The author wishes all the readers of VLL “Happy New Year 1430 Hijriyah”

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Bahagian 3

Tatkala aku terlena seketika, suddenly bait-bait nasyid di Pondok Kecil yang arwah mama selalu dendangkan berkumandang di pelusuk telinga ku.

Di pondok kecil di pantai ombak

Berbuih putih beralun-alun

Di suatu hari ayah berkata

Jaga adikmu ayahkan pergi jauh

Ku pandang wajah ayah dahinya kucium

Airmata mengalir hatiku pilu

Diam-diamlah sayang jangan menangis

Doakan ayah semoga sejahtera

Diam adikku sayang jangan menangis

Walaupun ayah gugur pastinya dia syahid…

Ku tahu, bapak mungkin tidak syahid memperjuangkan panji kebenaran Islam di Palestin, tetapi pengorbanan bapak kepadaku cukup besar.

Bapak mungkin tegas orangnya., tapi dia tidak pernah lekang dengan nasihat-nasihat akan pengertian hidup mahupun perjalanan hidup ini.

Dialah yang menenangkan aku di saat mama terlebih dahulu mengadap Rabbul Izzati 7 tahun yang lepas.

Dialah orang yang pertama ku mohon doa agar Allah bukakkan hatinya menerima hidayah dan beriman kepada Allah.

Aku masih ingat lagi, perbualan kami 2 minggu yang lepas dimana bapak meluahkan hasratnya kepada aku untuk belajar Fardhu Ain dengan Ustaz Deen.

Mahu menunaikan haji katanya.

Aku tidak henti sujud syukur  kerana bapak sedikit sebanyak sudah “lembut hati” untuk menerima kebenaran risalah Agung ini.

Bukan senang untuk berdakwah kepada bapak sendiri.

Masih ku ingat ketika bapak melenting dan menuduh ku biadap ketika aku menghadiahkannya tikar sembahyang dan kain pelikat pada hari bapa, ketika tahun bertama aku “meninggalkan jahiliyyah” , ketika berada di KYEMJ. Satu bulan aku ambil masa untuk cakap balik dengan bapak.

“Kadang-kadang orang yang paling kita sayang tu lah paling susah kita nak dakwah Reez..Lihatlah bagaimana bapa saudara  Nabi S.A.W, Abu Talib, yang sehingga ke akhir hayatnya, tidak menerima syahadah”  pesan Adi, ketika kami berbual-bual mengenai masalah aku ketika itu.

…..

Insaflah wahai Ramli Bin Zainab, bahawa senya mati ini

adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan

berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati

kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal

kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham

dulillahi rabbil alamin.

Bacaan talkin selesai.

Fikiranku masih bercelaru. Usrah untuk minggu ni telah aku cancel. Mad’u ku telah dikhabarkan. Ku pinta mereka bacakan Yaa Sin untuk arwah bapak.

Kesempatan itu juga, ku mengambil peluang ke Hulu Langit, berjumpa Ustaz Amir. Mencari kembali spiritual yang hilang.

“Ustaz, bagaimana arwah bapak saya di kubur nanti ustaz?”

“Reez, ana bukanlah orang yang terbaik untuk meng “judge” arwah abi anta, setiap daripada kita pasti merasai mati. Ia pasti.”

“Mungkin sekejap lagi ana…mungkin lusa anta.. kita tidak tahu Reez..hanya Allah yang menentukan segalanya”

” Bagi ana, apa yang Reez  boleh lakukan, sedekah ayat Al-Quran banyak-banyak  untuk arwah. Gunakanlah harta peninggalan arwah untuk bersedekah di jalan jariah dan amal soleh.  Jangan berhenti Reez…jangan putus asa memohon keampunan dari Allah untuk arwah Reez…Hanya Dia, Hanya Dia Tuhan yang satu!”

Dua hari berlalu, dan aku juga disibukkan dengan urusan pengurusan harta arwah bapak dan bisnessnya di KL dan Singapura.

Tika di tahlil malam ke dua, Dato’ Malek, bapa Tasya sempat datang ke rumah untuk bersama-sama membaca tahlil. Kami sempat berbual seketika mengenai kehidupan aku di Peransit dan sebagainya.

Sebenarnya, aku pun tidak tahu sangat apa yang hendak diborakkan dengan Dato’ Malek. Dia kenal bapak. Tapi aku hanya kenal dia di zaman jahiliyyahku bersama Tasya. Emmm.. Tasya..

Dia tidak dapat mengelak menanyaku adakah aku menghubungi Tasya sepanjang berada di Eropah.  Dia memang tahu aku pernah jadi buah hati dan pujaan Tasya dulu. Bagaimana Tasya merengek-rengek meminta Dato’ membelikan kuda untuk “show-off” dekat aku ketika itu dia dah pandai naik kuda.

Ohhh..jahiliyyah…asyiknya permainanmu..

Hari ini hari terakhir aku di Malaysia. Banyak perkara  penting telah kuuruskan. Sesungguhnya harta yang bertimbun-timbun itu belum tentu dapat membantu seseorang itu menjadi tenang. Harta yang bertimbun-timbun itu belum tentu dapat membantu seseorang menjalani titian sirat.

Apalagi yang mampu puaskan hati seorang hamba yang pilu.

