Latest News Updates  
  • Pimpin 2

    wmf2 Comments

    Assalamualaikum, lama tak ketemu di sini.

    Buat masa ini, pelajar-pelajar di France sedang sibuk berkempen, bersiap-sedia untuk sesi Pilihanraya MASAF 2009/2010. Kalau tengok keadaan di forum, memang hangat. Lebih hangat dari biasa! :P

    Baguslah, masing-masing menunjukkan semangat sendiri, masing-masing nampaknya sayang akan MASAF.  C’est bon signe kata orang tempatan.

    Click to continue reading “Pimpin 2″

    • awangpaker |  6:49 pm May 15, 2009

      Saya adalah pemimpin….
      Baiklah…

    • adik |  8:58 pm May 25, 2009

      Salam. waaaaaahhhhh adik dh merindukan cahaya VLL!!!. kembalikanlah sinarmuu!!!!!!!!!! :D

  • Sedikit Tinta

    kaki masam |  8:58 pm May 25, 2009 |  2 Comments

    img_7307

    Salam,

    Sudah lama tidak saya menulis disini, bukan tidak mahu, tetapi memberi peluang kepada sahabat-sahabat disini.

    Banyak topik yang ingin diperceritakan sebenarnya, dari soal kahwin,cinta, pelajaran  hinggalah ke soal kerja.

    Begitu banyak yang ingin dikongsi.Begitu banyak yang ingin dicurahi.

    Sekarang ini musim cuti, ramai rakan2 yang mengambil peluang untuk berjalan2 dan melawat2 bandar di Perancis ini.

    Diharapkan perjalanan itu, sentiasa dipayungi oleh rahmat Allah. Jangan lupa perkara2 yang wajib, dan janganlah pula melakukan perkara yang haram.

    Kepada mereka yang akan meninggalkan bumi Perancis,pada summer nanti, terutama yang akan bekerja atau sambung belajar di tempat lain. Sudah tentu pengalaman anda di Perancis,akan kekal sedikit sebanyak dlam ingatan.

    Disaat, anda mula2 datang, anda berkenalan dengan senior, belajar bertutur dalam bahasa perancis dengan lebih lancar dan melancung di seluruh Eropah.

    Sudah tentu anda akan merasa sedikit sedih mahupun banyak, untuk meninggalkan Perancis.

    Setiap yang bermula itu ada kesudahan.Dan sudah tentu semua ini ditentukan oleh Qada’ dan Qadar Allah S.W.T

    Kepada yang baru sampai,anda haruslah memanfaatkan peluang ini, untuk menjadi hamba Allah yang bukan sahaja berjasa kepada bangsa dan Negara, tetapi kepada agama Islam.

    Moga-moga ukhuwwah yang telah terjalin dan bakal terjalin akan sentiasa di berkati dan dirahmati Allah.


    • pak cik mat |  12:28 pm April 22, 2009

      Sayu je baca post kaki masam kali ni. Jazakallah atas nasihat-nasihat di atas. Setiap perjalanan kita atas muka bumi ni ada tujuannya. Sentiasalah ingat ye.
      Baidewei, macam sedap je nasi yang mereka makan dlm gambar tu :P

    • adik |  6:52 pm April 22, 2009

      Sama2 manfaatkan peluang yg ada insyaAllah. sedapnya makan nasi atas daun pisang malaysia ^^!

  • Popiah Lumière

    adik |  6:52 pm April 22, 2009 |  7 Comments

    Assalamualaikum WBT. Diharapkan semua pembaca sihat-sihat semuanya ye, baik dari dalaman ataupun luaran. ^^,. Oklah. Hari ni adik nak share satu resepi ni. Resepi simple je. Tahap student darjah tiga pun dah start boleh buat kot huhu. Mmm adik ni tak adalah pandai sangat masak, tapi kalau yang senang-senang bolehlah. Mesti ramai kawan-kawan kita kat France ni and kat luar sana yang lebih mantap kan? Nanti dah boleh masak bolehlah tolong sikit-sikit zaujah (isteri) di dapur tu. Macam Rasulullah dahulu, kerja-kerja rumah pun baginda suka tolong, termasuklah menjahit bajunya sendiri.

