Tak nampak lagi macamana bestnya syurga? Ok, ustaz cuba bagi “nampak”. ;)

rumah1

Mungkin ini rupa rumah kita nanti di syurga.

rumah2

Ke nak yang macam ni?

rumah3

Yang ni lagi ok kot ustaz rasa?

rumah5

Tepi bilik tidur ada swimming pool. Apa macam? Hehe

rumah4

Lebih kurang macam ni la kot ye bilik tidurnya?

laut4

Rumah kita nanti ada tempat lepak tepi kolam.

laut3

Kenapa syurga ni macam takde orang je? Hehe

laut1

Ooo semua orang pergi mandi laut rupanya. Patutlah takde orang kat kolam. Tu ahli ibadat manalah tu tengah snorkeling. Hehee

laut2

Ni kira private beach ni. Tu pasal takde orang. Hehe

makan1

Cuba bayangkan kita lepak tepi laut sambil layan “kebab” cicah kicap kipas udang ni

makan2

Tiba-tiba datang pula seorang bidadari hidangkan popiah goreng lah pulak!

makan3

Tak sempat habis makan popiah, dah dihulurnya buah-buah warna-warni ni. Siapa pula nak makan nih?

makan5

Tiba-tiba ada seorang bidadari lagi tarik tangan ustaz (yeke?), bawa pergi ke meja buffet. Wah!

makan4

Ustaz tengok benda ni, macam pernah wujud kat dunia dulu. Macam kuih lapis je benda hijau nih. Bidadari keturunan melayu agaknya yang buat. Heheh

makan6

Ajaib… dekat syurga telur mata kerbau dia ada dua ye kuning telur dia? Teringat ustaz waktu diperangkap dengar ISK dulu. Ini lah analogi kuning telur yang dorang sebut-sebut tu agaknya.

makan7

Huuu ada kuew tiaw goreng udang. Mesti best nih. Macam Char Kuew Tiaw pun ade. Mesti bidadari Penang buat nih.

makan8

Yang ni apa entah. Nampak macam sedap. Makanan jepun kot ye?

Cukuplah kot gambarnya ye. Bolehlah rasa “feel” syurga tu rasanya ye? Tu belum ustaz cerita pasal bidadari lagi. Tapi ustaz tak boleh cerita kat sini (zaujah jeles nanti). Heheh.

Nak lagi feel, kenalah masuk syurga itu sendiri. Nak masuk syurga pula, kenalah tingkatkan amalan bulan Ramadhan ini. Di awal-awal ini, banyakkan bertaubat kepada ALLAH. InsyaALLAH amalan yang kita lakukan akan diterima dan dilipatkaligandakan pahalanya.

So camne? Ada rasa termotivasi sikit ke untuk beramal bulan ni? :)

Ok, ustaz nak pergi mengaji kejap.

Senyum sokmo… :D