Assalamualaikum,

Hidup di France ni, sudah semestinya kita mempunyai bermacam-macam pengalaman berkawan dengan francophone yang lain. Sama ada kita berkawan dengan orang yang akan membawa kita ke arah kebaikan, ataupun kita  berkawan dengan orang yang akan membawa kita lembah kesesatan.

Saya tertarik dengan satu nasihat yang diberikan oleh seorang Muslim berasal dari Maghribi bernama Annuar ini. Dia telah memberikan nasihat kepada seorang pelajar kita di Tours secara tidak langsung ketika dia sedang melawat Malaysia.

Apa yang menariknya lagi, Annuar ini sebenarnya fasih berbahasa Melayu. Tapi dalam nasihat dia kali ini, dia cakap french lah. LoL!

Ringkasan nasihat dari Annuar kepada kita :

1. Banyakkan baca buku French untuk mantapkan bahasa French kita.
2. Sampai sahaja di France, cari masjid berdekatan.
3. Pergi ke masjid dan berkawan dengan orang2 di masjid.
4. Bersungguh-sungguh.

Walaupun dalam keadaan bersahaja, di akhir-akhir rakaman, Annuar telah merumuskan nasihatnya kembali :

Si tu etudies le francais, tu vas a la mosquee, avoir des amis de la mosquee, et tu es serieux, InsyaALLAH, you will be succesfull. HaHa - Annuar

Sama-sama kita amalkan. Terutama sekali pelajar-pelajar dekat Tours. LoL!