Assalamualaikum,
Bertemu lagi kita di minggu khas pelajar PF7. Kali ni sukalah pulak aku nk ceritakan tentang Aix dan Toulouse.
Aix
Aix merupakan sebuah bandar yg aman dan kecil. Terletak kira-kira 30minit dari Marseille dan 20minit dari kawasan pusat membeli-belah. (menaiki bas) Pengangkutan utama di Aix ialah bas, sama seperti di Toulon. Universiti Aix sgt terkenal. Dan di sini, pelajar-pelajar byk didedahkan dengan Bureau de Methode dan concours utk memasuki ecole. Walaubagaimanapun, silibus pelajaran adalah sama kerana GMP merupakan program national.
Aix merupakan bandar pelajar. So, korang mmg akan biasalah jumpa foreigner dekat Centre Ville. Bilik-bilik di Aix berukuran dlm 9m persegi. Di dalam bilik hanya terdapat sinki dan perabot asas. Sekiranya ingin membuang air, mandi dan masak, setiap floor ada disediakan bilik khas. Di dalam bilik tiada peti sejuk, tetapi ada heater(percuma). Hehe.
Suhu di Aix lbh sejuk berbanding Toulon dan Nice. Walaupun sejuk, ianya tetap nyaman. Kalau di detailkan lagi, bandar Aix selalunya mmg
sesak dgn pelajar. Di sini segalanya ada. Dari segi pakaian hinggalah ke perkakas rumah. Bekalan makanan halal juga sgt mudah di peroleh.
Toulouse
Toulouse terletak kira-kira 4-5jam dari Toulon menaiki tren. Berhampiran dgn Montpellier. Di Toulouse byk bunga matahari dan pemandangan sgt indah. Ada sungai kat sini. Bagi aku, Toulouse adalah bandar modern. Terdapat metro(keretapi bawah tanah) dan bas. Bandar Toulouse terkenal dgn bangunan yg bewarna pink. ( tp aku rase takdelah pink sgt pun)
Toulouse pada asalnya dibangunkan khas utk pendidikan bidang aeroangkasa dan aeronautik. Sewa rumah juga berpatutan. Sekarang ni senior MFI belum ada di sini, tetapi jgn risau, senior-senior lain ada. 2 org lelaki dan perempuan mmg ramai. Toulouse lbh kurang macam Aix, sgt ramai dgn student. So, harap-harap info aku bagi ni dpt membantu korang.
Bahagian penting :
Apa-apa pun pemilihan korang, mesti yakin ketika jawab. Sekiranya betul ingin Toulon atau Nice atau Aix sbg lokasi belajar, harus keluarkan hujah-hujah yg korang minat sgt nk sambung belajar kat sini. Aku harap keputusan ini biarlah korang yg tentukan, bukan lecturer. Sbb sekiranya korang lepas 10, seharusnya korang semua layak utk fly dan memilih lokasi tanpa ditentukan oleh pihak lecturer.
Nasihat aku, di mana-mana kalian berada, ilmu tu sama hebat dan sama taraf. Kita je yg mencorakkan mcm mana status kita bila berada di bandar itu. Kalau pergi ke Harvard pun tetapi malas, mmg takkan berjaya. Kan ? Hehe.
Good luck and all the best. May Allah be with you. InsyaAllah.