    Ok. So resepi adik hari ni ialah “Popiah Lumière”, ataupun “Popiah Cahaya”. Wuahaha. Macam kelakar la pulak. Tapi tak mengapalah. So apa yang perlu ada? ;

    1. Kulit Popiah
    2. Taugeh
    3. Carrot
    4. Chili paste with soya oil. (Ni ikut suka rasa masing-masing, nak ganti dengan sos tiram ke, serbuk lada ke, etc…atau tak payah letak.)
    5. Sedikit garam
    6. Telur

    Bagaimana nak buat?

    1. Kulit Popiah kalau baru keluar peti ais, tunggu dia lembut sekejap. Nanti susah pulak nak carik keluar kan. Lepas tu, potong carrot kecil-kecil, and sediakan taugeh.

    rennes-008

    2. Campurkan taugeh dan potongan carrot. Campurkan sedikit Chili paste (atau perasa pilihan anda) dan gaul sehingga rata. Kalau kurang masin, tambahkan sedikit garam.

    rennes-009

    3. Letakkan kulit popiah di atas pinggan, dan letak sedikit campuran carrot dan taugeh tadi. Kemudian, lipat dan gulung kulit popiah tersebut. Untuk memastikan campuran dalam popiah tidak terkeluar, selepas lipat popiah, sapukan sedikit telur yang telah dipukul di penghujung lipatan. Berfungsi seperti gam la di sini.

    rennes-010

    rennes-011

    4. Akhir sekali, goreng di dalam minyak yang panas dan jangan sampai hangus ya! Agak-agak sudah kekuningan dah boleh diangkat dan tos minyak. Ini hasilnya!!!

    rennes-017

    Ok itu sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba (kalau rajin) resepi adik yang tidak seberapa ini. Kalau dah siap tu jangan lupa juga bagi kawan makan kat sebelah. Sedekah yang ikhlas tu banyak pahalanya dan makan bersama saudara itu penuh dengan rahmatNya insyaAllah. Wassalam =) ~~~~

    • masruddin |  7:48 am April 8, 2009

      mmmm lapar pulak huhuhu ~~~~~~ =P

      • adik |  7:33 am April 9, 2009

        yup yup lapaq jugak. jom makan dh siap!

    • pak cik mat |  11:13 pm April 8, 2009

      fuhh mantap gila! duk kat france pun boleh buat popiah! lepas ni boleh buat resepi kepok lekor lak ye adik? pak cik mat ngidam le

      • adik |  7:32 am April 9, 2009

        kalau x silap pak cik mat ni org ganu ke? waaaa kepok lekor pak cik mat yg ajar ye, adik gorengje tau huhu.

    • admin |  12:20 am April 9, 2009

      Mas! Popiah satu!

      • adik |  7:30 am April 9, 2009

        Nak adik buatkn ke mas buatkn? lol. ok siap! =)

    • dudu |  5:39 pm April 9, 2009

      merci²; nanti dudu nak cuba buat jugak lah ^^

  • How big is your problem?

    myFiKrah |  5:39 pm April 9, 2009 |  3 Comments

    BismiLlah,

    Setiap orang mesti ada masalah. Besar ke, kecik ke.. yg penting, mesti ada punyalah. Cuma persoalannya ialah bagaimana kita berunding dengan setiap masalah yg kita hadapi tu.

    Sy bukan seorang kaunselor, jauh sekali seorang motivator etc.

    Tp pape pon, jom tengok video dulu.

    Beberapa pengajaran :

    1. Allah itu Maha Hebat. Betapa besar, dan luas alam ini.. tak tercapai akalmu.. eh eh =p

    2. Sebesar2 masalah kita, besar mana lah sangat.. kan? Cuba tengok blk video tu.. huhu

    Ok, sekian. Kalau rasa macam tak berapa sampai mesej post kali ni, abaikan je.. =)

    WA

    • hadi |  6:42 am April 8, 2009

      salam,

      betul tu, bila tengok video ni, rasa kecil sangat diri kita ni.

      tentang masalah² yg kita hadapi dalam kehidupan seharian pula, yang penting ialah kita bersikap profesional menghadapinya dan cuba pastikan supaya ia tidak menjejaskan aspek² penting lain dlm life ni.

      cuba kita fikir walau besarnya masalah kita dan tekanan yg kita hadapi, ada je orang lain yg mempunyai masalah yg jauh lbh besar dari kita.

      ada orang, nak cari duit utk makan pun susah, rumah pun takde….

      apa² pun, selalu ingat pada Allah pada setiap saat dan ujian² itu insyaAllah akan membuatkan kita lebih bersyukur terhadap nikmat² yang diberikan.

