
Assalamualaikum. Semalam sudah ada orang yang bertanya kepada saya “Eh, bile ye kita puasa kat France ni? Hari Sabtu kan?” Tiba-tiba, ada suara orang yang menyahut di belakang, “Ish mana pulak. Hari Jumaat lah. Malam ni la start terawih”.
HuHu macam-macam.
Sebenarnya kita tak perlu bersusah-payah menjadi ahli falaq untuk mengira tarikh 1 Ramadan yang sebenar. Serahkan sahaja pada yang pakar. Siapa? Dah tentu imam mosquee de Paris! (masjid Paris)
Anda boleh mengetahui tarikh puasa sebenar yang disepakati oleh ulama di France. Layari website mosquee de Paris di http://www.mosquee-de-paris.org/
Ini saya quote dari pengumuman di sana :
Conformément à la tradition de l’Islam, la « Nuit du Doute » se déroulera à la Grande Mosquée de Paris, jeudi 20 août 2009, à partir de 19h00, pour déterminer le premier jour du mois béni de Ramadhan 2009-1430/H en présence de nombreux imams et de la plus large représentation des musulmans de France.
Saya jangkakan kita akan mengetahui tarikh puasa selepas waktu Maghrib hari ini (Khamis, 20 Ogos). Jadinya standby lah siap-siap untuk solat tarawih pada malam ini.
Bagi pelajar France yang masih berada di Malaysia, sudah tentu lebih merasa kemeriahan menyambut Ramadhan. Masjid akan dipenuhi orang melebihi bilangan jemaah yang hadir pada solat Jumaat. MasyaALLAH.
Takpe-takpe. Pelajar di France pun boleh menghidupkan suasana meriah menyambut Ramadhan tu kan. Kenalah pakat sama kawan-kawan untuk berbuka puasa, solat maghrib, isyak, terawih dan bertadarus bersama-sama. Nak lagi menarik, lepas penat solat terawih, kita buat moreh! HuHu.
Selamat menyambut bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik dalam hidup kita.

Ramadhan Mubarak!!
Alhamdulillah dipanjangkan umur bertemu dengan Ramadhan kali ini…
dinosor, selamat berpuasa juga.
InsyaAllah semoga ramadhan kali ini lbh baik dari tahun lepas