Prolog

Kadang-kadang, jahil itu tidak disengajakan. Namun orang itu adalah jahil jika menyengajakan kejahilannya. Alim adalah lawan jahil. Namun, alim itu tidak akan wujud tanpa kewujudan orang jahil.

Sampaikanlah untuk orang yang jahil. Itu tujuan kita berdakwah. Alimkan lah orang yang jahil itu. Mana mungkin bisa kamu akan merasai nikmat sebagai daie tanpa mengalimkan orang yang jahil.Selamat tinggal Jahiliyyah!

Bahagian 1.

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Kringgggg………

Tiba-tiba aku terjaga dari buaian mimpi. Jam menunjukkan 4 pagi. Niat di pasang penggera untuk berqiyamullail. Tetapi, entah mengapa, tiba-tiba perasan sayu dan hiba muncul. Emm. Ini qiyamullail yang kedua dalam bulan ini. Ku kuatkan kaki melangkah ke “lavabo”. Airnya sesejuk ais di Antartika.

Setelah titisan air membasahi ubun-ubun hinggalah ke dua belah kaki. Tikar sejadah dihampar. Cuaca di luar, sejuk.

Sujud dan sembah untuk Rabbul Izzati,  betapa beratnya dosaku, tak daya dan mampu ku pikul sendiri.

Ya Allah, dengarlah rintihan hati ini. Betapa hinanya aku di sisimu.

Tatkala memikirkan betapa jahilnya aku di masa lampau. Betapa aku hanya mengenali Allah hanya di sekolah ketika kelas Pendidikan Islam.

Bapaku? Jauh sekali untuk mengajarku Al-Quran. Aku tahu, aku tidak harus menyalahkan bapaku 100%. Aku sendiri yang hanya memandang enteng hal agama ini. Bagiku dan juga bagi bapaku, dah tua nanti sempat lagi buat ibadat.

Bapaku bukanlah seorang yang berfoya-foya, dia seorang yang serius. Tegas dalam mendidik aku.Sebagai salah seorang graduan PPE ketika zaman mudanya di Oxford, dia sering menceritakan bagaimana dia pernah berdebat dengan rakan sekelasnya  Imran Khan dan David Milliband.

Pernah aku dimarahi oleh bapa ketika pulang lewat bersama rakan meraikan harijadi Azri, seorang rakan di Green International School.  Aku tidak berani untuk melawan kata-kata bapaku, apa lagi untuk timbul perasaan kurang ajar terhadapnya.

Azri jugalah yang memperkenalkan aku kepada Tasha. Emmm. Aku pun malu mengingatkan zaman jahiliyyah aku bersama Tasha dahulu. Zaman jahiliyyah ketika aku tidak segan silu untuk memegang tangan Tasha di Sunway Piramid. Tidak segan silu berdua-duaan di Secret Recipe apatah lagi untuk segan melihat wayang bersama-sama.

Aku tahu cinta itu indah. Perasaan dicintai dan mencintai. Perasaan dihargai dan menghargai. Cinta yang mempunyai kuasa untuk melembutkan raja yang paling zalim di dunia ini. Oh, wanita…

Aku mengakui wanita adalah kelemahanku. Aku hanya mampu merasai kasih sayang dari seorang mama, wanita yang ku kasihi sehinggalah ,ama meninggal 7 tahun dahulu.

Aku enggak bisa menahan kelembutan dan kecantikan makhluk Allah ini yang hanya mampu menundukkan iman orang-orang yang tidak takut kepada-Nya.

“Inni akhafullah..”  seraya ku berkata sendiri

“Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar” 67:12

Seperti kata ustaz Amir dulu, ketika aku di KYEMJ, fitrah itu boleh menjadi fitnah.  Ya, cinta itu adalah fitrah. Aku yang jahil menjadikan cinta itu sebagai fitnah aku di akhirat.

Aku mengakui, di KYEMJlah aku mula mengenali yang satu. Rabbul Izzati. Bagaimana biah solehah dan ukhuwah yang cukup indah dahulu. Bagaimana kami semua tidur di masjid setelah melakukan study group dan bangun melakukan qiyam. Merafak sembah kepada Allah. DIA yang satu.

Aku masih ingat lagi juga bagaimana naqib aku abang Imran yang mesra dipanggil Im dalam sesi pertemuan kami buat kali pertama. Soalan yang masih terngiang-ngiang di telinga aku ” Apa tujuan Fareez hidup? “.

Ya, niat. Aku sendiri pun tidak tahu apa tujuan aku hidup.

Aku datang ke KYEMJ pun atas usaha aku sendiri..aku bertungkus-lumus untuk  berjaya dalam O Level. Aku tahu, kalau aku mahu bapa boleh hantar buat preparation di Eton. Biasiswa TOTAL inipun atas usaha aku.