      insyaAllah boleh lah kita curhat² dengan kawan² kita kalau ada masalah, lil ! kadang² simpan sorang² ni lama² jadi besar, sampai diri sendiri pun tak tahu nak buat apa. baik tanya pendapat teman² rapat dlm hidup kita ,insyaAllah mereka memahami dan sedia membantu.

      hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

      insyaAllah kita stay cool je dan senyum² selalu. supaya orang disekeliling kita pun rasa best nanti :) senyum lah seperti ustaz senyum kita tu,huhu…..

      sekian dariku

    • adik |  6:48 am April 8, 2009

      Salam. SubahanaAllah. Maha Suci Allah. Hanya kepadaNya pujian layak kita berikan. Ya Allah, janganlah kau jadikan kami buta dalam melihat kebesaranMu ya Allah…berilah hidayah kepada kami, hingga terbentuknya keimanan dan kepatuhan yang mantap kepadaMu, kerana Kau sebaik-baik pemberi balasan…

    • myFiKrah |  7:20 pm April 8, 2009

      Personally, bila tengok balik berkali2 video tu.. terasa sgt insaf.. terasa sgt kerdil kita. betapa Berkuasa nya Allah.. betapa Hebatnya dia.. betapa Bijak nya Allah..

      Dari video ni jugak kita patut lebih faham ttg konsep “infiniti”.. seakan2 tiada penghujung. Bgmana dgn INFINITI nya alam akhirat nnt agaknya.

      Sekali lagi, tak tercapai akalmu.. eh eh =p

      Mmg akal tak tercapai, tapi IMAN perlu membenarkan semua tu. Bukti dah jelas. Tanda dah jelas.

      WA

  • Assalamualaikum,

    Tahniah kepada batch MARA dan JPA yang akan fly pada pertengahan April ini. Kami di VLL amat mengalu-alukan kedatangan kalian semua.

    Atas rasa tanggungjawab, rasanya perlu kami sampaikan perkara penting sebagai panduan sebelum fly kepada kalian semua.

    Okay, jom bersoal jawab!

    Click to continue reading “Persedian Dan Kelengkapan Kepada Pelajar Pre France 6 – Nice, Toulon, Aix”

    • shahreza |  5:08 am April 6, 2009

      salam

      ya Allah.tkasih banyak2 tau

      nanti apa2 akan dcontact lagi ya :)

    • adik punya abang |  11:57 am April 6, 2009

      periuk nasik nak kene bawak ke bang???

    • admin |  3:52 pm April 6, 2009

      tak perlu dik. kat sini ade jual. berat beg nanti. kesian beg itu =p

    • ali hassan |  3:41 am April 7, 2009

      kalau nk bw xtra makanan bleh x? nk bw kepok lekor, serunding ke. ad tips tak supaya ktorg leh sorok2 brg speseli brg2 cmtu drpd kne tahan kt airport nti? hehe ;-)

      • admin |  8:22 am April 7, 2009

        barang camtu tak kena tahan pun. boleh je bawak. yang tu memang takde kat sini. jangan lupe bawak tuk senior skali =p

        jangan bawak dalam hand luggage sudah lah

    • Athir de Toulon |  4:17 am April 7, 2009

      siapa nak tolong budak2 toulon nanti?
      boleh bagi nombor2 senior tak untuk mudah berhubung nanti.
      hand luggage maximum brapa kilo???

      • admin |  8:22 am April 7, 2009

        Untuk hand luggage, MAS tetapkan 5kg. Tapi selalunya dia tak timbang. Cuma saiz dia yang penting : 56 cm x 36 cm (epaisseur : 23cm)

        Untuk baggage pula, nak selamat letak 23 kg max. Kalau tibe2 terlebih limit tu masa timbang kat rumah, dekat airport tu pakat dgn kawan nak “group check in”. selalu boleh tolerate sikit.

        dekat Toulon takde siapa2 lagi. Tapi insyaALLAH akan ada senior yang akan pergi sana.

        contact samaada 3 orang ni :

        Abang Am : +33674548115
        Abang Tam : +33677407580
        Abang Wan : +33633048121

        Jangan segan2. Kalau takde duit, SMS je. Nanti dorang leh call

    • kaki masam |  9:44 am April 7, 2009

      Abang Am?
      huhu……ROFL

    • kaki masam |  9:46 am April 7, 2009

      Ader satu abang yg dok tak jauh dari Toulon(50 minit), dier ader keter lagi….
      tapi tak segelemer Abang Am yg macho tu la:

      • admin |  11:40 am April 7, 2009

        Oh lupa. Untuk budak Aix boleh contact :

        Abang Hubby : +33671820796

    • dudu |  2:23 pm April 7, 2009

      di nice,aix dan toulon ada masjid tak? berapa minit jalan kaki? nanti sampai camne nak tahu jadual solat kat sana?

      tak sabar nak jumpa abang yang ada kete tu .datanglah aix selalu2 nnt.

