” Sesiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang (jihad) dan tidak pernah berlintas dalam dirinya untuk berperang (berjihad), maka dia mati atas satu cabang nifaq (kemunafikan) “ – Riwayat Muslim dalam al-Imarah, al-Nasai dalam al-Jihad dan Abu Daud dalam al-Jihad

Bahagian 2

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Tatkala berjalan seorang diri, keluar dari train yang membawa aku dari West Midlands Airport, tatkala aku senyum sendiri melihat alamat yang diberikan oleh Tasha dahulu, sambil bertanya kepada pak cik di seberang jalan itu. Aku tidak sabar untuk berjumpa dia.

“Hmmm, I’ll make a surprise to you, sayang.”

Tatkala itu juga aku nampak mereka keluar dari Restoran Mak De, restoran makanan segera yang popular juga dikenali sebagai MkD di kalangan masyarakat barat.

Ku lihat kelibat Rizal, mereka berpandangan tangan dan mesra antara satu sama lain. Kami semakin dekat, lantas aku berhenti. Mereka berhenti.

“Tasha, aper nih?” aku meninggikan sedikit suara. Dengan serta merta Tasha melepaskan pegangan tangannya dari Rizal.

“Tasha minta maaf Reez.”

Masa tu aku bingung. Aku macam tak percaya Rizal, rakan sekelas aku di Green dulu telah merampas Tasha dari aku. Walaupun aku sudah perasan bahawa Rizal sudah menunjukkan bibit-bibit minatnya kepada Tasha. Tapi, aku yakin… aku yakin.

“Sorry lah bro, at the time when she needed somebody you weren’t there. You shouldn’t blame her or even me.”balas Rizal.

Ketika itu proses pengtarbiyahan antara aku dan Im dan Adi di KYEMJ baru 8 bulan. Entah kenapa tiba-tiba launan surah An-Nur oleh Adi terngiang-ngiang di telingaku.

Ya, Adi memang mempunyai kebolehan dalam menyampaikan isi penting. Dibaca satu ayat dan maknanya dibaca. Mungkin Adi telah hafal makna dan isi penting surah ini. Terjemahannya pon dibaca mendayu-dayu. Kami yang mendengarnya pon terasa semacam dipukau.

Di dalam surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya :

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.”

Aku senyum seketika. Tipu kalau tiada langsung perasaan sedih dan kecewa dalam diriku. Tipu kalau aku kata aku dah tak sayang pada Tasha. Tapi aku fikir aku harus jaga ego sebagai seorang lelaki. Buat apa menangis di hadapan seorang perempuan. Kesal? Kecewa? Argh, seorang lelaki yang utuh dan jitu seperti aku mana bisa tersungkur dengan mainan syaitan itu!

“Tasha jaga diri elok-elok yer. Jangan nakal-nakal,” makin teresakla tangisan Tasha setelah ku menuturkan kata-kata terakhirku.

“Please bro, she needs some time to deal with all this.” sapa Rizal.

Mujurlah aku bukan panas baran macam bapa. Em, terikut perangai arwah mama mungkin. Sangat penyayang orangnya.

“Siapa nak jadi bro kau, Rizal?” seakan bermonolog dengan diriku.

Kalau aku ni budak-budak, dah lama penumbuk aku ini singgah di muka Rizal.

Tiba-tiba lamunan aku terhenti sekejap. Air mata jatuh berderai. Tikar sejadah sudah basah. Aku seakan-akan tidak mahu berpisah dari sujud itu. Itulah satu-satunya tempat untuk aku mengadu kepada Rabbul Izzati. Tempat ku meluahkan kepada Dia.

Taubatku, penyesalanku. Tempatku meminta agar ditambahkan keimanan dan kekuatanku dalam menghadapi segala ujian dan dugaan. Jam menunjukkan pukol 6.15 pagi. Waktu subuh telah kunjung tiba. Setelah solat sunat Subuh. Aku memberanikan diri untuk menjemput saudaraku yang sedang enak tidur.

“Radzi, assalamualaikum…” ku ketuk pintu bilik Radzi yang berkunci.

“Zi, dah subuh. Bangun Zi…”

Tiba-tiba tidak semena-semena pintu dibuka dan kolar jubahku ditarik oleh Radzi.

“Fareez, aku bagi warning yer. Kalau kau ketuk pintu aku lagi sekali untuk kejut aku bangun, aku report polis!”

Undang-undang Peransit memang pelik. Radzi memang ada hak buat laporan atas tuduhan aku menganggu ketenteraman awam. Sebenarnya, Radzi dah banyak kali mengadu dekat Cik Aliya, Pegawai pendidikan di Embassy Malaysia di Peransit. Dia juga jumpa pegawai ejen kami, SPARING, yang menguruskan hal-hal student tajaan TOTAL, MARANG dan JUPA untuk mengadu hal yang sama. Hal itu tidak dilayan kerana bukan senang untuk mencari apartment di kota Paroi yang mahal ini.

Aku sedar, kalau aku turutkan cakap Radzi tu, boleh jer aku pindah ker apartment private bapa dekat Selatan. Lagi dekat dengan ecole aku. Memang Radzi dah baran dengan aku sejak 7 bulan lalu. Aku pun baru kenal Radzi di Peransit ni. Dia bukan orang yang jahil sangat tentang agama. Dulu sekolah agama sampai form 3. Kemudian tukar masuk MRSM.

