
Assalamualaikum. Semalam, Mosquee de Paris telahpun mengisytiharkan bahawa tarikh puasa di Perancis jatuh pada hari Sabtu 22 Ogos 2009. Pengumuman ini dibuat di website http://www.mosquee-de-paris.org/
Memetik petikan dari website tersebut :
Ce jeudi 29 Chabane de l’année hégirienne (correspondant au jeudi 20 août 2009), “Nuit du Doute“, les membres de la Commission théologique de l’Institut Musulman de la Grande Mosquée de Paris, le président du Conseil français du culte musulman et des membres de son bureau, des imams, des personnalités musulmanes et des responsables associatifs de mosquées et de lieux de culte, réunis à la Mosquée de Paris, informent les musulmans de France que le premier jour du mois de Ramadhan pour l’an 1430 de l’Hégire sera le : Samedi 22 août 2009. Nous implorons Allah pour qu’Il accepte notre jeûne et qu’Il nous comble de Sa Clémence et de Sa Miséricorde durant ce mois béni du Ramadhan.
Marilah kita penuhi setiap hari di bulan Ramadhan kita dengan ibadat siang dan malam yang tidak putus-putus.
Rasulullah telah bersabda :
Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
Di dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda :
Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
Akhir kata, kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkan kita dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorong kita melakukan amalan pengabdian kepada ALLAH s.w.t.

Selamat berpuasa =)
Moga ramadhan kali ini akan lebih baik dari yang lalu buat kita semua…