      • admin |  12:34 pm April 8, 2009

        Di Nice ada banyak masjid. Boleh pilih. Senang je.

        Di Aix ada satu masjid di centre ville, tapi agak tersorok sikit.

        Di Toulon insyaALLAH ada, cuma nak kena cari dulu memandangkan takde Malaysian lagi pernah stay situ. Nanti senior akan guide insyaALLAH. Jangan risau ye, dudu =p

        Untuk waktu solat, dudu boleh download software kat http://www.islamicfinder.org

        Tapi kat masjid selalu guna waktu solat sendiri. So setiap bulan, ambillah kertas waktu solatyang setiap masjid sediakan.

    • musafir |  4:58 pm April 7, 2009

      Salam. nak tnya la. makanan halal senang ke nak cari? mahal x? duit elaun setiap bulan tu cukup ke? terima kasih.

      • admin |  12:36 pm April 8, 2009

        Makanan halal senang cari dik, jangan takut. Tak mahal pun. French pun beli yang halal.
        Duit elaun setiap bulan lebih dari cukup. Cuma ramai orang buat2 tak cukup.

    • shahreza |  5:26 pm April 7, 2009

      salam

      nak tanya, baju2, selimu2, seluar2, benda2 kain dekat sana murah tak?

      oh ya, basikal murah tak dkt sana?

    • myFiKrah |  12:47 am April 8, 2009

      wslm,

      Nak kata murah tu, biasa je kot.

      Tp dari segi praktikal nya, patut beli sini je. Buat berat beg.

      Tp, kalau nk spesifik sket :

      Baju : baju sejuk beli selai je dah. lgpun baju sejuk kat msia kebanayakannya tak sesuai pon nak pakai kat sini. en plus lagi, skarang kat sud ni tak sejuk pon. t-shirt2 sume kalau nk bawak dr msia takde masalah. tp je te jure que baju kat sini byk lagi lawa kot. a la mode lah katakan.. ngahaha.

      Selimut : err.. tak penah ada orang bawak kot so far? huhu. pon tak perlu. nnt nak dekat winter, baru beli couette tu. takpe, ni pun senior boleh tunjuk mana tempat boleh dapat murah.

      Seluar : Yg ni exception sket kot. Boleh bawak lebih sket dari Msia. Sbb kat sini size orang Eu ni kadang2 pelik sket. Nak pegi potong and betulkan bawah kaki seluar etc2 sume tu mcm leceh sket. Klo boleh, beli satu kot spare seluar thermal (long john) yg orang pakai kat dalam tu. ni in case lah kalau tak biasa dgn cuaca sini mula2. benda tu kat sini jual time winter je.

      Benda2 kain : tak mahal, tak murah. Tp kain pelikat, bawak lah. Sini tadak. baju raya, bawak gak. Kedai ARab sini nye tak jual baju melayu. huhu.

      Basikal? Boleh dapat around 100 – 150 euro. tu murah dah tu. nak mahal, 1000 eu pon ada.. haha. (basikal aku kena cilok tempat duduk, sampai hari ni tak ganti2 lg. tersadai kat tempat parking basikal..haha)

      Ok, tanya2 lagi.. “ask, while you still can,.. ” hehe..

      WA

    • myFiKrah |  1:44 am April 8, 2009

      Musafir,

      Makanan halal bersepah. Kalau tak, guane kami hidup sampai sekarang ni..huhu

      Mahal? Huisy.. rasanya, soal duit tak penah jadi isu kot kalau kat sini. Belanja macam orang lain, relax, tranquil..beli apa yg perlu je.. etc2, konpem tiap2 bulan boleh save dekat separuh duit.

      jgn membazir, itu yg penting.

      WA

    • Hazique de Nice |  8:53 am April 8, 2009

      Uishhhhh…. agak byk. Eit klu ak ade kad enrich tu blh tmbh 10 kilo lgi, blh gune ke? :D

      Batu lesung pula????