“Alaa Reez, tak payahla nak berlagak alim kat sini ok. Kau tu bukannya baik dan bersih sangat pun, serban konon, serban tahi kucing!”

“Kau ingat aku tak tahu kisah kau dulu dengan awek kau. Kau orang kaya Reez. Kawan kau semua teguk arak. Mustahil kau tak buat!”

Kadang-kadang memeritkan juga kata-kata Radzi itu. Aku hanya menegur dia melihat laman web lucah dan tak pergi sembahyang jumaat baru-baru ni. Tetapi ketika aku sedih dan pilu memikirkan perilaku Radzi terhadap aku, nasihat Ustaz Amir ku tanam dan semai kuat-kuat.

“Apa tujuan kita terlibat di jalan dakwah ini? Untuk mencari nama? Untuk tunjuk-tunjuk kita ni orang yang baik dan alim? Untuk apa syabab sekalian? Islam itu harus jadi Ustaziyatul Alam. Menjadi pembimbing. Guidance! Di kala umat semakin huru hara dengan masalah sosial, ekonomi dan politik negara.”

Tetapi point yang buat aku ingat sampai hari ini, adalah untuk melatih kita menjadi sabar.

“Setiap kali kita dihina. Setiap kali kita ditolak hanya untuk menyeru orang ke arah makruf dan mencegah kepada mungkar. Kita kena ingat, itu yang kita mahu. Itu yang kita mahu!”

Sambung ustaz Amir lagi…

“Kita mahu melatih diri menjadi sabar. Kita mahu diuji. Kita mahu menguji kekuatan diri. Syurga bukan senang sahabat sekalian!”

Aku tahu aku masih lagi belum mampu sealim Ustaz Amir yang menghafal semua ayat Quran dan begitu pantas memberikan dalil setiap kali dalam menyampaikan isi.

“Dakwah itu perlu berhikmah, Reez. Sebab itu ana mintak anta baca kisah-kisah nabi, sahabat-sahabat nabi dan para tabiin agar anta dapat ambil pedoman” pesan Ustaz Amir.

“Wahai orang-orang yang beriman mahukah aku tunjukkan kamu satu perniagaan yang boleh membawa kamu dari azab yang pedih? Berimanlah kepada Allah dan Rasul, dan berjuanglah kamu di jalan Allah, dengan harta kamu dan diri kamu. Dan ianya amat baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahuinya.”

Terjemahan Surah As-Saff itu sering aku jadikan sebagai spiritual dalam istiqamah di jalan dakwah ini. Al-Quran itu sangat lengkap isinya. Aku sendiri sedar aku pun jahil kerana tidak tahu untuk meng”explore” isi kandungannya.

“Kelemahan utama umat islam adalah kerana mereka tidak menitik beratkan usaha pencarian ilmu! Umat islam jahil kerana mereka fikir mereka telah cukup ilmu. Sebab itu umat Islam hari ni berpecah! Mereka fikir mereka tidak perlu ditarbiyyah. Sedangkan proses pengtarbiyyahan itu harus sehingga ke liang lahad.” pesanan Adi pula dalam slot Qadayah Ummah ketika tamrin kami di Bangi.

Jahiliyyah

Selamat tinggal engkau wahai jahiliyyah,

Dulu aku tertipu denganmu,

Selamat tinggal engkau wahai jahiliyyah, Dulu aku terpedaya denganmu,

Selamat tinggal engkau wahai jahiliyyah.

Tiba-tiba telefon tangan ku berbunyi. Ada sms yang aku terima.

“My deepest condolences to you Mr. Fareez, your father En. Ramli announced suddenly death while playing golf at Saujana this evening, if anything I can do, just call me asap,” ku baca berulang-ulang SMS dari Kirana, secretary bapaku.

Kali pertama aku baca mesej tu, tiada sebarang perasaan. Aku seakan mengelamun di tempat lain tanpa memahami maksud sebenar SMS itu. Al-Fatihah. Aku hanya mengangguk. Tiada perasaan kelu atau terkejut. Aku hanya seakan-akan menganggukkan kepala sahaja. Aku sedar sebahagian daripada badanku yang lain sudah memaksa agar hormonku untuk merembeskan enzim-enzim sedih dan pilu.

Aku anak tunggal. Kematian mama pada usia 15 tahun. Aku memang rapat dengan mama berbanding bapa. Terus ku capai Al-Quran di atas meja study ku itu. Niat untuk pergi ke library untuk study sekejap ditangguhkan. Sedang asyik membaca surah Yaa Sin, tidak ku sedari linangan air mata jatuh ke surat Al-Quran itu.

Bismillahirrahmanirrahim.

Setiap yang bernyawa itu pasti merasai mati. Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha Nesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai Ramli Bin Zainab, wahai Ramli Bin Zainab, wahai Ramli Bin Zainab, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Mataku terlelap seketika, tatkala imam sedang menalkinkan arwah bapa. Perjalanan selama 10 jam menaiki pesawat dari Airport Charles de Tiang, Paroi ke KLIA memenatkan. Aku masih jet lagged. Syukur aku sempat mencium dahi bapa buat kali terakhir.

(bersambung)

kaki masam believes that da’wah should be done by any means and anywhere.He enjoys reading Classical and Modern Mechanics,Philosophy Economics, and the most important one the Koran. He disclaims any form of infringement in his work. The character names and story plots are purely his intuitive imagination.