Aku nak buktikan pada bapaku, aku boleh berjaya dengan usaha sendiri macam bapa buktikan pada arwah Tok Ki dulu. Bagaimana bapa berjalan kaki 5 km setiap hari untuk pergi ke kelas Inggeris di SIC Kota Bahru.

Soalan akhi Im itu buat aku muhasabah diri aku. Lepas ni aku akan buat degree dalam engineering di Peransit. Negara yang aku jatuh cinta setelah bapa bawa aku dan mama (ketika mama masih hidup lagi) setelah melihat keindahan Effendi Tower. Keindahan dan keajaiban senibina Peransit buat jatuh cinta buat  pertama kali dengan Paroi, ibu kota Peransit.

Selepas degree? Tika itu aku masih lagi “had something” dengan Tasha. Masa tu, Tasha dah dekat West Nottingham Academy, buat A Level di sana. Semua Dato’ Malek yang sponsor. Lepas ini dia buat business di Nott’s Business School.

Tasha memang sesuai dengan subjek-subjek arts ni.

“I hate maths and physics, sayang”. Saat ketika kami bergaduh ketika nak buat choice lepas O Level dekat Green dulu.

Setelah menjalani proses tarbiyyah sedikit demi sedikit dengan akhi Im, aku mula terasa macam jumpa something lost dalam hidup aku. Aku tak macam Syed, yang resistant dan awal-awal lagi dah tolak pelawakan akhi Im dan “Ustaz” Adi untuk bertadabbur bersama-sama.

Sebenarnya, Adi ni sama baya jer dengan kami, Cuma dia ni ada legend tersendiri ketika di KISAS, camner dier pakai serban pergi kelas, camner dier tegur Cikgu Math perempuan yang pakai baju kebaya ketat bagai artis Melayu 70an , camner dier boleh  membuat makmum menangis dengan bacaan dier yang mendayu-dayu.

Katanya, aku mahu jadi saintis seperti Abdus-Salam dan al-hafiz seperti As-Sudaisy. Berbalik kepada Syed. Emm, Syed ni akan pergi ker Peransit juga, mcam aku. Tapi buat Medic lah.

Orang yang bijak, tapi datang dari keluarga yang amat susah. Parents dia, dua-dua buta huruf. Masa nak isi borang pergi ke SDARA S pon, ketua kampong yang tolong isikan. Orang Kampung Ikan Meloncat pertama pergi ker oversea!

“Sorrylah bro, aku takder masa untuk semua ni ok. aku datang sini untuk studi…please!”

“This isn’t a playtime ”

“This is serious business!”

“I have it in me to be a great doctor…”

“I will save lives that could have otherwise not been saved”

“Now, I could be like you and go around and have a good time, Ha Ha Ha.”

“But I prefer to learn, because the more I learn, the more likely I will have the right answer at the crucial moment and save a life”

Proses tarbiyah itu juga menyedarkan aku sedikit sebanyak selama ini yang aku raserkan halal, kerana “masyarakat ini” menghalalkan  ia. Jahiliyyah jugalah yang membuat aku terperangkap dalam “masyarakat ini”.

Saat itu juga Adi mengajar aku solat. Saat itu juga akhi Im mengajar aku mengaji.  Saat itu juga aku menyedari apa batas hubungan  banin dan bannat dalam Islam.

Tapi, at that time aku masih sayang Tasha…

Kami banyak kenangan. Bagaimana aku teringat Tasha call aku dari Nott’s pukul 4 pagi. Menangis. Mengadu wallet dia hilang dan aku nyanyikan satu lagu untuk menenangkan dia kembali. Ahhh,terlalu banyak kenangan kami.

Lagipun aku percaya Tasha akan jujur dalam hubungan kami. Tasha walaupun ramai kawan lelaki, tetapi tetap jujur. Aku ingat lagi kami pernah mengikrarkan janji kami ditepi  pokok pain.

“I’m never gonna leave you. No matter what. Never!”

Sehinggalah, ketika aku di semester kedua dan masa tu ada break. Aku call bapa minta duit untuk book tiket ke Nott’s. Aku ingin buat surprise pada Tasha. Aku dah mintak pendapat Liya, kawan baik Tasha kat Green dulu apa yang hadiah yang patut aku beli untuk Tasha.

Anting-anting Swarovski, Platinum Collection, berbaloi. Bapa dah bagi duit spend bulan itu, tambah ngan scholar yang aku tak usik langsung dari dulu. Worth enough.

Bersambung…

kaki masam believes that da’wah should be done by any means and anywhere.He enjoys reading Classical and Modern Mechanics,Philosophy Economics, and the most important one the Koran. He disclaims any form of infringement in his work. The character  names and story plots are purely his intuitive  imagination.