      Klu ade duit hantar la moto shipping satu ^_^

      • admin |  9:19 am April 8, 2009

        lesung batu ada jual kat sini.

        apa yang agak banyak tu? Er, kad enrich? Takde orang pernah guna pula. Kita tunggu komen dari senior2 lain.

    • anak terengganu |  9:47 am April 8, 2009

      kepada sapa2 yg nk order keropok lekor ke, keropok keping ke, budu ke, tempoyak ke, dgn kitorg, cpt btau! haha juz kidin :-D

      • admin |  12:29 pm April 8, 2009

        Ha betul tuh, elok bawa keropok lekor, keropok keping, tempoyak kat sini. Takde jual. HeHe.

        Kalau budu, belacan, cencalok tu memang ada jual.

        • budu_cheese |  3:38 pm April 12, 2009

          btol ko budu ado kt france? igt nok nk bwk sedozen ni.

          • admin |  11:25 pm April 12, 2009

            ade dik. toksah bawak sedozen

    • unknown |  11:48 am April 8, 2009

      Salam.
      Pasal periuk nasi tu, nak bwk pun x salah sebenarnya. So, if nak bawak, memadailah yg untuk 2 @ 3 pot beras. Tapi tak indispensable. Utamakan barang yang lain.

      ———————————————————-

      edited by Admin

      Maaf unknown, saya edit sikit komen saudari sebab kat sud memang banyak jual periuk nasi pelbagai jenis dan saiz.

      Mengenai harga rasanya kalau nak dibandingkan dengan scholarship, memang boleh kata murah.

      Jazakillah atas nasihat.

  • Peperiksaan? Tension?

    dolfin |  11:48 am April 8, 2009 |  3 Comments

    Assalamualaikum sahabat2. kali pertama ni Dolfin naik ke permukaan, saje la tensen2 blaja kan. hihi. Dolfin ni bukan apa, esok ada exam maths 4 jam tanpa henti. jadi tadi buat la revision kan. tapi lama2 Dolfin baca, Dolfin rasa Dolfin kurang sesuatu la. Dolfin pun terasa la nak naik ke permukaan, ala, mencari cahaya di permukaan ; vers la lumiere. hehe.

    Bila Dolfin fikirkan. Kenapa nak tensen2 kan diri belajar. sampai blaja lebih diutamakan, sampai skip waktu pergi surau. solat dah la buat kat rumah, cepat2 pulak tu. sebab nak buat revision kan. ni ke diri kite? sebagai muslim? Dolfin ni pun muslim taw. hihi.

    Tadi Dolfin buat la post-mortem kan. kenapa lambat sangat faham matematik ni. bila fikir2 balik, rupanya banyak nye kekurangan Dolfin, yang kalau dibuat perbandingan, tak layak pun Dolfin nak dapat markah 5 pun dalam test.

    Saje je Dolfin bercerita. sambil berikan pengajaran kat para pembaca. okla. Dolfin nak sambung blaja matematik. selamat blaja jugak kat saudara2 Dolfin yang ada exam esok.

    Jangan tensen2. Ingatlah. ALLAH xkan turunkan ujian jika kita x mampu menahannya. kan.

    Salam sayang,

    dolphin

    • dudu |  2:28 pm April 7, 2009

      good luck untuk sahabat2 yang menghadapi exams minggu ni. insyaAllah kuatkan hubungan dengan Allah swt dan banyakkan usaha dan doa.

    • adik |  5:00 pm April 7, 2009

      salam dolfin. wah bestnye nnti adik boleh la kawan dgn dolfin kn? silaturrahim n ukhuwah kn? huhu. goodluck exam. doakan adik juga ye. ^^

    • ikan keli |  7:51 am April 11, 2009

      tp nampak dolfin selalu je dpt markah gempak² dlm kelas? huhu

  • Makkah Sebagai Pusat Bumi

    ashrawi |  7:51 am April 11, 2009 |  2 Comments

    kaabah-3

    Makkah—juga disebut Bakkah—tempat di mana umat Islam melaksanakan haji itu terbukti sebagai tempat yang pertama diciptakan. Telah menjadi kenyataan ilmiah bahwa bola bumi ini pada mulanya tenggelam di dalam air (samudera yang sangat luas).

    Kemudian gunung api di dasar samudera ini meletus dengan keras dan mengirimkan lava dan magma dalam jumlah besar yang membentuk ‘bukit’. Dan bukit ini adalah tempat Allah memerintahkan untuk menjadikannya lantai dari Ka’bah (kiblat). Batu basal Makkah dibuktikan oleh suatu kajian ilmiah sebagai batu paling purba di bumi.