Apalagi yang mampu puaskan hati seorang hamba yang tak punyai siapa lagi di dunia ini selain Allah.

Apalagi yang mampu puaskan hati seorang hamba yang dosanya ibarat pasir.

Apalagi yang mampu puaskan hati seorang hamba yang kosong…..

“Al-Quran ada jawapannya Reez…perantara dengan kau dengan Allah… Dia ada untuk kau Reez, saat kau memerlukan…Dia juga ada untuk kau Reez, saat kau lupa akan Dia…” seakan-akan bermonolog dengan diriku sendiri.

Ketika aku melangkah ke badan pesawat, langkahku makin berat. 40 hari lagi aku harus kembali semula ke Malaysia. Surat-surat dari Peguam harus ku tandatangani.

Aku tidak dapat tidur ketika berada dalam pesawat. Natijah daripada perbezaan waktu. Tetapi bukan itu sahaja, fikiranku berkecamuk, kosong, hilang entah kemana.

Detik-detik ini harus ku lalui dengan tabah. Aku mungkin tidak beruntung seperti sesetengah rakanku yang mempunyai masa dan kesempatan untuk bergurau senda dengan ibu bapa mereka.

Yang mempunyai masa  untuk meraikan Aidilfitri bersama ibu bapa.

Mereka mungkin tidak akan menghargai saat-saat ini ketika mereka marah dan tidak puas hati dengan sesetengah keputusan ibu bapa mereka, tapi mereka harus ingat, aku ini…merintis….rindukan saat-saat itu, rindukan bait-bait itu.

Menanti di Paroi, tuntutan dan kewajipan yang harus dilaksanakan. Mad’u -mad’u ku di Angouleme dan Toulouse sudah merindui tugasanku sebagai naqib.

Sememangnya menjadi naqib ini, bukan sesuatu yang senang. Tugas kita sebenarnya juga adalah untuk saling mempelajari antara satu sama lain di antara ahli mad’u.

Namun, dalam usrah itu, harus ada pemimpin, harus ada orang yang boleh menjadi pelatih, murabbi dan orang yang boleh menjadi qudwatun hasanah kepada mad’u.

Ustaz Amir, sering berpesan, untuk melahirkan pendai’e yang berjiwa murabbi, naqib harus menggunakan approach yang kreatif dan berbeza-beza.

“Inovasi dalam pendekatan dan method dakwah amat penting. Oleh itu, banyakkan membaca, membaca dan terus membaca” pesan Ustaz Amir.

Di Paroi ini, tidak ramai student Malaysia. Tidak lebih 10 orang..

Tugasanku kini bertambah berat. Menjadi dai’e bukan senang, bukan sekadar cukup dengan semangat dan passion sahaja.

Emmm.. Fikiranku bercelaru memikirkan seorang akhwat ini yang baru ku kenali di Paroi. Penuntut jurusan undang-undang di Sorbonne ini, tidak ku mahu menjadi “hanyut” dan “terkejut” dengan permainan budaya barat. Dia tinggal di tengah-tengah kota Paroi, hanya mempunyai seorang rakan Malaysia berdarah Portugis, Francesssca.

………………………………………………………………..

“Yana, ader orang bagi awak surat”

“O..thanks Fran.” Balasku.

Assalamualaikum w.b.t,

“Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.”

Saudari Sheera Diana ,

Surat ini bukanlah sekeping surat cinta ataupun luahan hati daripada saya. Saya yakin saudari pun sudah dapat meng “agak” siapa saya ini.

Saudari,

Kehidupan sebagai seorang Muslimah di Peransit ini saya akui bukanlah mudah dan senang.

Sesungguhnya setiap orang beriman itu bersaudara, dan sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memberi sedikit nasihat, dan pandangan kepada saudari,

Saudari,

Sesungguhnya kecantikan seseorang wanita itu bukanlah dari luaran semata-mata.  Mungkin, pada saudari cantik, kerana mempunyai rambut yang ikal mayang  yang boleh untuk menjadi tontonan ramai.

Mungkin, saudari akan gumbira dan syok apabila ada ikhwah-ikhwah yang hati mereka sering terganggu dek melihat takrifan “Cantik” saudari itu.

Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 31.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..”

Saudari,

Kecantikan seseorang wanita itu sebenarnya tersembunyi di sebalik akhlak dan tsiqahnya sendiri. Ibarat sebuah berlian yang cantik, ianya dilindungi dengan gelas kaca yang tebal dan tidak mudah bagi seseorang itu untuk memegangnya.

Ketahuilah saudari,

Keindahan dan kenikmatan di dunia ini adalah milik Dia yang satu.

Kecantikan itu juga milikNYA. Satu pinjaman untuk mengetahui adakah kita mampu bersyukur dengan nikmatNYA.

Sekian, saya mengundur diri,

Semoga saudari sentiasa berada dalam rahmat Allah senantiasa.

“Eeeeee…geramnyer….” ku seolah-olah mahu menjerit seorang diri.

“Kenapa Yana?” balas Fran

(bersambung..)

kaki masam believes that da’wah should be done by any means and anywhere.He enjoys reading Classical and Modern Mechanics,Philosophy ,Economics, and the most important one the Koran. He disclaims any form of infringement in his work. The character  names and story plots are purely his intuitive  imagination.