    Jika demikian, ini bererti bahwa Allah terus-menerus memperluas dataran dari tempat ini. Jadi, ini adalah tempat yang paling tua di dunia.

    Adakah hadits yang nabawi yang menunjukkan fakta yang mengejutkan ini? Jawapannya adalah ya.
    Nabi bersabda, ‘Ka’bah itu adalah sesistem tanah di atas air, dari tempat itu bumi ini diperluas.’ Dan ini didukung oleh fakta tersebut.

    kaabahqiblasidescountries

    Makkah Pusat Bumi

    Prof. Hussain Kamel menemukan suatu fakta mengejutkan bahwa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.

    Untuk tujuan ini, ia menarik garis-garis pada peta, dan sesudah itu ia mengamati dengan seksama posisi ketujuh benua terhadap Makkah dan jarak masing-masing. Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan projection garis bujur dan garis lintang.

    Setelah dua tahun memubuat kajian yang sulit dan complex itu, dibantu dengan program-program komputer untuk menentukan jarak-jarak yang benar dan variasi-variasi yang berbeza, serta untuk melihat perkara perkara lain. Dia merasa kagum dengan apa yang ditemukan, bahawa Makkah merupakan pusat bumi.

    Ia menyedari kemungkinan menggambar suatu lingkaran dengan Makkah sebagai titik pusatnya, dan garis luar lingkaran itu adalah benua-benuanya. Dan pada waktu yang sama, ia bergerak bersamaan dengan keliling luar benua-benua tersebut. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos 1978).

    Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, memberikan hasil yang sama ketika kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.

    Telah menjadi teori yang sah secara ilmiah bahwa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makkah.

    Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan bermaksud untuk membuktikan bahwa Makkah adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam banyak majalah sains di Barat.

    Allah berfirman di dalam al-Qur’an al-Karim sebagai berikut:

    ‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Qur’an dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya..’ (asy-Syura: 7)

    Kata ‘Ummul Qura’ bererti ibu bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang penting di dalam budaya Islam.

    Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain itu, kata ‘ibu’ memberi Makkah keunggulan di atas semua kota lain.

    Makkah atau Greenwich

    Berdasarkan pertimbangan yang sama rata bahwa Makkah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan daripada satelit, maka benar-benar diyakini bahwa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang dimulai empat dekad yang lalu.

    Ada banyak hujah ilmiah untuk membuktikan bahwa Makkah merupakan wilayah nol bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut, dan ia tidak melewati Greenwich di Inggris. GMT dipaksakan pada dunia ketika majoriti negeri di dunia berada di bawah jajahan Inggris. Jika waktu Makkah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu solat.

    Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit

    Ada beberapa ayat dan hadits nabawi yang menceritakan mengenai fakta ini. Allah berfirman, ‘Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.’ (ar-Rahman:33)

    Kata aqthar adalah bentuk jamak dari kata ‘qutr’ yang berarti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.

    Dari ayat ini dan dari beberapa hadits dapat dipahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Makkah berada di tengah-tengah bumi, maka itu berarti bahwa Makkah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.

    Selain itu ada hadits yang mengatakan bahwa Masjidil Haram di Makkah, tempat Ka‘bah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh bumi (maksudnya tujuh lapisan pembentuk bumi)
    Nabi bersabda, ‘Wahai orang-orang Makkah, wahai orang-orang Quraisy, sesungguhnya kalian berada di bawah pertengahan langit.’

    putaran-bumi

    Thawaf di Sekitar Makkah

    Dalam Islam, ketika seseorang thawaf di sekitar Ka’bah, maka ia memulai dari Hajar Aswad, dan gerakannya harus berlawanan dengan arah jarum jam. Hal itu adalah penting mengingat segala sesuatu di alam semesta dari atom hingga galaksi itu bergerak berlawanan dengan arah jarum jam.

    Elektron-elektron di dalam atom mengelilingi nukleus secara berlawanan dengan jarum jam. Di dalam tubuh, sitoplasma mengelilingi nukleus suatu sel berlawanan dengan arah jarum jam. Molekul-molekul protein-protein terbentuk dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam. Darah memulai gerakannya dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam.

    Di dalam kandungan para ibu, telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam. Sperma ketika mencapai indung telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam. Peredaran darah manusia mulai gerakan berlawanan dengan arah jarum jamnya. Perputaran bumi pada paksinya dan di sekeliling matahari secara berlawanan dengan arah jarum jam.

    Perputaran matahari pada paksinya berlawanan dengan arah jarum jam. Matahari dengan semua sistemnya mengelilingi suatu titik tertentu di dalam galaksi berlawanan dengan arah jarum jam. Galaksi juga berputar pada paksinya berlawanan dengan arah jarum jam.

    • ikhwahcanada |  10:20 pm March 30, 2009

      Subhanallah!

      post kali nih buat ana terangkat la! =)
      x tau pulak selama nih kaabah ni pusat bumi..
      buat sahabat2 di France yang amik geologi nih,nnt explique kat ana lg ye..hoho.

    • abang |  10:28 pm March 30, 2009

      subhanALLAH..
      hebatnya…
      baca artikel ni je da dpt rasa aura Makkah tu..
      ntah mcm mane pulak bila betul² ada kat sana nanti…
      mesti lagi ter-aura-aura lagi..uishh dahsyat²…

  • Pimpin

    wmf |  10:28 pm March 30, 2009 |  7 Comments

    Dua tiga hari ini media-media di tanah air sibuk memaparkan berita-berita tentang pilihan raya sebuah parti politik yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Buka sahaja website akhbar, hampir 80% berita berkisarkan tentang perjalanan dan keputusan pilihan raya yang pada waktu sekarang sudah hampir sampai ke penghujungnya. Naik bosan pun ada hehe.

    Tahniah kepada calon-calon yang menang, cuba lagi kepada yang kalah. Ayat itu sentiasa kita dengar kan?

    Tentu ramai pembaca-pembaca VLL ini yang pernah memegang jawatan, tak kira apa-apa jawatan, di sekolah rendah, menengah, mahupun di universiti. Dari ketua kelas hinggalah ke jawatan presiden majlis perwakilan pelajar. Bagi yang lelaki, sampai suatu masa, bersedialah untuk menjadi ketua keluarga.

    Pemimpin. Beratnya perkataan ini. Berat bukan di atas neraca, tapi berat yang lain lah!

    pemimpin-untuk-rakyat
    Pemimpin

    Mari kita baca hadis ini :

    Rasullullah bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah Radhiyallahu’anhu, “Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah kamu meminta untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika kepimpinan diberikan kepada kamu kerana permintaan, maka kamu akan memikul tanggungjawab sendirian, dan jika kepimpinan itu diberikan kepada kamu bukan kerana permintaan, maka kamu akan dibantu untuk menanggungnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Hadis ini menunjukkan kepada kita betapa berat dan besarnya tanggungjawab seorang yang bergelar pemimpin. Bahkan Gunung Everest pun akan runtuh jika memikul jawatan ini.

    everestdm0105_468x330
    Gunung Everest

    Mari kita lihat realiti yang ada sekarang. Ramai manusia berebut-rebut untuk memegang jawatan, tidak kira dalam bidang politik, kerja, mahupun dalam pergaulan seharian kita. Bahkan yang sangat menyedihkan, ada di antara mereka yang sanggup mengotorkan kesucian yang patut ada pada diri seorang pemimpin Islam dengan memberi ‘cenderamata’ kepada sesiapa sahaja supaya menyokongnya. Aduhhh.

    Bukan salah untuk menjadi pemimpin, bahkan pemimpin adalah satu pekerjaan yang sangat mulia. Pemimpin kita, baginda Rasulullah SAW adalah contoh pemimpin terbaik bagi semua umat manusia. Pemikir-pemikir barat pun mengiktiraf kepimpinan baginda.

    Cuma perlu diingatkan, seorang pemimpin yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat/pembuang undi hendaklah melaksanakan tugasnya seperti yang digariskan oleh Islam. Niatnya perlulah lurus, sesuai dengan apa yang Allah telah perintahkan. Dan yang paling perlu dielakkan ialah kepimpinan mengikut hawa nafsu. Itulah cabaran yang sebenar bagi seorang ketua.

    Bilakah agaknya kepimpinan khalifah Islam akan mengambil alih nakhoda Bumi ini? Dengan ini, nescaya kita akan aman, InsyaAllah.

    • Tun Khairy Jamaluddin |  1:04 pm March 27, 2009

      wmf perli saya ker?

      tkperla, sya redha jer, malam ni saya buat kesyukuran gulai kambing di planoise.jmput datang

    • anonymous |  7:53 pm March 27, 2009

      tugas kitalah utk menunaikan tanggungjawab syahadatul haq supaya islam kembali berkuasa menjadi kuasa dunia….allez, au boulot!!

    • adik |  1:09 pm March 29, 2009

      Salam. Pada hari Pembalasan nnti, pemimpin akan disoal ALLaH terlebih dahulu. Pemimpin seolah-olah berada antara syurga dan neraka. Bukan senang hendak menjadi pemimpin. Tetapi pemimpin yang adil dan saksama, pastinya akan dimuliakan oleh Allah, sehinggakan digolongkan oleh Allah dlm golongan yang memperoleh syafaat daripada ALLAH dan Rasulnya di sana. Seterusnya, kita juga perlu patuh kepada pemimpin, selagi mana dia tidak melakukan perkara yang melanggar syarak. Kita seharusnya cuba utk mmbntu pemimpin yg perlukan bantuan juga, bukannya hendak menjatuhkannya demi kepentingan diri dan dunia.

      Afwan mana2 silap betulkan. jzkk wmf. =)

      • adik |  5:20 pm March 29, 2009

        “Pemimpin seolah-olah berada antara syurga dan neraka.” Bukan “seolah_olah”. teteapi menag berada antara syurga dan neraka.

        =)

    • masruddin |  5:23 pm March 29, 2009

      huhu adik ingat kat apa ni? asyik tersalah2 taip je huhu. xpa2 biasa la tu kadang2 kita tersilap. :D

    • IlhamHamdani |  3:19 am March 30, 2009

      Salam,

      Masalahnya, politik di Malaysia dilihat sebagai lubuk emas. Siapa yang terpilih menjadi pemimpin bermakna terpilih mentadbir negeri(baca: harta khazanah negeri!) Menjadi pemimpin tidak lagi dilihat sebagai peluang berbuat kebaktian (walaupun tak dinafikan masih ada segelintir kecil)

      Ini ternyata berbeza dengan politik matang di tempat lain, di Australia, misalnya ahli politik mereka adalah lahir daripada kalangan ahli perniagaan dan peguam, misalnya. Maknanya, mereka sudah ada jawatan tetap dengan pendapatan lumayan, dan masuk arena politik untuk menyumbang, bukan mem’baham’.

      IlhamHamdani,
      Canberra, Australia

    • sYeD sHaFiZe |  11:18 am March 30, 2009

      Assalammualaikum~~

      Satu bentuk penulisan yg menarik..

      Mengingatkan kembali kpd semua manusia yg smmgnya dcptakn utk mnjd seorang pemimpin (khalifah ) and at a same as a hamba …

      Oleh itu,sama ada kita pemimpin yg dilantik (oleh manusia ) atau tidak..
      kita tetap merupakn seorg pemimpin ( khalifah ) yg akan disoal oleh Allah S.W.T mengenai pelaksanaan tgg jawab kita ketika didunia ini di akhirat sana nnt…

      jzkk~~

  • Uhibbukum fillah

    kaki masam |  11:18 am March 30, 2009 |  No Comments

    heaven-ke

    Ayyuhal ikhwah;

    Rasulullah s.a.w menasihati kita, “malulah kalian kepada Allah dengan sebenar2nya…”

    malu kerana banyak mengenal petunjuk Allah, tapi banyak petunjukNya yang tidak kita gunakan…

    malu…
    kerana kita berulangkali lalai dari Allah…
    berulangkali mendahulukan nafsu dari petunjuk…
    berulangkali mengutamakan dunia daripada akhirat…
    berulangkali mementingkan makhluk daripada al-khaliq

    ucapkanlah istighfar wahai saudaraku… agar kita bisa menggapai CintaNya.

    uhibbukum fillah…

  • Kartun

    adik |  11:18 am March 30, 2009 |  3 Comments

    Salam semua. Semalam adik jalan-jalan di blog-blog kawan-kawan adik, terjumpa ni pulak. Kepada semua peminat kartun Bleach ke, Naruto ke, Doraemon ke, boleh la kalau nak tengok ni jugak huhuhu. Kepada yang sudah berumah tangga bolehlah menonton bersama anak-anak ya. Selamat menonton dan beramal!

    • kaki masam |  6:41 pm March 15, 2009

      Jzkk adik. :) .

    • adik |  8:15 pm March 15, 2009

      comel kn kawan2 adik? ~~~~ lalalala. =)

    • syamel |  1:36 pm March 18, 2009

      waduh!.. kok bumbungnya besar banget deh!